Saturday 24 November 2012

ADUAN ISRAEL LANGGAR GENCATAN KE PBB

Mangsa yang syahid dalam gambar kecil
 
Riyad H. Mansour, Pemerhati tetap Palestin di PBB telah mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB mengenai perlanggaran gencatan senjata yang dilakukan Israel. Demikian itu, pada petang Jumaat, tentera zionis yang berada berdekatan garisan pemisah sempadan tanah jajahan 1948 telah melepaskan tembakan mengakibatkan seorang pemuda Palestin, Anwar Qudaih syahid (korban). 

Sumber tentera zionis pula mendakwa mereka (penduduk Palestin) yang mendekati pagar lingkaran keselamatan di sebelah timur bandar Khan Younis telah melakukan rusuhan. Bagaimanapun, foto-foto yang diambil oleh jurugambar mengesahkan penduduk Palestin tidak melontar batu ke arah tentera zionis. Mereka hanya pergi ke pagar keselamatan untuk meraikan kegembiraan ekoran persetujuan gencatan.  

Kata lagi, menurut sumber yang sama, tentera yang berada berdekatan pagar keselamatan melepaskan tembakan ke udara untuk menjauhkan penduduk Palestin dari menghampiri pagar itu, kemudian tentera zionis melepaskan pula tembakan ke arah sebilangan pemuda Palestin.

Sumber: Safa

GENCATAN MENAMBAHKAN LAGI TIGA BATU NAUTIKA YANG BARU KEPADA NELAYAN

Rujuk peta: 3 batu nautika.

Ketua Badan Perisikan Republik Arab Mesir (General Intelligence Service), Mejar Jeneral Mohamed Raafat Shehata telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh melalui telefon bahawa para nelayan Gaza telah dibenarkan memasuki ke laut Gaza sehingga jarak 6 batu nautika, tidak sebagaimana sebelum ini yang hanya dibenarkan memburu ikan sejauh 3 batu nautika.

Demikian itu, makluman yang disampaikan ini adalah tertakluk persetujuan gencatan senjata antara pejuang Palestin dengan rejim zionis.

Kabinet menteri Palestin dalam kenyataannya hari ini berkata, Mesir akan mengadakan lagi pertemuan dengan wakil zionis pada hari Isnin akan datang untuk membincangkan permasalahan yang berkaitan dengan persetujuan gencatan termasuk kawasan sempadan.

PM Palestin mengucapkan terima kasih atas usaha Mesir.

Semalam, bermulanya pertemuan antara wakil Mesir dengan zionis yang membincangkan mekanisme perlaksanaan kandungan gencatan senjata yang disepakati antara dua pihak selepas 8 hari serangan zionis tidak henti-henti menghentam Semenanjung Gaza.

Sumber: Safa

Friday 23 November 2012

PERTAMA SYAHID HARI KEDUA GENCATAN


KHAN YOUNIS - Seorang pemuda Palestin, Anwar Abdul Hadi Qudaih telah syahid (korban) dan sebilangan besar lagi petani cedera akibat tembakan tentera zionis yang ditujukan ke atas mereka di lokasi yang terletak antara timur Al-Qararah dan Abbasan Al-Kabirah sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sementara itu, ada yang ditangkap kerana melanggar pagar keselamatan yang telah ditetapkan tentera zionis sebagai zon keselamatan(buffer zone).

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, pemuda terbabit syahid ekoran peluru yang dilepaskan zionis meletup di kepalanya. Kecederaan yang dialami para petani pula disifatkan ada yang ringan dan parah.

Menurut penyampai berita SAFA, sejak dari jam pertama selepas Subuh, puluhan penduduk Palestin beramai-ramai pergi ke kawasan di sebelah timur Khuza'ah untuk melihat tanah-tanah pertanian mereka, namun secara tiba-tiba, tentera zionis menghalakan tembakan yang tidak membenarkan mereka mendekati kawasan terbabit. Kejadian ini mengakibatkan seorang pemuda syahid dan 7 orang lagi cedera.

Penduduk-penduduk Palestin berazam menunaikan solat Jumaat di kawasan tersebut bagi menegaskan mereka berhak mengusahakan tanah-tanah mereka.

Ternyata amat sukar tiba di kawasan lingkaran zon keselamatan malah ianya menambahkan lagi kesengsaraan terhadap Palestin. Bagaimanapun, penduduk-penduduk Palestin mahu menguji gencatan yang ditandatangani di Mesir antara rejim zionis dengan pejuang Palestin dan juga mahu menegaskan tanah itu adalah hak mereka.

Pada petang semalam, beratus-ratus pemuda Palestin dapat tiba ke lokasi jip tentera zionis yang diletupkan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(Brigade Al-Qassam) dua minggu lepas. Rasa gembira sambil menangkap gambar kenang-kenangan berubah kepada kejadian berdarah apabila tentera zionis yang berada tidak jauh dari situ melepaskan tembakan, lantas menyebabkan 2 pemuda Palestin cedera(ada sumber menyebut 3 yang cedera).

Bertahun-tahun lamanya, zon lingkaran keselamatan di sepanjang garisan sempadan sebelah timur Semenanjung Gaza mengancam nyawa Palestin. Tiada siapa dapat menjamin keselamatan buat keluarga mereka serta hak milik mereka ekoran tentera zionis yang selalu menceroboh dan melepaskan tembakan-tembakan rambang di kawasan terbabit.

Sumber: Safa

10 Terbunuh dalam kemalangan Pesawat Tentera Yaman


Sebuah pesawat pengangkutan tentera Yaman terhempas berhampiran lapangan terbang Sana'a pada hari Rabu mengakibatkan 10 orang terbunuh, laporan daripada wartawan Al Arabiya dan disahkan oleh pegawai lapangan terbang.

Pesawat itu mendarat kawasan yang terbengkalai di daerah Hasaba berhampiran ibu negara Yaman selepas mengalami kesilapan teknikal, kata pegawai itu.

"Pesawat cuba untuk mendarat di ruang kosong di Hasaba, tetapi kerana masalah teknikal ia terhempas dan sepuluh kru meninggal dunia," kata pegawai itu kepada agensi berita Reuters.

"Seorang Antonov terhempas berikutan masalah teknikal. Juruterbang dan sembilan orang lain terbunuh," kata kenyataan di laman web kementerian pertahanan 26sep.net, memetik sumber tentera.

Ambulans berlumba ke tempat kejadian di mana orang ramai berkumpul.

Saksi berkata bahawa pesawat Antonov terbakar sepenuhnya.

Pada bulan Oktober tahun lepas, pesawat tentera Yaman kemalangan-mendarat di pangkalan udara di selatan negara membunuh sembilan penumpang, termasuk lapan jurutera Syria.
 
Pautan video: 
 
Sumber: Alarabiya

Wednesday 21 November 2012

Rentetan Seharian Palestin 21 Nov 2012

[01:03 petang] Sumber hebrew melaporkan bahawa Ashkelon dihujani serangan roket pejuang Palestin.

[01:00 petang] Siaran 10 televisyen Israel, individu yang ditangkap di Tel-Aviv tidak ada kaitan langsung dengan letupan.

[12:50 petang] Siren kecemasan berbunyi di Kiryat Gat.

[11:46 pagi] Pesawat pengintip tanpa juruterbang menyasarkan serangan ke atas sasaran berhampiran Masjid As-Syahid di Al-Buraij, Gaza Tengah seiring masuknya waktu Zohor. Masjid berkenaan dilimpahi jemaah solat.

[11:40 pagi] Al-Qassam mengebom pos tentera zionis 'Kissufim' dengan beberapa peluru mortar hawn.

[11:38 pagi] Serangan zionis menyasarkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan milik Khaled Abu Ajwah, timur Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

[11:34 pagi] Siren kecemasan berbunyi di Beit Shams yang terletak berdekatan BaitulMaqdis(Al-Quds).

[11:32 pagi] Pesawat zionis mengebom sebuah sasaran di tanah Abu Mazid, Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

[11:31 pagi] 3 penduduk Palestin yang cedera telah tiba ke hospital. Demikian itu, akibat pengeboman zionis ke atas rumah Penasihat PM Palestin di Gaza, Usom Al-Da'alis di Al-Nusairat, Gaza Tengah.

[11:30 pagi] Al-Qassam melancarkan 7 roket grad ke penempatan Kiryat Malakhi.
 
 [10:56 pagi] Sebentar tadi, Pesawat tempur zionis menyasarkan rumah Penasihat Perdana Menteri Palestin di Gaza dengan dua peluru misil di Al-Nusairat, Gaza Tengah.

[10:54 pagi] Jentera perang zionis melepaskan belasan bedilan peluru meriam di sebelah utara dan timur Semenanjung Gaza.

[10:52 pagi] Dua orang penduduk Palestin di sebelah timur bandar Gaza cedera akibat menjadi sasaran serangan zionis.

[10:38 pagi] Satu serangan roket gugur ke atas sebuah rumah zionis di Kiryat Malakhi. Kedengaran jeritan yang bingit.

[10:33 pagi] Kerosakan dan terjejas teruk di bandar Be'er Tufia sebentar tadi akibat roket-roket pejuang yang gugur di situ.

[10:33 pagi] Al-Qassam mengebom pos tentera zionis 'Ain Thalita' dengan 4 roket jenis 107.

[10:29 pagi] Kataib Al-Qassam melancarkan 3 roket jenis grad ke Kiryat Malakhi. Siren kecemasan telah berbunyi di penempatan itu.

[10:27 pagi] Siren kecemasan telah berbunyi waktu ini di penempatan Shaar Hanegev.
 
[10:26 pagi] Siaran 2 televisyen Israel: 'perakara yang menyukarkan kerja kami di Gaza adalah bilangan ejen yang sedikit'. 
 
 [09:54 pagi] Pejuang Palestin melancarkan beberapa serangan roket sebentar tadi. Manakala, Iron Dome (sistem penangkis roket jarak dekat) membalas dengan melepaskan beberapa peluru penangkis.

[09:53 pagi] Sehingga kini, bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan peluru misil di persisiran pantai di utara Semenanjung Gaza.

[09:51 pagi] Seorang komander tentera SARAYA AL-QUDS terselamat dalam serangan yang dihalakan ke atasnya di Der Al-Balah, Gaza Tengah.

[09:49 pagi] Lagi serangan peluru meriam zionis telah ditembak ke arah garisan sempadan antara Gaza - Mesir.
 
[09:49 pagi] Satu serangan roket gugur di tanah rampadan Bani Sham'on. Sebuah rumah zionis menjadi sasaran dan berlaku kebakaran di situ.
 
[09:35 pagi] Sejak pagi tadi, lebih 20 serangan roket Palestin telah dihalakan ke tanah-tanah rampasan yang berada setentang dengan Semenanjung Gaza.

[09:33 pagi] Islam Syahwan berkata, sebilangan tertentu sahaja dari mereka yang bekerjasama dengan zionis telah menyerah diri kepada pihak keamanan di Gaza.

[09:31 pagi] 26 serangan udara zionis di kawasan terowong bawah tanah, selatan Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

[09:30 pagi] 6 buah jentera perang zionis berada di gerbang pos tentera Sufa sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

[09:21 pagi] Seorang penduduk Palestin syahid dan 3 lagi cedera dalam serangan zionis berhampiran Masjid Al-Imam As-Syafie di Tel Al-Za'tar.
 
[09:15 pagi] Al-Qassam mengebom pengkalan tentera udara zionis 'Hetsarim' dengan 10 roket jenis grad.

[08:45 pagi] Al-Qassam mengebom Al-Majdal dengan 3 roket grad.
 
[7:50 pagi] Berikutan insiden kecederaan tentera akibat serangan roket, Tentera Israel memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera sekitar Gaza yang tidak bersedia untuk kemungkinan serangan melalui darat. 
 
