Sunday 23 June 2013

SYAIKH QARADHAWI MEMBIDAS BASYAR!

DOHA | Syaikh Yusuf Qaradhawi membidas tindakan Basyar yang disifatkan sebagai pengecut di dalam khutbah Jumaatnya.

Syaikh Yusuf Qaradhawi membidas Basyar
 Syaikh Yusuf Qaradhawi
  
Ketua Kesatuan Ulama' Sedunia, Syaikh Yusuf Qaradhawi membidas tindakan rejim Basyar yang menghantar surat aduan dan mendesak PBB agar mengeluarkan waran tangkap kepada Syaikh Qaradhawi kerana mengeluarkan fatwa jihad di Syria.

Beliau membidas tindakan Basyar yang disifatkan sebagai pengecut tersebut di dalam khutbah Jumaat yang lalu di Doha.

Malahan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa fatwa jihad di Syria tersebut adalah wajar kerana kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar, Iran dan Hizbu Syaitan bersalahan dengan apa yang digariskan dalam agama Islam.

Saturday 22 June 2013

PADANG MERBOK BLACKOUT 505 KL622 | Suasana Aman Tanpa Sebarang Provokasi.

PADANG MERBOK | 22.06.2013 | Himpunan aman rentetan peristiwa blackout 505 PRU13.

Blackout505 Padang Merbok | KL622 | 22.06.2013
 Perarakan Peserta Dari Bangunan PAS, Jalan Raja Laut, 
 Dipimpin Oleh YB Salahudin Ayob & Pimpinan Tertinggi PAS.

Blackout505 Padang Merbok | KL622 | 22.06.2013
 Peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. 
Laungan SPR letak jawatan bergema!

Blackout505 Padang Merbok | KL622 | 22.06.2013
Dihadapan pejabat agong.
 
Blackout505 Padang Merbok | KL622 | 22.06.2013
Unit Amal dibarisan hadapan perhimpunan.

Blackout505 Padang Merbok | KL622 | 22.06.2013
 Nasi Berani 505.

Kuala Lumpur: Kerajaan meminta penganjur Blackout505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansur berkata:

"Saya minta mereka pentingkan keselamatan orang awam dan untuk itu penganjur seharusnya berpindah ke Stadium Merdeka, malah pintu stadium juga sudah dibuka." ketika perbincangan berlangsung antara polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penganjur perhimpunan Blackout 505.

"Jika bersetuju, penganjur Blackout 505 boleh dapatkan permit daripada polis." tambanhnya -Berita Harian

Perkara ini telah disahkan oleh Rafizi dan tiada sebarang perubahan katanya.

"Kami boleh terima kekalahan, tetapi kami tidak boleh menerima penipuan!" kata salah seorang penyokong Perhimpunan Blackout 505.
 

Friday 21 June 2013

Mesir Putus Hubungan Dengan Rejim Syria!

MESIR | Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah.


Berikut adalah terjemahan petikan ucapan Presiden Mesir, Dr Morsy ketika Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah :

"Kepada Hizbullah, mestilah keluar daripada Syria. Ini adalah kata-kata yang serius, tiada peluang dan tempat buat Hizbullah di Syria.

Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan rejim Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah dan dipanggil pulang Kedutaan Mesir di Dimasyq."

Pautan Video Ucapan: 


Sumber: Youtube, Malaysia.Syria