Sokongan kepada Dr Mursi masih berterusan "untuk mengukuhkan dan
menyokong Perlembagaan," dengan ribuan manusia yang menyokong Presiden
Mesir Dr Mohamed Mursi, di lapangan Adawiyyah Kaherah Jumaat lepas.
Syeikh Khaled Ghoneim salah seorang ulama' Majlis Syar'iyyah menekankan
kepada seluruh warga Mesir, "tidak akan Ridho tanpa syariah (hukum
Islam)" dan mengecam beberapa orang yang menentang dan menarik diri dari
Majlis Perlembagaan.
Pejabat berita rasmi Mesir melalui seorang pegawai Mesir Timur Tengah
dari ucapannya menekankan bahawa "Jamaah Islam tidak lemah, tapi kukuh
.."
Ghoneim mengatakan dalam ucapannya di pentas utama, "Bantahan yang
terjadi hakikatnya bukanlah pada Perlembagaan tetapi pada Islam,"
katanya.
Ghoneim menuduh penunjuk perasaan di depan istana presiden, mereka ingin
mengkudeta (merampas kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah) As syar'iyyah dan menekankan bahawa orang-orang Mesir sangat
menyedari mereka lakukan konspirasi yang bertujuan untuk menghancurkan
negara dan bukan untuk pelaksanaan undang-undang Islam. "
Perkara yang perlu diperhatikan adalah kekuatan politik Mesir akan
menggerakkan penyokongnya yang dipersiapkan untuk referendum (pemungutan suara rakyat)
perlembagaan baru pada hari Sabtu. Manakala, dalam masa yang sama para
pendukung Perlembagaan dan Presiden Dr Mohamed Mursi telah bersiap sedia
untuk perlembagaan baru ini di lapangan Tahrir dan tempat lain.
Sumber: Eramuslim