Friday 13 December 2013

MASJID DIBAKAR DAN PREMIS MUSLIM DISERANG DI BANGUI, AFRIKA TENGAH

AFRIKA TENGAH | Muslim diserang.

afrika muslim diserang

afrika muslim diserang

Ribuan Muslim terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Republik Afrika Tengah ( CAR ) bagi menyelamatkan diri daripada serangan sekumpulan Kristian yang memberontak. Dalam kejadian tersebut, sebuah masjid yang terletak di ibu negara Bangui telah dibakar.

"Mereka memecah masuk dan membakar rumah imam masjid serta memberontak dengan memusnahkan bangunan berkenaan," Ujar Joanna Mariner dari Amnesty Antarabangsa, sebagai wakil daripada Voice of America.

"Sambil melaungkan slogan anti-Muslim, mereka menunjukkan isyarat 'maut' dan menyeru agar presiden yang baru dilantik agar berundur," tambahnya lagi.

Rusuhan tersebut berlaku setelah Presiden Michel Djotodia mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin Muslim pertama di negara tersebut setelah Presiden Bozize digulingkan pada 24 Mac lalu.

Menurut laporan, majoriti penganut Kristian merancang untuk membalas dendam akibat peristiwa penggulingan pemerintah sebelum ini. Justeru, mereka tidak berpuas hati dan melancarkan serangan melalui siri pembunuhan sejumlah Muslim dan menyebabkan beribu-ribu telah melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Dengan slogan "Hapuskan Muslim", kumpulan tersebut menyerang harta milik umat Islam dan masjid-masjid, mereka turut memusnahkan premis perniagaan milik Muslim.

Berdasarkan laporan pejabat kemanusiaan PBB, kira-kira 400 orang telah meninggal dunia dan ratusan lainnya mengalami kecederaan sejak Khamis lalu iaitu bermulanya serangan. Sementara pada itu, Perancis dan sekutunya Kesatuan Afrika telah mengatur rancangan dan akan mengerahkan beberapa ribu tentera ke Republik Afrika Tengah (CAR) dengan misi mereka untuk 'menjaga keamanan' dan mendakwa bahawa golongan Kristian di negara tersebut telah diancam kaum Muslim di sana. 

Sumber : arrahmah.com

Wednesday 4 December 2013

MALAM PERTAMA DR MURSI DALAM PENJARA

MESIR | Membaca Al Quran hingga ke subuh.

Dr Mursi

Dr Mursi menghabiskan hari pertamanya di penjara Burg Al Arab dengan sembahyang dan membacara Al Quran secara berterusan tanpa berhenti kecuali sedikit waktu sahaja dihabiskan dengan menonton tv program terpilih.

Sumber keselamatan menceritakan kepada agensi berita Anadul, kawasan penjara terletak di barat bandar Iskandariah menjadi kawasan tentera dengan kawalan cukup ketat.

Dr mursi menerima pakaian penjara bewarna putih dan beliau menyerahkan pakaian resmi kepada pihak penjara.

Apabila Dr Mursi mendengar azan Asar beliau terus berwudu' dan tunaikan solat dalam penjara barunya. Tempat itu ada 2 bilik bersambung dengan hospital penjara, ada tv, peti ais, ruang tamu dan katil.

Menurut sumber keselamatan tersebut, secara terperincinya pada malam pertama di penjara, Dr Mursi berada di biliknya dalam keadaan tenang, mulanya beliau ikuti sedikit perkembangan menonton tv, selepas itu beliau terus sibuk sembahyang dan membaca ayat suci Al Quran hingga solat subuh.

Sumber : Asshaab.org