Thursday, 18 October 2012

100,000 PELARIAN SYRIA DI TURKI


Sumber akhbar negara Turki melaporkan, waktu ini terdapat lebih 14,000 orang pelarian rakyat Syria yang berada di pintu sempadan negara itu bagi menantikan 'lampu hijau' pihak berkuasa Turki untuk memasuki negara itu. Sebuah akhbar Turki "Sobah" mendakwa, pelarian Syria yang telah berada di sempadan negara itu sebelum ini berjumlah lebih 100,000 sejak pembunuhan ke atas rakyat awam berterusan.

Akhbar berkenaan turut melaporkan, kerajaan Turki telah memperuntukkan sebanyak 400 juta Lierra Turki bagi membantu 100,000 orang pelarian yang mencari pelindungan di negara tersebut.

No comments:

Post a Comment