Dikisahkan
oleh ahli sejarah, Abdul Wahid bin Zaid(Abu Uwaid) seorang khatib di
Basrah, turun ke sebuah kampung dan membuat seruan bagi mengumpulkan
pemuda2 untuk turun berjihad. Untuk memberi semangat dan keyakinan, beliau
bersyair bg menggambarkan berbagai kenikmatan syurga dan keindahan
bidadari2 yang ada di dlm nya. Itu membuatkan semangat kaum muslimin
berkobar utk turut serta berjihad dan meraih syurga.
Dalam suasana hiruk pikuk tangisan haru org ramai yang
berkerumun, keluar seorang wanita tua menemui Abu Uwaid. Wanita itu
bernama Ummu Ibrahim Al Bashriyah.
Lantas ia berkata :
''Wahai Abu Uwaid, kenal kah engkau pada anakku, Ibrahim? dia telah di
lamar oleh seorang kaya Basrah utk di jodohkan dengan anak
perempuannya. Tapi sekarang, demi Allah, aku berkenan dengan bidadari yang
kau sebut tadi. Aku mahu bidadari itu menjadi pengantin anakku. Wahai Abu
Uwaid, mahu kah menikah kan mereka sekarang dengan mengambil 10 ribu
dinar sebagai mahar nya? semoga Allah menjadikan Ibrahim pahlawan yg
syahid dan memberi syafaat kpd ibu dan bapanya di hari kiamat nanti''.
Abu Uwaid menjawab ''baik lah, aku bersedia. Semoga kalian mendapat keuntungan yang besar di hari kemudian''.
Ummu Ibrahim amat gembira lantas berteriak memanggil anaknya dan berkata:
''Wahai anak ku Ibrahim, apakah kau mahu bidadari sebagai isteri mu dan
menantu ku, dan apakah kau mau memberikan nyawamu dengan mengorbankannya
ke jalan Allah sebagai mahar utk meminang bidadari itu?''.
Ibrahim mengangguk dan berkata ''Wahai ibu, aku bersedia''.
Mendengarkan jawapan Ibrahim, si ibu yang gembira terus bergegas pulang
dan mengambil 10 ribu dinar dan menadah tangan seraya berdoa dengan
linangan airmata.
''Ya Allah, kau jadi saksi, bahawa aku menikah kan
anakku Ibrahim dengan bidadari yang menghuni syurgamu, sebagai mahar
nya, ia mengorbankan nyawanya dalam perang ke jalanMu, terima lah ini
wahai Dzat Yg Maha Mengasihi''. Lalu itu, di serahkan kepada Abu Uwaid.
Abu Uwaid berkata ''Sepuluh ribu dinar ini adalah mahar bagi bidadari
itu, gunakan ia dalam berperang ke jalan Allah''. Ummu ibrahim lantas
membeli kuda dan alat perang serta bekalan utk Ibrahim.
Ketika
hendak berpisah dengan anak nya di hari keberangkatan para mujahidin
utk ke medan perang, Ummu Ibrahim mengalungkan kain kafan di leher
anaknya dan menyapu minyak(yang biasa di tabur di tubuh mayat) dan
menatap wajah anaknya dengan linangan airmata dia berkata:
''Wahai anakku Ibrahim, jika kamu bertemu musuh, pakai lah kain kafan ini
dan sapu kan lah minyak ini, agar kamu tidak lalai sewaktu berada di
jalanNya. Pergilah anakku, Allah tidak akan mempertemukan aku lagi dengan
mu, kecuali kelak di hadapanNya pada hari kiamat''.
Maka
berangkat lah Ibrahim bersama pasukan mujahiddin dan ketika sampai di
medan juang, Ibrahim membarisi barisan hadapan tentera muslimin dan mati
syahid di medan tempur itu. Pertempuran itu berakhir dengan kemenangan
kaun muslimin. Setelah perang berakhir, saki baki pasukan mujahidin
kembali ke Basrah dan di sambut dengan meriah oleh penduduknya. Mendengar
berita kepulangan pasukan mujahidin itu, Ummu Ibrahim berlari dan
mendapat kan Abu Uwaid. Lantas ia bertanya:
''Wahai Abu
Uwaid, apakah Allah menerima hadiah dan pinangan ku itu hingga aku
gembira atau Dia memulangkan nya sehingga aku kecewa?''.
Abu Uwaid menjawab:
''Wahai Ummu Ibrahim, Allah telah menerima hadiah dan pinangan mu
dengan syahid nya Ibrahim. Semoga sekarang anakmu bersama para syuhada yg
di rahmati''.
Mendengarkan berita kematian anaknya yg
syahid, Ummu Ibrahim lantas tersenyum dan pulang ke rumah, sampai di rumah
ummu ibrahim memeluk pakaian Ibrahim dan mengusap tempat tidur Ibrahim
sehingga ia tertidur. Keesokan harinya, Ummu Ibrahim menghadiri majlis
Abu Uwaid, dan menghampirinya lalu berkata:
''Wahai Abu Uwaid, bergembira lah, bergembiralah''. Abu Uwaid kehairanan dan bertanya:
"Wahai Ummu Ibrahim, apa yg telah berlaku sehingga engkau gembira tidak hentinya?''
Ummu Ibrahim berkata ''Semalam aku tertidur di kamarnya Ibrahim, aku
bermimpi melihat anakku bahagia, berada di dalam taman yang indah, dan
berkubah hijau, anakku berbaring di kasur yg berkilau di perbuat dari
permata. Aku melihat anakku memandang ku dengan bahagia dan dia berkata''
''Wahai ibu ku, bergembira lah ibu, Mahar ku telah di terima dan pengantin telah pun bersanding''.
Sumber: Penulisan Dr. A'idh Al Qarni, M.A.
Risalah-Malam Pertama Di Alam Kubur, Halaman-29-33