Thursday 28 February 2013

Adik Beradik Mujahidin


Ini adalah 10 adik beradik kandung yang sama-sama bangkit menyahut panggilan jihad menentang rejim zalim Basyar. Mereka merupakan anak kepada petani miskin dari utara Syria.

Berdiri dari kiri: Mohammed Rias 37, Alaa 23, Anas 35, Khaled 29, Quteiba 30.

Depan dari kiri: Rida 19, Ahmed 25, Rafat 21, Issam 27. Yang paling tua atau sulong Anwar 39, tiada dalam gambar kerana sedang menguruskan pasukan mujahidin.

Moga kita juga dapat mencontohi mereka. Allahuakbar!
 

Saturday 23 February 2013

Tidak Diizin Jumpa SU Khas Perdana Menteri


23 Feb 2013, Lebih kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Zon Timur yang mewakili Terengganu, Pahang dan Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin komponen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu telah menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan Barisan Nasional.

Mahasiswa yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage sejak jam 4.20 petang telah berhimpun lebih kurang satu jam setengah menanti Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan.

Namun Perdana Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort berkenaan walaupun mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan dilihat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meninggalkan kawasan resort seorang demi seorang.

Sepanjang himpunan protes secara aman berkenaan, pemuda-pemuda Umno sekitar melakukan provokasi dengan menyerang beberapa kepimpinan mahasiswa.

Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Najib.

Ketegangan yang sempat dirakamkan
 
Akhir sekali, ketakutan Najib begitu terserlah apabila hampir jam 6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menutup sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa agar tidak dilihatnya.

Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi dengan laungan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar pekarangan Ri-Yaz Heritage.

“Kita kesal kerana permohonan kita hanya satu, untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum terhadap kegagalan beberapa urus tadbir kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

“Tapi nampak PM terlalu takut dengan suara mahasiswa apabila untuk berjumpa dengan setiausaha khasnya pun, tidak diberikan keizinan,” kata Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar yang turut berada di situ.

Sumber: harakahdaily.net, Youtube

Hasil Pokok Zaitun Yang Ditanam Bekas Presiden Amerika Di Gaza



Demi menunjukkan simbol pentingnya keamanan di rantau ini, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter telah menanam anak pokok zaitun (gambar: seperti yang difahamkan) pada 14/06/2009 semasa beliau mengadakan lawatan rasmi ke Semenanjung Gaza.

Menurut pekerja hotel Al-Mathaf, 'anak pokok zaitun yang ditanam oleh bekas Presiden AS itu mati dan tidak memberikan apa-apa hasil sehinggakan pihak hotel terpaksa menggantikan anak pokok yang mati itu dengan anak pokok zaitun yang lain agar ia sentiasa nampak hidup'.

Pinggir Gaza City

Sumber: Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

Thursday 21 February 2013

Jutawan infaqkan hartanya kepada FSA

Khaled Jad'aan 
 
Khaled Jad'aan merupakan seorang jutawan di Arab Saudi. Dilaporkan beliau telah menginfaqkan seluruh untanya bersama segala kelengkapan dan perhiasannya kepada perjuangan revolusi rakyat Syria.

Menurut sumber, nilai unta tersebut dianggarkan melebihi 100 juta rial saudi. Semoga Allah merahmati jutawan ini.
 
 Jaheem 1
 
Terkini, mujahidin juga berjaya mencipta roket terbaru yang dinamakan 'Jaheem 1'. Semoga Allah permudahkan mereka, Allahuakbar!

Wednesday 20 February 2013

Dr.Aafia Disiksa Dirogol Diazab!

Aafia, seindah namamu, secantik rupamu...
Semoga syurga tempatmu nanti, walau disiksa dirogol diazab di dunia..

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak diketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghanistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.

Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

Sumber: OhMyIslam

Tuesday 19 February 2013

FSA tubuh Brigade PertahanAn Udara!

Brigade PertahanAn Udara FSA

Dilaporkan mujahidin FSA telah berjaya menguasai lapangan terbang Az-Zaynab atau Aleppo International Airport di Halab.

