Thursday, 18 October 2012

Masih ada lagi ke yang ingin mengatakan Tentera Pembebasan Syria tajaan Barat?


Komander Tentera Pembebasan Syria, Riyad Al-As'ad menolak cadangan daripada Major Jeneral Muhammad Hussein Al-Haj Ali yang mendesak agar seluruh Tentera Pembebasan Syria berada di bawah Tentera Nasional Syria (SNA) yang baru dibentuk.

Sumber menyebut, penolakan tersebut adalah kerana Hussein Al-Haj adalah seorang tentera rejim Basyar yang membelot tempoh lalu tetapi beliau berfikiran se
kular.

Komander Tentera Pembebasan Syria, Riyad Al-As'ad menyebut bahawa dibimbangi Barat menggunakan Hussein Al-Haj untuk menjayakan usaha mereka untuk menggantikan Basyar setelah mana Basyar jatuh kelak.

"Kita tidak mahu mendirikan negara sekular pula apabila mana Basyar sudah dijatuhkan kelak. Kami (mujahidin) akan terus berjuang sehingga Basyar dijatuhkan dan Islam akan ditegakkan di Syria" Tambah Riyad Al-As'ad

No comments:

Post a Comment