Petikan khutbah Jumaat Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi pada 12 Oktober 2012 dari Doha, Qatar:
"Saudaraku sekalian, Moscow pada waktu ini merupakan musuh bagi Islam dan umat Islam. Dia menjadi musuh yang pertama bagi umat Islam kerana pendiriannya menentang rakyat Syria. Rakyat Syria yang telah dibunuh lebih 30,000 nyawa. Dengan senjata dari mana mereka dibunuh? Dengan senjata dari Russia.
"Saudaraku sekalian, Moscow pada waktu ini merupakan musuh bagi Islam dan umat Islam. Dia menjadi musuh yang pertama bagi umat Islam kerana pendiriannya menentang rakyat Syria. Rakyat Syria yang telah dibunuh lebih 30,000 nyawa. Dengan senjata dari mana mereka dibunuh? Dengan senjata dari Russia.
Rejim Russia telah membekalkan senjata kepada askar Syria, bahkan memberikan segala apa yang diperlukan oleh Syria. Dalam tempoh berlaku peperangan, bekalan senjata tiba kepada Syria dari pelbagai arah. Askar Syria mengebom rakyat dengan kapal terbang. Aku tidak tahu, kenapa tidak dihalang serangan kapal terbang ini. Kenapa Majlis Keselamatan (PBB) tidak menghalang serangan udara ini seperti yang dilakukan kepada rejim Libya? Siapa yang mahu menghalang serangan udara yang dilakukan oleh rejim?..Ia bukan pesawat biasa tetapi ia adalah pesawat atau kapal terbang untuk perang! Itulah pesawat milik Russia.
Menjadi kewajipan bagi negara Arab dan Islam bersatu menentang Russia. Wajib bagi kita memboikot Russia. Wajib bagi kita menjadikan Russia sebagai musuh yang utama. Russia yang berada dalam Majlis Keselamatan (kuasa veto) hingga rakyat Syria tidak lagi dibunuh. Mereka (yang berkuasa di PBB) ialah Russia dan China."
Syeikh Qardhawi turut menyelar sokongan yang diberikan negara Iran yang dikenali dunia sebagai "Republik Islam" itu. Berikut petikan Syeikh Qardhawi mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan Iran:
"Iran membunuh rakyat Syria dengan askar-askar mereka. Mereka membunuh dengan senjata dan kewangan yang dimiliki. Di saat Syria memerlukan kepada jutaan dan jutaan wang untuk kewangan negara mereka, maka Iran telah menghulurkan bantuan kewangan kepada rejim Syria. Iran juga adalah musuh kita! Musuh kepada Arab! Yang membunuh rakyat Syria! 30,000 nyawa yang terbunuh di Syria adalah dibunuh oleh rakyat Iran dan China.
Iran cuba berkonfrantasi dengan negara Arab bertujuan membina Empayar Parsi. Tidak! Ia bukan seperti yang diseru oleh Khomeini. Ia juga bukan tujuan mereka bangkit menentang raja Iran yang zalim. Jika tidak, mereka menjadi lebih zalim daripada raja Iran yang digulingkan. Raja (Shah Iran) tidak membunuh rakyat sepertimana (pemerintah) Iran membunuh rakyat Syria hari ini, melalui askar mereka, melalui tentera Hizbullah yang mengutuskan askar mereka ke Syria. Ini semua adalah hakikat!
Iran dan Russia membunuh kita wahai Arab! Membunuh saudara kita di Syria, menyembelih mereka. Jangan kalian sangka hanya askar Syria keseorangan akan tetapi mereka melakukannya (pembunuhan ke atas rakyat) dengan senjata Russia yang disahkan oleh Iran.
Jadi, musuh kita adalah Russia dan Iran. Rakyat Iran, mereka yang telah mengkhianati risalah mereka (agama Islam), yang membunuh saudara seagama mereka hanya kerana umat Islam Syria bukan dari kalangan mazhab mereka (Syiah). Maka tidak mengapa, dibunuh ribuan malah puluhan ribu mereka itu (rakyat Syria) semata-mata mereka bukan dari mazhab yang sama."
No comments:
Post a Comment