Menurut mujahidin, Kini tinggal 2 lagi iaitu lapangan terbang Kuweirs dan lapangan terbang Minhg yang dikawal oleh pihak rejim. Jika dua lapangan terbang ini juga berjaya dikuasai, penduduk Halab akan selamat daripada terus dibom oleh pesawat tempur rejim.

Sebelum ini admin juga telah menyiarkan berkenaan FSA (Free Syrian Army) Bakal Guna Pesawat. Berikutan perkembangan tersebut, mujahidin FSA kini telah menubuhkan Brigade PertahanAn Udara yang pertama. Briged tersebut terdiri daripada 10 juruterbang dan 10 pesawat pejuang.

Alhamdulillah, ini perkembangan yang baik buat mujahidin yang bukan sahaja berhadapan rejim Bashar tetapi turut diberi ancaman oleh kuasa-kuasa besar luar yang lain.



Monday 18 February 2013

Zionis Keluarkan Taring Di Laut Gaza

Penjajah menghadkan pergerakan nelayan di laut Gaza

Tembakan yang dilepaskan oleh tentera laut zionis pada petang Isnin di laut utara Semenanjung Gaza telah mengakibatkan nelayan Palestin cedera.

Menurut sumber hak asasi manusia dan saksi, dua buah bot laju tentera laut rejim zionis menyerang sebuah bot yang dinaiki 5 orang nelayan semasa melayari dalam lingkungan 3 batu nautika di sebelah laut As-Sudaniah, utara bandar Gaza.

Dua mangsa nelayan terbabit yang dilaporkan cedera telah dibawa ke hospital As-Shifa' di bandar Gaza untuk rawatan lanjut. Sumber perubatan menyifatkan kecederaan yang dialami dua mangsa berkenaan pada paras sederhana.

Pusat hak asasi manusia dalam kenyataan media berkata, "kejadian tembakan ini berlaku dalam jarak 3 batu nautika iaitu jarak yang dibenarkan oleh penjajah kepada nelayan-nelayan Palestin untuk belayar dan menjalankan kegiatan memburu ikan malah mengikut persefahaman gencatan senjata yang dipersetujui pada 22 November 2012 hasil perantaraan pihak tengah iaitu Mesir dan antarabangsa, jarak tersebut telah ditetapkan sehingga 6 batu nautika."

Pusat hak asasi manusia mengecam tindakan zionis yang masih tidak henti mengancam nelayan Palestin di Semenanjung Gaza dan menggesa zionis hentikan segera dari mengancam nelayan serta membiarkan mereka bebas menjalankan kegiatan dan belayar.

 Sumber: Paltimes

Saturday 16 February 2013

Gadis Goncang Syria!


Rejim Basyar dilihat semakin bertambah lesu apabila kekalahan demi kekalahan terus dialami oleh tentera dan sekutunya dikebanyakan pertempuran di seluruh Syria.

Khususnya di sekitar pinggir ibukota Dimasyq dan Halab yang merupakan bandar kedua terpenting selepasnya. Malah dilaporkan mujahidin terus mara hingga ke bandar-bandar yang sebelum ini pertahanan rejim begitu kuat juga telah mula ditembusi oleh mujahidin termasuk di pinggir Lattakia dan di bahagian utara Syria.

Gambar ini pula menunjukkan seorang gadis yang melakukan tindakan yang sangat berani dengan turut memikul senjata demi mempertahankan maruah diri dan keluarga. 

Tangan yang digelar membuai buayan, mampu memikul senjata mengoncang Syria.

Doakan mereka, Allahuakbar!

FSA (Free Syrian Army) Bakal Guna Pesawat


Sebaik sahaja menguasai pangkalan udara Jarrah di pinggir Halab 13/2/13, mujahidin berjaya menawan lebih daripada 30 jet pejuang yang di antaranya masih beroperasi, termasuk jet pejuang MiG.

Dimaklumkan bahawa mujahidin kini menetapkan sasarannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Halab selepas menyerang pangkalan tentera Briged 80 dan pusat pemeriksaan ketenteraan Manara. Sekali gus membawa mereka hanya beberapa ratus meter jauhnya dari lapangan terbang kedua Syria yang mereka dihujani dengan bedilan kereta kebal.

Mujahidin juga berjaya memusnahkan beberapa helikopter dan menghujani pangkalan udara Nerab dengan bedilan kereta kebal. Pertempuran sengit berlaku semula di sekitar kawasan pangkalan udara Minnegh dan Kuwaires yang diserang oleh mujahidin menggunakan meriam berat dan roket. 


Komander FSA (Pengerusi Majlis Tentera) di Halab, Abdel Jabbar Al-Akidi menyatakan bahawa pesawat yang dirampas dari pangkalan udara Jarrah akan digunakan tidak lama lagi. 

Doakan mujahidin, Allahuakbar!

Wednesday 13 February 2013

Dr.Syauqi Abdul Karim Mufti BARU Mesir


Majlis Anggota Kibar Ulama' yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Toyyib memilih pensyarah dan Ketua Bahagian Feqah Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Dr.Syauqi Ibrahim Abdul Karim sebagai Mufti Mesir yang baru menggantikan Dr.Ali Juma'ah.


Menurut Dr.Syauqi, beliau telah menerima panggilan dari Syeikh Al-Azhar memaklumkan pencalonan beliau. Menurut sumber, terdapat dua calon lain yang dicalonkan iaitu Dr.Atiyah Fayadh (Pensyarah Feqah Perbandingan Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah) dan Dr.Farhat Abdul 'Ati (Pensyarah Fakulti Syariah Islam). Walau bagaimanapun, Dr.Syauqi yang masih menanti pengesahan dari Presiden Dr.Mursi memperoleh undi tertinggi dari kalangan anggota Kibar Ulama'.

Dalam sidang media kemudian, Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Dr.Yusuf Qardhawi yang juga anggota Kibar Ulama' berkata, pemilihan Dr.Syauqi menepati kriteria yang ditetapkan.
 
Bekas Menteri Wakaf Mesir, Dr.Abdullah Husaini Hilal yang merupakan salah seorang anggota Kibar Ulama' menafikan pemilihan Dr.Syauqi terdapat campurtangan politik bahkan pemilihan berdasarkan manhaj Al-Azhar bersifat "wasoti" dan ia menjadi syarat yang utama.  
 

Strategi Bumi HANGUS Di Halab, Syria


Tentera rejim yang terdiri daripada 23 kereta kebal dan 3000 tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai yang meragut nyawa lebih daripada 40 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak di kampung Jneid di pinggir bandar timur Halab. Ia adalah antara usaha rejim untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan oleh pejuang ke atas sebuah kilang tentera di Sfeera, Halab.

Hukuman mati juga dijalankan oleh tentera rejim di pinggir bandar Dimasyq. Mereka membunuh lima orang pelarian dari Homs kerana cuba untuk meloloskan diri daripada pusat pemeriksaan tentera di bandar Jebeh.

Seramai enam orang pula terbunuh apabila serangan udara yang mensasarkan sebuah stesen petrol mengenai kereta di kejiranan Asali di selatan Dimasyq. Berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera akibat serangan rambang dan sengit di kejiranan Jobar dan bandar-bandar wilayah Douma, Saqba, Drousha, Moadamiyat al-Sham dan Zabadani.

Tentera rejim juga meneruskan serangan mereka di kawasan kediaman dalam bandar yang dikuasai mujahidin. Sebanyak 365 lokasi serangan di seluruh negara, 17 daripadanya melibatkan pesawat pejuang yang menggunakan bom berangkai, fosforus, dan thermboaric, menyebabkan kerosakan harta benda dan memaksa beribu-ribu orang awam untuk melarikan diri rumah mereka. 

Doa kami buat kalian, semoga Allah sentiasa bersama kalian di sana ketika pahit mahupun getir..

Tuesday 12 February 2013

2 Beradik Syahid, Syria


Gambar ini menunjukkan dua orang adik-beradik yang berasal dari Halab. Bertempur di dua tempat yang berbeza. Kedua-duanya telah dipilih Allah sebagai syahid pada hari yang sama, hanya beza 1 jam sahaja.

Seorang ibu yang telah menjadi mulia dengan syahid 2 orang anak lelakinya pada hari yang sama di tempat yang berbeza.

Berbahagialah kalian berdua di sana & beruntunglah wahai ibu yang telah melahirkan ahli-ahli syurga.

Pautan video: 
Syahid di Dimasyq

Syahid di Homs 

Sumber: Youtube, Malaysia.Syria

Sunday 10 February 2013

Mahar Untuk Meminang Bidadari


Dikisahkan oleh ahli sejarah, Abdul Wahid bin Zaid(Abu Uwaid) seorang khatib di Basrah, turun ke sebuah kampung dan membuat seruan bagi mengumpulkan pemuda2 untuk turun berjihad. Untuk memberi semangat dan keyakinan, beliau bersyair bg menggambarkan berbagai kenikmatan syurga dan keindahan bidadari2 yang ada di dlm nya. Itu membuatkan semangat kaum muslimin berkobar utk turut serta berjihad dan meraih syurga.

Dalam suasana hiruk pikuk tangisan haru org ramai yang berkerumun, keluar seorang wanita tua menemui Abu Uwaid. Wanita itu bernama Ummu Ibrahim Al Bashriyah.

Lantas ia berkata :

''Wahai Abu Uwaid, kenal kah engkau pada anakku, Ibrahim? dia telah di lamar oleh seorang kaya Basrah utk di jodohkan dengan anak perempuannya. Tapi sekarang, demi Allah, aku berkenan dengan bidadari yang kau sebut tadi. Aku mahu bidadari itu menjadi pengantin anakku. Wahai Abu Uwaid, mahu kah menikah kan mereka sekarang dengan mengambil 10 ribu dinar sebagai mahar nya? semoga Allah menjadikan Ibrahim pahlawan yg syahid dan memberi syafaat kpd ibu dan bapanya di hari kiamat nanti''.

Abu Uwaid menjawab ''baik lah, aku bersedia. Semoga kalian mendapat keuntungan yang besar di hari kemudian''.

Ummu Ibrahim amat gembira lantas berteriak memanggil anaknya dan berkata:

''Wahai anak ku Ibrahim, apakah kau mahu bidadari sebagai isteri mu dan menantu ku, dan apakah kau mau memberikan nyawamu dengan mengorbankannya ke jalan Allah sebagai mahar utk meminang bidadari itu?''.

Ibrahim mengangguk dan berkata ''Wahai ibu, aku bersedia''.

Mendengarkan jawapan Ibrahim, si ibu yang gembira terus bergegas pulang dan mengambil 10 ribu dinar dan menadah tangan seraya berdoa dengan linangan airmata.

''Ya Allah, kau jadi saksi, bahawa aku menikah kan anakku Ibrahim dengan bidadari yang menghuni syurgamu, sebagai mahar nya, ia mengorbankan nyawanya dalam perang ke jalanMu, terima lah ini wahai Dzat Yg Maha Mengasihi''. Lalu itu, di serahkan kepada Abu Uwaid.

Abu Uwaid berkata ''Sepuluh ribu dinar ini adalah mahar bagi bidadari itu, gunakan ia dalam berperang ke jalan Allah''. Ummu ibrahim lantas membeli kuda dan alat perang serta bekalan utk Ibrahim.

Ketika hendak berpisah dengan anak nya di hari keberangkatan para mujahidin utk ke medan perang, Ummu Ibrahim mengalungkan kain kafan di leher anaknya dan menyapu minyak(yang biasa di tabur di tubuh mayat) dan menatap wajah anaknya dengan linangan airmata dia berkata:

''Wahai anakku Ibrahim, jika kamu bertemu musuh, pakai lah kain kafan ini dan sapu kan lah minyak ini, agar kamu tidak lalai sewaktu berada di jalanNya. Pergilah anakku, Allah tidak akan mempertemukan aku lagi dengan mu, kecuali kelak di hadapanNya pada hari kiamat''.

Maka berangkat lah Ibrahim bersama pasukan mujahiddin dan ketika sampai di medan juang, Ibrahim membarisi barisan hadapan tentera muslimin dan mati syahid di medan tempur itu. Pertempuran itu berakhir dengan kemenangan kaun muslimin. Setelah perang berakhir, saki baki pasukan mujahidin kembali ke Basrah dan di sambut dengan meriah oleh penduduknya. Mendengar berita kepulangan pasukan mujahidin itu, Ummu Ibrahim berlari dan mendapat kan Abu Uwaid. Lantas ia bertanya:

''Wahai Abu Uwaid, apakah Allah menerima hadiah dan pinangan ku itu hingga aku gembira atau Dia memulangkan nya sehingga aku kecewa?''.

Abu Uwaid menjawab:

''Wahai Ummu Ibrahim, Allah telah menerima hadiah dan pinangan mu dengan syahid nya Ibrahim. Semoga sekarang anakmu bersama para syuhada yg di rahmati''.

Mendengarkan berita kematian anaknya yg syahid, Ummu Ibrahim lantas tersenyum dan pulang ke rumah, sampai di rumah ummu ibrahim memeluk pakaian Ibrahim dan mengusap tempat tidur Ibrahim sehingga ia tertidur. Keesokan harinya, Ummu Ibrahim menghadiri majlis Abu Uwaid, dan menghampirinya lalu berkata:

''Wahai Abu Uwaid, bergembira lah, bergembiralah''. Abu Uwaid kehairanan dan bertanya:

"Wahai Ummu Ibrahim, apa yg telah berlaku sehingga engkau gembira tidak hentinya?''

Ummu Ibrahim berkata ''Semalam aku tertidur di kamarnya Ibrahim, aku bermimpi melihat anakku bahagia, berada di dalam taman yang indah, dan berkubah hijau, anakku berbaring di kasur yg berkilau di perbuat dari permata. Aku melihat anakku memandang ku dengan bahagia dan dia berkata''

''Wahai ibu ku, bergembira lah ibu, Mahar ku telah di terima dan pengantin telah pun bersanding''.

Sumber:
Penulisan Dr. A'idh Al Qarni, M.A.
               Risalah-Malam Pertama Di Alam Kubur, Halaman-29-33

KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR.

GADIS SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR

Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.

22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak.

Saya tidak akan melupakan apa yang saya lihat di dalam penjara dahsyat rejim.

Saya tidak akan melupakan (Um Tayim, 25 tahun ) yang dipanggil ke pejabat penjara pada tengah malam dan kembali semula dalam keadaan trauma selepas dirogol dengan kejam sebanyak dua kali.

Saya tidak akan melupakan wajah (Muna Al Wadi) apabila mereka (pengawal penjara) memberitahu dia akan dikenakan hukuman tembak yang akan dilaksanakan jam 10 pagi esok.

Saya tidak akan lupa suara (Ala'a Kayyal) gadis 20 tahun, apabila dia meminta saya untuk memeriksa kembali belakang tubuhnya selepas datang dari sesi penyeksaan.

Saya tidak akan pernah lupa bagaimana (Elham) menggigil serta menggeletar apabila dia terkena sawan epilepsi, dan pengawal mengejek beliau dan menuduh beliau kononnya berlakon.

Saya tidak akan melupakan (Thana'a Al Hasan) seorang wanita berusia 45 tahun apabila dia mengalami strok dan dia tidak boleh bernafas. Kami memanggil dan menjerit kepada pengawal tetapi tiada siapa yang menyahut.

Saya akan tidak akan pernah memadamkan memori gelap ini di dalam kehidupan saya apabila melihat air matanya turun seperti sungai menangis untuk anak-anaknya dan kerana dia telah mati tanpa dapat melihat mereka.

Beritahu saya, bagaimana boleh saya lupa akan orang-orang yang saya tinggalkan di penjara tersebut dan menjalani kehidupan yang normal. Sebahagian besar daripada mereka masih dalam sel gelap. Muka mereka, kesakitan mereka dan jeritan mereka sentiasa menghantui saya.

Sumber: Malaysia.Syria


Saturday 9 February 2013

SADIS: Kanak-kanak Syria jadi korban


Kucupan terakhir sorang bapa terhadap anaknya yang terkorban akibat bedilan pesawat tempur rejim Basyar.


Nah, lihatlah wahai masharakat dunia. Moga kita tidak menjadi golongan buta hati dan diam membisu apabila melihat kezaliman yang maha dasyat ini.

Dilaporkan rejim telah membunuh 3742 rakyat Syria pada Januari 2013. Purata sebanyak 121 rakyat telah dibunuh setiap hari, atau 5 warga Syria dibunuh pada setiap jam.

Daripada jumlah tersebut, 466 adalah kanak-kanak, bermakna mereka membunuh 15 kanak-kanak setiap hari. Bulan ini mewakili bulan dahsyat dan kematian yang tertinggi untuk kanak-kanak sejak Revolusi Syria bermula pada Mac 2011.



Suatu hari nanti, bayi perempuan ini hanya akan memegang foto ini sebagai ingatan kepada bapanya yang telah gugur syahid akibat dibunuh oleh rejim Basyar beberapa hari lepas.

Sangat memilukan hati..
Doa kami buat kalian.. Allahuakbar!


Sumber : Rangkaian Syria Untuk Hak Asasi Manusia

Wednesday 6 February 2013

PENJAJAH ROBOH RUMAH PALESTIN DI BAITULMAQDIS

 Biarlah gambar berbicara..







Pihak berkuasa penjajah telah merobohkan sebuah bangunan yang menempatkan 4 buah rumah di Beit Hanina sebelah utara bandar BaitulMaqdis (Al-Quds) selepas mengepung bangunan terbabit dengan alasan bangunan tersebut dibina tanpa kelulusan.

Penduduk Palestin berkata, Israel (penjajah) mengenakan syarat yang sukar kepada Palestin yang mahu membina rumah di BaitulMaqdis sedangkan perumahan-perumahan Israel giat dibangunkan.

Sejak dari awal tahun 2012, pihak berkuasa penjajah telah merobohkan 80 buah rumah Palestin di BaitulMaqdis. Manakala, ribuan buah rumah yang lain telah diberikan notis untuk diroboh.

Pautan Video:

Sumber: Al-Jazeera, 05/02/2013

Tuesday 5 February 2013

SADIS: Sungai Berdarah, Halab Syria


Sungai Quweiq di kawasan Al Qasr Boustan, Halab yang menjadi tempat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Basyar kini dipanggil 'The Blood River'.


Sekurang-kurangnya 101 mayat lelaki dewasa dan kanak-kanak yang telah dikeluarkan dari Sungai Quweiq, di kejiranan Boustan al-Qasr yang dikuasai mujahidin di Halab. Mereka dibunuh dengan satu tembakan di kepala manakala tangan mereka terikat.

Yang termuda di kalangan mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Keluarga mangsa dari bandar-bandar yang berlainan bergegas ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mayat. Mangsa umumnya dikenalpasti sebagai bekas tahanan dan yang lain telah dilaporkan hilang semasa menyeberangi kawasan yang dikuasai rejim.

Tentera rejim juga membunuh 14 orang lagi di kawasan kejiranan Asaly dan Qabun di Dimasyq dan kawasan berhampiran Daraya dan Moadamiyat al-Sham. Mereka membunuh dan membakar tujuh lagi orang awam di Dar'a.


Sumber: Malaysia.Syria

Ketua Turus Tentera Zionis Tiba Di Amerika Syarikat

Benny Gantz

Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Rav Aluf Benny Gantz telah tiba di Amerika Syarikat (AS) dalam lawatan rasmi yang mengambil masa selama 5 hari, demikian menurut jurucakap rasmi tentera Israel (penjajah/rejim zionis).

Menukil web berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET), jurucakap tentera Israel berkata, "Gantz menjadi tetamu rasmi kepada Ketua Turus Tentera AS, Jeneral Martin E. Dempsey. Pertemuan dua pihak ini turut disertai wakil-wakil agensi keamanan Amerika dan wakil kerajaan AS."

    Jeneral Martin E. Dempsey - 18th Chairman of the Joint Chiefs of Staff
 
Akhbar YNET menyebut, lawatan berkenaan untuk membincangkan ancaman keamanan dua belah pihak di rantau Timur Tengah dan kerjasama keselamatan serta ketenteraan.

Sementara itu, siaran 2 televisyen Israel menyiarkan bahawa perbincangan dalam pertemuan terbabit menyentuh juga serangan udara yang dilakukan oleh pesawat tempur zionis baru-baru ini di Syria yang berjaya menyerang sasarannya dengan tepat.

Sumber: Web berita Paltimes, 03/02/2013

Sunday 3 February 2013

John Kerry hubungi Presiden Palestin

John Kerry

Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah dihubungi Menteri Luar Amerika Syarikat (AS) yang baru, John Kerry pada malam tadi.

Mahmoud Abbas

Jurucakap Jabatan Presiden Palestin, Nabil Abu Radinah berkata kepada agensi berita WAFA, "beliau (John Kerry) membicarakan betapa perlunya mengadakan pertemuan-pertemuan bersemuka dalam terdekat dengan Abbas untuk membincangkan banyak isu-isu permasalahan yang fungsinya memelihara perjalanan usaha damai."

Setiausaha AS menyatakan bahawa Presiden AS, Barack Obama mengambil berat dan menyokong usaha-usaha damai. Tambahan pula, pentadbiran AS sedar tentang kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh Pemerintah Palestin (PA).

Presiden Abbas mengucapkan tahniah kepada John Kerry yang memegang jawatan Menteri Luar As serta mengharapkan pertemuan terdekat untuk meneruskan banyak perbincangan berhubung permasalahan isu.

Sumber: Web berita Safa, 03/02/2013

WARGA ZIONIS PANIK SIREN BERBUNYI

Rujukan peta Ashdod (1) Sderot (3)

Kesilapan teknikal telah mengakibatkan siren-siren kecemasan berbunyi di zon-zon selatan (selatan tanah jajahan 1948) dari Sderot hingga ke Ashdod, lantas menimbulkan ketakutan dan kepanikan di kalangan warga zionis setelah dua bulan lebih zon selatan diselubungi tenang.

*Siren kecemasan: Petanda serangan roket.

Siren kecemasan ini turut kedengaran di Gan Bina, Al-Ghadirah, Kiryat Gat, bandar Al-Majdal dan kawasan sekeliling.

Kata sumber tentera zionis, siren-siren ini berbunyi pada jam 01:30 pagi Sabtu disebabkan kesilapan teknikal. Jelas lagi, pihak tentera sedang menyiasat bagi mengetahui punca sebenar.

Sebaik sahaja siren berbunyi, warga-warga zionis di zon selatan terus bergegas masuk ke tempat perlindungan dan bilik kebal.

Menurut seorang saksi dari Ashdod, dia baru pulang dari bercuti, lalu terdengar bunyian siren dan sangkaan pertama bunyi itu dari kereta ambulan, namun setelah meneliti dia mendapati ianya adalah siren kecemasan, lantas dia segera bersembunyi.

Tambah lagi, "saya rasa dah hampir lupa bunyian ini tetapi ianya kembali mencabut ketenangan dari saya, sekarang saya dah sampai rumah dan harap berjaya tidur dengan tenang," ujar saksi terbabit berkenaan.

Sumber: Media rasmi Al-Qassam

Friday 1 February 2013

KERAJAAN BARU ISRAEL BENTUK ESOK


 Simon Perez

Sumber dari web berita HAARETZ dalam laporannya hari Jumaat, 01/02/2013, sebagaimana dijadualkan pada hari esok, Presiden Israel Simon Perez akan memanggil Benjamin Netanyahu ke pejabat Presiden untuk melantiknya secara rasmi membentuk kerajaan Israel yang baru.

Benjamin Netanyahu

Demikian itu, Presiden Israel membuat keputusan tersebut dalam penutup mesyuarat bersama wakil-wakil parlimen Israel yang berlanjutan sehingga dua hari.

Sumber: Safa dan Paltimes

Hak Asasi PBB Minta Israel Kosongkan Penempatan


Majlis Hak Asasi Manusia PBB meminta Israel mengosongkan kesemua penempatan yang berada dalam tanah jajahan dan mengeluarkan warga-warga zionis secara berperingkat.

Demikian itu dalam laporan yang diterbitkan pada 31/01/2013 di Geneva, 'kewujudan penempatan-penempatan mengakibatkan berlaku banyak bentuk perlanggaran terhadap hak-hak Palestin'.

Laporan terbabit menjelaskan berdasar dari pasal 49 perjanjian Geneva IV, 'Israel mesti hentikan sebarang kegiatan pembinaan unit perumahan di penempatan-penempatan, demikian itu tanpa sebarang syarat. Begitu juga, Israel mesti bertindak segera menjalankan operasi mengeluarkan warga-warganya dari tanah-tanah jajahan'.

Sumber: Paltimes