Presiden
Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan,
mereka yang telah menunaikan ibadah haji dan umrah wajar bagi mereka
menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di
Syria yang amat memerlukan waktu ini.
Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau
situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia
menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada
keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali
menunaikan ibadah haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim
sekali dalam seumur hidup.
Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:
Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan
amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa
mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.
Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.
Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada
perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu
didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.
Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan
disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali
akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan
menunaikan ibadat ini.
Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadah haji berulang kali:
1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.
2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya.
.
No comments:
Post a Comment