Turki lancarkan serangan mematikan sasaran tentera rejim Syria selepas
tentera rejim Syria menghentam sebuah rumah awam di bandar Akcakala,
Turki, yang bersempadan dengan Syria. Serangan tersebut mengakibatkan
pasukan rejim Alawiyah kehilangan 3 tank, 2 APC, dan 10 tentera
terbunuh, lapor Kavkaz Center.
Ankara tidak dapat mengenal pasti samada tindakan itu sengaja ataupun tidak disengajakan. Ia memberi risiko kepada kehidupan rakyat Turki.
Tank Turki telah dekat dengan sempadan Syria. Para wakil parlimen Turki meluluskan tindakan ketenteraan. Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa mandat parlimen bukan merupakan deklarasi perang terhadap rejim Alawiyah.
Kerajaan Turki telah mengemukakan permohonan kebenaran operasi ketenteraan selepas serangan terhadap Turki. Kesan daripada serangan dari rejim Alawiyah, lima warga Turki-seorang ibu dan empat anaknya-tewas dan 13 cedera.

Sumber: Arrahmah
No comments:
Post a Comment