[7:32 pagi] 7 serangan udara menyasarkan ke terowong di Rafah, menyebabkan kebakaran di kawasan itu.

[7:10 pagi] Tentera Israel mendakwa mereka telah memusnahkan beberapa "tapak infrastruktur pengganas" malam tadi termasuk bangunan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan balai polis. 
 
[7:00 pagi] Pesawat perang Israel memusnahkan 2 buah rumah milik Muhammad al-Hadidi dan Muhammad al-Shafeiy di al-Nuseirat. Tiada kecederaan dilaporkan.
 
[6:45 pagi] Pesawat perang Israel mengebom jalan yang menghubungkan kem pelarian al-Nuseirat dan kampung al-Mughraka. 
 
[6:04 pagi] Majlis Keselamatan UN akan menjalankan debat terbuka di Gaza hari ini jika gencatan senjata tidak berlaku, lapor The Associated Press.
 
[5:57 pagi] Duta UN Rusia Vitaly Churkin mengatakan jika gencatan senjata masih tidak berlaku, beliau boleh meletakkan resolusi untuk Majlis Keselamatan membuat undian.
 
[5:41 pagi] Tentera Israel memberitahu 162 roket dilancarkan ke Israel dalam tempoh 24 jam. 
 
[5:26 pagi] Satu kawasan yang dikawal rapi di barat Rafah musnah dalam serangan udara. Bangunan kerajaan Abu Khadra juga dibom lagi beberapa kali pagi ini.
 
[5:10 pagi] Balai polis di Khan Younis diratakan dan beberapa bangunan berdekatan mengalami kerosakan, kata wartawan web berita Maannews.
 
[4:52 pagi] Tentera Israel memberitahu 2 roket yang dilepaskan dari Gaza ke kawasan berpenduduk ramai telah ditangkis oleh sistem penangkis Iron Dome sejak lewat malam tadi.
 
[4:16 pagi] Pesawat perang Israel mengebom balai polis di Khan Younis.
 
[4:05 pagi] Tentera Israel mendakwa serangan udara yang disasarkan ke bangunan Abu Khadra di bandar Gaza adalah "pusat aktiviti pengganas". Bangunan Abu Khadra merupakan bangunan kerajaan. Akibat serangan yang dilakukan, wartawan Al-Jazeera ada melaporkan pejabat mereka yang berdekatan dengan Abu Khadra mengalami kerosakan.   
 
[3:46 pagi] Press TV melaporkan bahawa koresponden medianya Akram al-Sattari cedera akibat serangan udara Israel yang merosakkan hotel wartawan antarabangsa.
  
[3:20 pagi] Laman Facebook Silvan Shalom sudah tidak berada di atas talian (online) namun akaun tweeternya masih "tweeting". Tweet yang terbaru 'Benjamin Netanyahu is a Zionist murdering power crazed psycopath, supported by global psycopathic political elite.'  
 
[2:39 pagi] Serangan udara menyasarkan ke 2 kawasan berdekatan 2 buah hotel yang menempatkan para wartawan untuk berlindung dari serangan di Gaza. Wartawan Hugh Naylor dari akhbar The National memberitahu agensi berita Maannews bahawa letupan yang berlaku memecahkan tingkap di Hotel Deira dan Hotel Beach. Tiada kecederaan dilaporkan dan jurucakap Israel tidak membalas panggilan telefon.
 
[2:26 pagi] Al-Qassam membalas tweet oleh tentera Israel yang memberi amaran kepada wartawan supaya menjauhi pusat operasi HAMAS.
 
Sumber: Web Berita Palestin, Web Berita Maannews
 

Tel-Aviv Diserang Pengebom Berani Mati!


             

21 Nov 2012, jam 12.08ptg sebuah bas di Tel-Aviv(تل الربيع) telah meletup mengakibatkan puluhan cedera. Siaran 2 televisyen Israel mengesahkan bahawa letupan terbabit adalah natijah dari operasi 'amaliat istisyhadiah'(pengebom berani mati).

Sumber hebrew memaklumkan bahawa polis Israel sedang mencari individu kedua di Tel-Aviv yang cuba meletupkan dirinya.

Terkini, siaran 2 televisyen Israel berkata, 2 warga zionis terbunuh dan sebilangan besar cedera, di antaranya wujud kecederaan yang parah.

Jelas sumber hebrew, pengebom berani Palestin meletakkan peledak di dalam bas, kemudian lari turun dari bas. Laporan-laporan menyebut bahawa ada lagi pengebom-pengebom berani mati di Tel-Aviv. Media musuh juga berkata, individu yang meletak bom ini adalah gadis Palestin.

Berhubung operasi pengebom berani mati, Masjid-masjid di Gaza dan rumah-rumah Palestin diselubungi laungan takbir Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..

Sumber: Web Berita Palestin










              


           

 
                     
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                 




Laman Facebook dan Tweeter TPM Israel digodam Anonymous


21 November 2012, tepat 2.02 pagi kumpulan penggodam Anonymous menggodam laman Facebook Timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom. Status Facebook Shalom kini yang berbunyi 'Orang di seluruh dunia bersatu menentang penindasan. Anda tidak boleh menyekat suara kami. Bebas Palestin' 

Lapan minit kemudian, jam 2.10 pagi kumpulan penggodam Anonymous sekali lagi berjaya menggodam akaun tweeter Timbalan Perdana Menteri Israel.

Ketahuilah seluruh dunia memerhatikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, mereka tidak buta, bisu mahupun tuli. Mereka juga bukan hanya kaku setelah melihat hari demi hari rakyat Palestin dizalimi serta dibunuh.  

Doa kami rakyat Malaysia bersama kalian rakyat Palestin, doa itu senjata.

Sumber: Web Berita Maannews

Tuesday 20 November 2012

ISRAEL AKUI MENJADI SEKUTU REJIM BASYAR


Netanyahu berkata "Bashar adalah presiden yang bagus untuk Syria kerana pemberontak (mujahidin) dan Jihadist adalah pengganas dan mereka amat bencikan Israel. Kami akan bantu sesiapa sahaja yang menentang pengganas FSA."

Kata Netanyahu lagi, "malahan kami bersama-sama dengan pasukan keselamatan Syria menentang pengganas (mujahidin) di bukit Golan dua hari yang lalu, kami tidak akan benarkan mujahidin memasuki Bukit Golan."

Skrip yang sama digunakan rejim Basyar dan Zionis apabila ditanya kenapa melakukan pengeboman terhadap rakyat samada di Palestin dan juga di Syria.

Rejim Basyar : Kami hanya ingin mempertahankan diri daripada serangan mujahidin Syria.

Zionis : Kami mempertahankan diri daripada mortar-mortar yang dilancarkan oleh Briged Al-Qassam.

Pautan video:

Sumber: Al-Jazeera, Youtube











Saturday 17 November 2012

Ratusan Media Massa Kaherah Tuntut Mesir Akhiri Hubungan Diplomatik dengan Israel


Ratusan penunjuk perasaan berarak pada malam Rabu (14/11) dari Talaat Harb Square di pusat bandar Kaherah menuju pejabat kementerian hal ehwal luar negeri di Tahrir Square bagi mengutuk serangan kejam Israel ke atas Senanjung Gaza baru-baru ini.

Para penunjuk perasaan melaungkan “Gaza Gaza, kau adalah kebanggaan,” “Negara-negara Arab pengecut,” “darah Palestin adalah darah kita,” sambil mereka mengibar bendera Palestin. Para penunjuk perasaan menuntut kerajaan Mesir supaya segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menutup kedutaan besar Israel di Kaherah.

Satu kekuatan politik Mesir termasuk Front Nasional untuk Keadilan dan Demokrasi dan tokoh politik terkenal Hamdeen Sabbahi juga terlibat dalam aksi protes yang sama.

Pada malam Rabu, Presiden Muhammad Mursi menarik duta Mesir di Israel susulan serangan Israel yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan warga Palestin, termasuk tokoh terkemuka Hamas Ahmad Al-Jaabari.

Sumber: Ahram

Friday 16 November 2012

Roket dari Sinai ke Arah Israel


Empat letupan yang melanda komuniti kecil warga Israel di sepanjang sempadan Mesir pada hari Rabu dipercayai  berpunca dari roket yang dilancarkan dari Sinai, sumber keselamatan Israel melaporkan kepada AFP.

Kejadian itu berlaku di Bnei Netzarim yang terletak 1.5 kilometer (beberapa batu) dari sempadan Mesir, dan kira-kira lima kilometer (tiga batu) dari hujung selatan Semenanjung Gaza.

"Sebuah roket telah dilancarkan dari Sinai ke arah Bnei Netzarim ..setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan, "katanya dan menambah  terdapat empat letupan  dilancarkan terkena masyarakat awam.

"Apa yang pasti ialah terdapat empat letupan di Bnei Netzarim dan tentera merasa ia dilancarkan dari Sinai dan bukan dari Gaza," katanya.

Setakat ini, tentera Israel tidak mengesahkan maklumat tersebut.

Sumber:  Alarabiya

Sunday 11 November 2012

Mesir Panggil Duta Myanmar


Kementerian luar negeri Mesir merancang untuk mengadakan pertemuan dengan duta besar Myanmar di Kaherah dalam usaha membantah penganiayaan dan pembunuhan yang sedang berlaku ke atas kaum Muslimin di negara Asia Tenggara tersebut.

"Kementerian luar negeri memanggil duta besar Myanmar kelmarin dan menyampaikan mesej penting yang menyatakan kebimbangan dan bantahan terhadap keganasan yang berlaku terhadap Muslim Rohingya," kata kementerian luar negeri Mesir dalam satu kenyataan pada hari Isnin kelmarin (5/11). Sebelum ini, Al-Azhar turut menyatakan bantahan berkaitan penganiayaan terhadap umat Islam di Myanmar.

Kekerasan terhadap Muslim Rohingya harus dihentikan segera dan pihak berkuasa Myanmar harus membawa para pelakunya ke mahkamah.

Pemerintah Myanmar dan majoriti penduduk Buddha negara itu menolak untuk mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara dan melabel sekitar 800,000 Muslim Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh-sebuah negara miskin yang tidak menunjukkan kesediaan mereka untuk membantu muslim Rohingya.

Lebih daripada 100,000 orang Rohingya telah berpindah sejak kekerasan yang berlaku pada bulan Jun, menurut PBB. Namun, keadaan mereka terus membarah.

Operasi kedua "Pembebasan Dimasyq"


Setakat ini mereka berjaya menembak bangunan Perdana Menteri, menawan lapangan terbang penting Basyar dan berjaya menawan beberapa bangunan kerajaan.

Kini dilaporkan ribuan mujahidin Syria sedang menuju ke wilayah Dimasyq dalam operasi besar-besaran membebaskan kota Dimasyq.

Pembebasan Baitul Maqdis hanya berlaku dengan didahului pembebasan kota Dimasyq sebagaimana yang disebut di dalam beberapa hadith Nabi s.a.w di dalam Musnad Imam Ahmad.

Sekarang kami menyarankan agar :

1) Semua media massa (Surat khabar, stesyen TV, majalah dll) melaporkan perkembangan ini agar semua rakyat Malaysia dapat mendoakan mereka.
2) Adakan solat hajat dan qunut nazilah di setiap masjid, surau, tempat-tempat solat dan sebagainya agar Allah mengurniakan kejayaan kepada para mujahidin.
3) Kongsikan segala maklumat yang kami laporkan ataupun daripada mana-mana sumber yang dipercayai berkenaan perkembangan ini.

Operasi terbesar ini adalah penentu kepada revolusi Syria yang telah berlanjutan lebih 20 bulan.

Doakan mereka.

