23 Feb 2013, Lebih kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam
Se-Malaysia (Gamis) Zon Timur yang mewakili Terengganu, Pahang dan
Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin komponen
Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu
telah menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan
pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan
Barisan Nasional.
Mahasiswa yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage
sejak jam 4.20 petang telah berhimpun lebih kurang satu jam setengah
menanti Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan.
Namun Perdana Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort
berkenaan walaupun mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan
dilihat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meninggalkan kawasan
resort seorang demi seorang.
Sepanjang himpunan protes secara aman berkenaan, pemuda-pemuda Umno
sekitar melakukan provokasi dengan menyerang beberapa kepimpinan
mahasiswa.
Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Najib.
Ketegangan yang sempat dirakamkan
Akhir sekali, ketakutan Najib begitu terserlah apabila hampir jam
6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan
trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera
Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menutup
sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa agar tidak dilihatnya.
Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi dengan
laungan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar
pekarangan Ri-Yaz Heritage.
“Kita kesal kerana permohonan kita hanya satu, untuk bersemuka dengan
Perdana Menteri Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum terhadap
kegagalan beberapa urus tadbir kerajaan di bawah pemerintahan Barisan
Nasional.
“Tapi nampak PM terlalu takut dengan suara mahasiswa apabila untuk
berjumpa dengan setiausaha khasnya pun, tidak diberikan keizinan,” kata
Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar yang turut berada di situ.
Sumber: harakahdaily.net, Youtube
No comments:
Post a Comment