Mahasiswi Malaysia di Universiti Padjajaran diculik dan dirogol. -gambar hiasan
Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu hasil petikan potral astroawani.com.
Dukacita turut dirasai bersama dengan apa yang berlaku kepada seorang mahasiswi yang sedang menuntut di Universiti Padjadjaran, Bandung yang dipercayai diculik dan dirogol secara bergilir-bergilir oleh tiga orang lelaki.
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) mendesak tindakan segera diambil oleh kerajaan Indonesia dan Malaysia dalam menjaga aib mahasiswi tersebut serta hukuman yang sewajarnya kepada pesalah. Keselamatan mahasiswi di luar negara mahupun dalam negara perlu dipertingkatkan agar kejadian ini tidak berulang lagi.
Pesanan kepada mahasiswi : tingkatkan keselamatan diri samada berada dalam kampus mahupun di luar kampus dan sentiasa berteman sekiranya keluar dari kampus terutamanya. Elakkan daripada mudah mempercayai mana-mana pelawaan lelaki dalam usaha mengelakkan daripada berlaku perkara di luar jangkaan.
Tanggungjawab sesama muslim dalam menjaga maruah dan kehormataan wanita. Perbuatan terkutuk sekiranya pencabulan terhadap maruah wanita terus diperlakukan seumpama kita kembali ke zaman Jahiliyyah. Murka Allah buat yang melanggar perintahNya. Nau'zubillah.