Thursday 25 July 2013

'PEMBUNUH PENYEMBELIH PEROGOL' TUMPAS | HALAB SYRIA

HALAB | Ketua Syabbihah Terbunuh.


Mujahidin FSA melaporkan bahawa Ketua Syabbihah (Tali Barut Basyar) di Hama yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan, penyembelihan dan jenayah rogol terhadap masyarakat awam di Hama telah berjaya dibunuh di Halab.

Moga ia menjadi sinar kemenangan buat mujahidin, setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa titipkan doa' untuk saudara kita disana.

Dengan ketulusan juga keikhlasan kita berdoa' untuk mereka, mampu hadir bantuan tentera-tentera Allah (malaikat) menghancurkan rejim ini bersama pakatan-pakatannya. Allahuakbar!

SALAM RAMADHAN DARI SYAM

SYAM | Syam atau lebih dikenali sebagai Syira pada hari ini.

Syam di bulan ramadhan

Bandar Saida di Dara'a yang sudah dibebaskan oleh mujahidin FSA dihiasi dengan warna-warna kebebasan negara Syria.

Mujahidin meniti kejayaan demi kejayaan, jangan percaya kepada media propaganda barat yang lebih berat menyokong tentera rejim dan pakatannya.

Tertulis di situ, "Kami tidak akan tunduk, kecuali kepada Allah! Doakan mereka.

Sumber: Malaysia.Syria

Wednesday 17 July 2013

TURKI HANYA IKTIRAF MURSI PRESIDEN YANG SAH

TURKI | Bertegas masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden yang sah.

Mursi bersama Erdorgan

Sesudah Parti Sa'adat, parti Islam Turki mengadakan himpunan menolak rampasan kuasa yang dilakukan askar Mesir beberapa hari lalu yang dihadiri lebih 100,000 rakyat dengan kehadiran pemimpin gerakan Islam dunia, kini kerajaan Turki pula memberikan tekanan kepada kerajaan "perampas" Mesir.

Ikhwanonline melaporkan kenyataan Menteri Luar Turki, Dawud Uhglu Isnin, 15 Julai seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen NTV bahawa Turki tetap mengiktiraf Mursi sebagai Presiden Mesir. Kenyataan Ughlu itu menyusul sehari selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Reccep Toyyip Erdorgan yang berpendirian Mursi masih sebagai Presiden Mesir yang sah.

Dalam satu majlis berbuka puasa, Erdorgan dilaporkan berkata, "Dalam situasi terkini, Presiden Mesir bagi saya ialah Mursi kerana beliau dipilih oleh rakyat. Jika kita tidak melihat demikian maka kita tidak menghormati kehendak rakyat Mesir kerana kita Turki menghormati pilihan rakyat. Kita akan menghormati pihak perampas jika mereka menang melalui peti undi."

Sementara hari ini pula, Presiden Turki Abdullah Gul pula menuntut Mursi dibebaskan segera. Akhbar Turki, "Today's Zaman" turut melaporkan kekecewaan Gul terhadap rampasan kuasa tentera. Menurut akhbar tersebut, Gul menyatakan pendiriannya kepada Duta baru Mesir ke negara itu, Abdur Rahman Solahuddin yang meminta pihak berkuasa membebaskan Mursi. Gul juga enggan menerima warkah yang diutuskan oleh Presiden sementara Mesir, Adli Mansour melalui Solahuddin petang Isnin lalu.

Akhbar Turki bernama "Aksam" pula melaporkan Erdorgan menolak permintaan Dr.Mohammed El-Baradei (yang dilantik sebagai Naib Presiden Mesir) untuk bertemu beliau kerana pendirian Turki jelas yang masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden yang sah.

Sumber: Ikhwanonline, Today's Zaman, Aksam

Saturday 13 July 2013

KISAH GADIS SYRIA JADI PELARIAN DI JORDAN

JORDAN | Gadis Syria menjadi pelarian disana.

Gadis Syria

Apabila berlaku peperangan di Syria, Hanadi berusia 17 tahun dan keluarganya melarikan diri dari rumah mereka di Dimasyq.

Dalam tempoh setahun, mereka telah bergerak di seluruh Syria untuk melarikan diri keganasan dan kezaliman rejim Basyar. Tiga bulan lalu mereka akhirnya berjaya menyeberangi sempadan untuk kelangsungan hidup di Jordan.

Dengan itu dia rasa amat lega. Tetapi kehidupan di Kem Pelarian Za'atari, Jordan seperti mana-mana kem pelarian yang lain, ia tetap perit dan memedihkan. Ini adalah kisah hidup Hanadi.

Pautan Video:

 

Sumber: Youtube

Wednesday 3 July 2013

Sedia Mati Syahid Pertahan Kepimpinan Dr. Mursi!

MESIR | Bersedia mati syahid demi mempertahankan kepimpinan Dr. Mursi.


Rabu | 03 Julai 2013 | 12.16 tengahari,

Kain kafan yang ditunjukkan ini sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Majoriti masjid sekitar Mesir mula membaca doa qunut nazilah demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Mesir.


Menjelang jam 12.34 malam,

Rakyat Mesir mendengar ucapan dari Presiden mereka.

"Saya rela darah saya ditumpahkan demi untuk menjaga negara ini dan perlembagaannya. Allah akan menjadi penjaga dan pengawas setiap yang saya lakukan. Dan saya telah membuka dan sentiasa membuka dan mengajak untuk mengadakan dialog dan perbincangan." kata Dr. Mursi.

Sumber: pmram.org

Tuesday 2 July 2013

TURKEY WITH MURSI

TURKI | Presiden, para penyokongnya, dan dustur Mesir tidak bersendirian.


Presiden, para penyokongnya, dan dustur Mesir tidak bersendirian setelahmana sebuah page twitter dari rakyat Turki 'TURKEY WITH MURSI' diwujudkan demi untuk menyokong Presiden Mursi.

Di atas tema 'Hormatilah kehendak rakyat', mereka hadir ketikamana saudara mereka mengharapkan pautan demi terbinanya sebuah demokrasi yang kesannya memberi kemenangan kepada Islam.

Sumber: