Sunday 13 October 2013

'Presiden Mesir' Menghadapi Tekanan Jiwa


MESIR | Sisi menghadapi tekanan jiwa, hidup dalam ketakutan, ambil pil penenang dan tidak tidur dirumahnya. 

Kolenal Omar Afifi | bekas pegawai keselamatan mesir

Kolenal Omar Afifi bekas pegawai keselamatan mesir yang tinggal di Amerika menulis dalam facebooknya, menegaskan bahawa Sisi menghadapi tekanan jiwa, hidup dalam ketakutan, mengambil pil penenang, tidak tidur dirumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam.

Dua hari lepas Sisi menukar majoriti bodyguard baru dari kalangan ahli keluarganya dengan memberi harta, keistimewaan, rumah, kereta dan pelbagai lagi.

Sisi juga menukarkan tempat tidurnya setiap hari dibanglo khas pasukan keselamatan dan perisikan perang dan banglo rahsia dikawasan tentera.

Siapapun dikalangan bodyguardnya tidak mengetahui dimana tempat beliau akan tidur kecuali setelah sampai di tempat tersebut.

Beliau juga tidak menaiki kereta kalis peluru yang dikhaskan untuknya sebaliknya beliau menaiki kereta salah seorang pengawalnya yang juga kalis peluru.

Beliau juga membeli peralatan moden untuk mengelirukan sistem telekomunikasi kerana bimbang letupan dari jauh, disamping memakai baju kalis peluru 24 jam dan tidak menggunakan handphone.

Lebih dasyat beliau tidak minum atau makan kecuali setelah makanan itu dimakan terlebih dahulu oleh tukang masak dihadapannya.

Sumber juga menyebut Sisi berhadapan dengan gangguan jiwa yang teruk dan mengambil dose yang berlebihan daripada pil bagi menampakkan dia stabil dan tenang.

Begitu juga, arahan dikeluarkan agar peluru hidup tidak diberi kepada mana-mana pegawai tentera dan pengawal tempat lawatan yang beliau pergi disamping semua mereka diperiksa dengan ketat dan menghinakan demi untuk memastikan tiada senjata bersama mereka. 

Kolenal Omar Afifi 

Ahad 13 oct 2013.



Sumber : As-sya'bu. Net