Wednesday 29 January 2014

SEKITAR PERBICARAAN MAHKAMAH MURSI | 28 JANUARI 2014

MESIR | Perbicaraan hanya sempat berlangsung selama setengah jam.



Perbicaraan Presiden Mesir yang sah, Dr.Muhammad Mursi berlangsung pagi semalam 28 Januari 2014. Selasa benar-benar menakutkan kudeta. Dr.Mursi kali ini dituduh "melarikan diri dari Penjara Natroun" ketika berlakunya Revolusi 25 Januari 2011. Selain Mursi, 170 orang lain kebanyakannya pimpinan utama Ikhwan Muslimin turut dihadapkan tuduhan palsu ini yang direka oleh Jabatan Peguam Negara.

Walaupun pada awalnya perbicaraan ini telah mendapat kebenaran mahkamah untuk disiarkan secara langsung melalui televisyen negara untuk menghebahkan kepada rakyat Mesir bahawa mahkamah benar-benar telus dan Mursi memang bersalah sepertimana perbicaraan mahkamah Hosni Mubarak sebelum ini, tetapi ia dibatalkan tanpa sebab yang tidak dinyatakan. 

Kedua, kudeta semakin menampakkan ketakutan mereka apabila menempatkan Mursi dan baki tertuduh yang lain di dalam kandang tertuduh yang diperbuat daripada kaca, tidak seperti sebelum ini dengan jeriji besi. Apabila berada di dalam bekas kaca, Mursi dan tertuduh hanya boleh bercakap menggunakan pembesar suara. Itupun jika diizinkan mahkamah. Mereka mengambil pengajaran seperti perbicaraan-perbicaraan sebelum ini para pimpinan Ikhwan yang diheret ke mahkamah sedia maklum mereka tidak bersalah. Lalu dengan berani melaungkan kalimah membesarkan Allah dan kata-kata yang menggerunkan hati musuh. 

Selepas Mursi tiba, kelihatan 22 orang pimpinan Ikhwan Muslimin antaranya Dr.Mohammad Badi'e Mursyidul Am, Naibnya Dr.Rasyad Bayoumi, Dr.Sa'ad Katatni, Sa'ad Husaini dan Dr.Mohammed Beltaji masuk ke mahkamah dengan mengangkat tangan isyarat "Raba'ah". 

Pasukan peguambela Dr.Mursi kemudian bertemu dan berbincang dengan Dr.Mursi selepas mahkamah berehat selama 15 minit. Salah seorang peguamnya, Nabeel Abdul Salam berkata, Mursi mengadu yang beliau tidak dapat mengikuti dengan jelas perbincangan mahkamah dan meminta keizinan untuk bercakap dan dikeluarkan dari kandang kaca itu.

Sejurus mahkamah kembali bersidang, hakim membenarkan Mursi bercakap menggunakan pembesar suara yang disediakan tetapi menolak permintaan untuk mengeluarkannya dari kandang kaca. Dengan tegas Mursi berkata, "Saya telah hadir di mahkamah ini sejak jam 7 malam kelmarin. Tatkala kamu memanggil nama saya, saya ialah Dr.Muhammad Mursi 'Isa Al-'Iyath, Presiden negara yang sah!"

Keberanian beliau menyebabkan kesemua tertuduh memberikan tepukan gemuruh buat Presiden Mursi lalu pembesar suara dimatikan. 

Perbicaraan hanya sempat berlangsung selama setengah jam. 

ALLAH telah mencampakkan rasa takut di dalam hati musuh-musuhNya. Hanya semata-mata suara Dr.Mursi dan rakan-rakan beliau maka ditempatkan mereka di dalam kandang kaca

Sumber: Rassd.com, Akhukum-Abdul-Malik




Monday 13 January 2014

KANGKUNG JADI FENOMENA

FACEBOOK | Kangkung jadi fenomena dalam facebook.


Rentetan dari kenaikan harga barang yang mendadak di Malaysia selepas PRU 13 mencerminkan sendiri tema "Janji Ditepati"  oleh Barisan Nasional. Ditambah pula selepas ucapan dari Perdana Menteri Malaysia sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin menjawab tomahan dari rakyat hasil kenaikan harga barang "...ada yang dah turun, kangkung dulu naik sekarang ini dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan".

Pautan video:


Khairy Jamaluddin

Rakyat yang troll bukan tidak pandai, rasanya mereka faham yang kangkung itu disebut secara bersahaja dan contoh.

Tetapi sebab mereka troll isu kangkung ini adalah tanda mereka marah dengan kerajaan menaikkan harga barang mendadak. Isu pengurusan wang, bukan kangkung.

Kangkung itu troll kepada masalah yang lebih besar.