Wednesday, 8 May 2013

BLACK 505 Bukti Rakyat Malaysia Peka

BLACK 505 | Membuktikan rakyat Malaysia cakna serta peka 'isu semasa' di Malaysia.

Perhimpunan yang mencatatkan kehadiran lebih 120,000 orang 

Dinamakan himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat', ia menghimpunkan orang ramai untuk mendengar amanat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya lalu yang didakwa sarat dengan penipuan dan perkara-perkara yang meragukan.

 Antara video yang tersebar secara meluas di laman sosial

Berita mengejuatkan apabila 'warga asing' juga turut hadir untuk mengundi. Pemberian ic secara longgar dan meluas kepada warga asing membuatkan rakyat bertambah sedar 'si penguasa' sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

 

Ditambah pula tersebar dilaman sosial khabarnya berlaku 'black out' dibeberapa buah pusat pengiraan undi, serta perubahan jumlah undian secara mendadak.


Hujan renyai-renyai yang bermula sejak jam 7 petang dan berterusan hampir sepanjang malam tidak langsung merencatkan semangat orang ramai yang membanjiri Stadium Kelana Jaya seawal jam 6.30 petang.

Menginjak ke malam, semua laluan ke stadium sesak dengan kebanjiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berpakaian hitam sempena tema 'Black 505' simbolik kepada tarikh keluar mengundi pada 5 Mei lalu.

Sumber: Malaysiakini, Facebook




Thursday, 28 March 2013

Korea Utara Isytihar Perang Bila-Bila Masa

SEOUL | Korea Utara memberi petunjuk terakhir akan menyerang Korea Selatan selepas bertindak memutuskan talian komunikasi dengan negara itu, semalam.

 
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un melihat persiapan ketenteraan di pangkalan tentera Baengnyeong Island

Agensi berita KCNA memetik jurucakap tentera sebagai berkata, Korea Utara menghentikan respons talian hotline ketenteraan di perindustrian di Zon Bebas Tentera (DMZ) dan Palang Merah yang digunakan oleh kedua-dua negara sebelum ini.

“Peperangan boleh meletus bila-bila masa, tiada keperluan menjaga talian itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Menurutnya, tidak wujud lagi sebarang saluran dialog atau komunikasi kedua-dua negara termasuk Amerika Syarikat.

Talian hotline itu penting bagi kedua-dua negara kerana ia digunakan sebagai alat komunikasi oleh lebih 900 pekerja yang berulang-alik ke ke kompleks perindustrian Kaesong.

Kedua-dua negara itu kini, bersiap siaga untuk melancarkan serangan nuklear dengan peluru berpandu dan pesawat tempur.
 
Sumber: Sinarharian

Sunday, 24 March 2013

"REJIM BASYAR DALANG BUNUH SYEIKH AL-BOUTI" -MUAZ KHATIB

SYRIA | Ketua Pakatan Pembangkang Syria, Syeikh Muaz Al-Khatib mendedahkan bahawa rejim Basyar Al-Asad disebalik dalang pembunuhan ulamak Syria, As-Syahid Syeikh Muhammad Ramadhan Al-Bouti.


Dalam kenyataan kepada "France Press" itu beliau berkata, Syeikh Ramadhan di akhir-akhir hayat beliau banyak membangkang politik Basyar sehingga mendorong beliau berani menasihati Basyar yang menjadikan nya berang atas kalam nasihat yang diberikan.

Syeikh Muaz juga mendedahkan niat Syeikh Ramadhan Al-Bouti untuk meninggalkan Syria menuju ke Turki yang menyebabkan askar rejim bertindak mengepung dan membunuh beliau.

Syeikh Muaz yang mewakili kumpulan pembangkang Islam di Syria mengutuk sebarang bentuk keganasan. "Kami mengutuk sepenuhnya pembunuhan Syeikh Dr. Ramadhan Al-Bouti dan kami ingin katakan bahawa agama kita (Islam) serta akhlak kita tidak mengizinkan kita sesama Islam membunuh semata-mata berbeza pandangan."