Pautan video:




Friday 9 November 2012

Turki bawa kes Serangan Mavi Marmara Ke Mahkahmah


Mahkamah Istanbul Selasa hari ini (6/11) merancang memulakan persidangan terhadap empat komander tentera Israel yang disyaki terlibat dalam serangan kapal Mavimarmara yang menuju Gaza tahun 2010 lalu, di mana langkah ini kemungkinan akan menghidupkan kembali ketegangan antara Turki dan Israel.

Sidang hari Selasa ini tercetus berikutan beberapa bulan selepas mahkamah Turki bersetuju dengan surat dakwaan oleh pendakwa, yang menuntut hukuman seumur hidup bagi para pegawai Israel berkaitan serangan kapal Turki Mavi Marmara yang membawa aktivis kemanuasiaan ke sempadan Gaza.

Para terdakwa semuanya akan diadili secara in absentia, setelah Israel memutuskan bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam serangan terhadap Mavi Marmara tidak melakukan kesalahan.

Salah satu daripada lima peguam plaintif, Buhari Cetinkaya, mengatakan kepada AFP bahawa pendakwa telah menuntut para komando setelah gagal untuk mengenal pasti semua pasukan yang benar-benar melakukan serangan itu.

"Kami telah mengenalpasti beberapa pasukan komando Israel yang terlibat dalam serangan itu tetapi saya fikir pendakwa tidak dapat mengesahkan dari pihak Israel," kata Cetinkaya.

"Jadi kes ini akan mendakwa empat komander Israel, pada saat keputusan diturunkan melalui mekanisme yang dipimpin oleh masyarakat," tambah peguam itu.

Para pegawai Israel yang menjadi tertuduh: Mantan ketua tentera kakitangan Gaby Ashkenazi, mantan ketua Angkatan Laut Eliezer Marom, mantan ketua perisikan tentera Amos Yadlin dan mantan ketua perisikan Tentera Udara Avishai Levy.

Tuesday 6 November 2012

Syiah dan Sunni, pertembungan yang membabitkan aqidah


Seorang pemimpin tertinggi Parti Nour Salafi di Mesir, Yunus Makhyoun (gambar) mendakwa, pertumpahan darah dan kegawatan yang berlaku di negara-negara Arab waktu ini berpunca dari fahaman sesat Syiah kerana perselisihan antara Syiah dan Sunni merupakan pertembungan yang membabitkan aqidah.

Makhyoun mengulas demikian ketika dihubungi dalam satu prgram televisyen "OnTV" dan berkata, "Syiah yang mengapi-apikan fitnah yang berlaku di Yaman, Iraq, Syria, Lubnan dan lain-lain."

"Syiah merupakan agama yang menyalahi ajaran Islam samada secara umum atau khusus. Mereka diiktibarkan sebagai kufur kerana di sisi mereka terdapat imam-imam, menunggu munculnya Imam (Mahdi) yang kononnya akan muncul dari batu manakala Khomeini pula melampau-lampau dari wilayah Faqeh yang kononnya mendakwa dia adalah pengganti sementara Imam Mahdi hingga dia muncul."

Oleh itu, Makhyoun memuji langkah Al-Azhar yang mewujudkan sebuah jawatankuasa peringkat antarabangsa yang terdiri daripada kalangan ulama' dari Salafi, Tasawuf dan kumpulan Islam lain bagi berhadapan dengan Syiah.

Kebelakangan ini, beberapa siri penerangan diadakan kepada para imam dan pendakwah di Mesir bagi menjelaskan kefahaman Syiah, aqidah mereka, perancangan politik semasa mereka selain menjelaskan konsep mendekatkan antara Sunni dengan mazhab-mazhab lain.

Selain itu, pentadbiran Al-Azhar juga menetapkan agar siri-siri penerangan seperti itu dilakukan kepada segenap lapisan masyarakat secara berkala.

Wanita Pertama Menjadi Menteri Somalia


Buat pertama kalinya dalam sejarah Somalia, seorang wanita telah dilantik sebagai menteri luar-Fowsiyo Yusuf Haji Adan, Perdana Menteri negara Abdi Fareh Shirdon Saeid berkata pada hari Ahad semasa beliau mengumumkan kabinet barunya.Fowsiyo Yusuf Haji Adan sebelum ini merupakan pegawai kerajaan.