Kumpulan Tentera Pembebasan (FSA) juga turut menafikan pembabitan mereka terhadap pembunuhan ulamak tersebut.

 

Sunday, 17 March 2013

Amerika Syarikat Digodam China

BEIJING | Perdana Menteri China Li Keqiang menolak dakwaan yang ada pihak dari negara itu melakukan penggodaman siber terhadap Amerika Syarikat.

 Perdana Menteri China Li Keqiang

Ditanya sama ada China akan menghentikan penggodaman tersebut, Li berkata gangguan penggodam merupakan masalah di serata dunia, malah China turut menjadi sasaran.
  
"China tidak menyokong, malah menentang serangan (siber) seumpama itu," katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad mengenai pencemaran alam sekitar dan masalah keselamatan makanan di China.
  
Li berkata tuduhan tidak berasas tidak wajar dibuat terhadap satu sama lain, dan semua pihak sepatutnya menumpukan masa untuk sesuatu yang boleh menyumbang kepada keselamatan siber. 
  
Menurut laporan bulan lepas, beberapa syarikat AS dan agensi kerajaan dicerobohi penggodam China, termasuk sebuah unit tentera China.
  
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China Hong Le menafikan tuduhan itu dan berkata China dan AS sentiasa mengekalkan hubungan mengenai isu-isu relevan. - Bernama

Sumber: Sinarharian

Thursday, 14 March 2013

Cobra Terhempas Ragut 2 Tentera Zionis!

BANDAR ASHDOD | Sebuah helikopter tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (rejim/penjajah) jenis Bell AH-1 Cobra telah terhempas pada awal pagi Selasa di Kibbutz Revadim yang terletak dari arah timur bandar Ashdod, selatan tanah jajahan 1948. 


Demikian itu, kejadian tersebut mengakibatkan 2 orang juruterbang helikopter Cobra terbunuh. Siaran radio penjajah berkata, helikopter itu terhempas ketikamana dalam perjalanan pulang ke pengkalan udara selepas menjalani latihan rutinnya.

Jelas lagi, kematian 2 orang tentera udara Israel telah dimaklumkan kepada keluarga masing-masing. Tambahan lagi, Komander Tentera Udara Israel, Mejar Jeneral Amir Eishel telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian helikopter terhempas.

Sumber: Safa 12/03/2013

SISIPAN

Liputan berita Israel:

Web YNET :-

Tajuk '2 Air Force pilots killed in helicopter crash'.

Air Force loses contact with helicopter on routine training flight overnight prompting IDF forces to launch search south of Gedera. Parts found several hours later; no survivors reported

Web Haaretz :-

Tajuk 'Two IAF pilots killed in helicopter crash in southern Israel'.

The Cobra helicopter was on a routine training flight; the cause of the crash is still unknown.

Monday, 11 March 2013

22 Mayat Militan Di Kampung Tanduo Dibawa Keluar

LAHAD DATU |  Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.

Pihak polis kini berada di peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas di kawasan sekitar.

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
 
Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.
 
Lelaki tersebut ditembak mati pada hari Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.
 
Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.
 
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
 

Sunday, 10 March 2013

Op Daulat | 2 anggota PGA cedera dalam serangan malam tadi

LAHAD DATU | Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, malam tadi.

 
 Tentera melancarkan serangan untuk mengusir penceroboh Sulu bersenjata yang telah berkurung di dalam Kampung Tanduo

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.

"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.

Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.

Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.

Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk 27 orang yang ditahan ketika berada di atas tiga buah bot di kawasan larangan Op Daulat pukul 10 pagi semalam di pantai Tanjung Batu.

Di sebalik tangkapan dan jumlah militan yang terbunuh, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Op Daulat yang dilancarkan enam hari lalu menyaksikan 53 militan penceroboh telah ditembak mati.

Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian. - Bernama

Sumber: Sinarharian