"Selepas rundingan yang panjang, saya telah membentuk kerajaan melalui 10 menteri, salah seorang daripada mereka adalah seorang wanita yang akan menjadi wanita Somalia pertama yang menjadi menteri," Saeid berkata apabila mengumumkan nama-nama menteri yang baru dilantik.

Adan berkata bahawa pemilihan seorang wanita untuk menjadi menteri adalah satu perkara yang bersejarah buat senario politik Somalia.

"Ini adalah kemenangan untuk Somalia dan wanita Somalia. Ia menandakan gambaran baru dalam politik," katanya.

Adan, bagaimanapun, dalam kabinet yang dibentuk, beliau bukanlah satu-satunya wanita dalam kabinet. Mariam Qassim Ahmed akan diberi jawatan sebagai pembangunan sosial dan hal ehwal kementerian.

Aktivis hak asasi-  Amena Abdul Qader ketika dirujuk menyatakana pelantikan Adan sebagai kemenangan politik untuk wanita Somalia.

"Sebelum ini, kementerian yang dikuasai lelaki menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan dalam kerajaan sebelumnya dan kita mempunyai harapan yang tinggi untuk yang satu ini," katanya kepada Al Arabiya. "Kami juga menjangka lebih banyak keuntungan politik bagi wanita."

Abdul Qader berkata bahawa dia berharap wanita akan berada posisi kementerian yang lebih penting seperti kewangan, pendidikan, kesihatan, dan pedalaman.

Abdul Qader menjelaskan bahawa selama lebih daripada 20 tahun, lelaki menduduki semua jawatan penting dan hasilnya adalah rasuah yang berleluasa dan membazirkan wang negeri.

Sejak kejatuhan kerajaan pusat di Somalia pada awal 1990-an, wanita Somalia sepenuhnya menjaga keluarga mereka manakala lelaki sama ada menganggur atau berperang. Untuk menyara keluarga mereka, wanita Somalia bekerja dalam perdagangan dan lain-lain kerja yang lelaki enggan untuk menceburinya.

Sumber:  Alarabiya

Monday 5 November 2012

Turki lancarkan serangan mematikan sasaran tentera rejim Syria


Turki lancarkan serangan mematikan sasaran tentera rejim Syria selepas tentera rejim Syria menghentam sebuah rumah awam di bandar Akcakala, Turki, yang bersempadan dengan Syria. Serangan tersebut mengakibatkan pasukan rejim Alawiyah kehilangan 3 tank, 2 APC, dan 10 tentera terbunuh, lapor Kavkaz Center.

Ankara tidak dapat mengenal pasti samada tindakan itu sengaja ataupun tidak disengajakan. Ia memberi risiko kepada kehidupan rakyat Turki.

Tank Turki telah dekat dengan sempadan Syria. Para wakil parlimen Turki meluluskan tindakan ketenteraan. Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa mandat parlimen bukan merupakan deklarasi perang terhadap rejim Alawiyah.

Kerajaan Turki telah mengemukakan permohonan kebenaran operasi ketenteraan selepas serangan terhadap Turki. Kesan daripada serangan dari rejim Alawiyah, lima warga Turki-seorang ibu dan empat anaknya-tewas dan 13 cedera.

Sumber: Arrahmah

Sunday 4 November 2012

2 anak muda berani dipindahkan ke penjara Roumeih, Beirut


3 Nov 2012, kedua-dua anak muda yang berani ini dipindahkan sementara ke penjara Roumieh di Beirut, dari sebuah pusat tahanan tentera sebelum ini.

Sementara itu, mereka masih lagi menunggu keputusan daripada Tribunal Tentera Lubnan.

Keputusan perbicaraan mereka tidak akan diumumkan dalam tempoh yang segera kerana masih lagi dalam penelitian Tribunal Tentera Lubnan.

Sama-sama kita doakan mereka agar diberikan keadilan yang sewajarnya. Apa yang pasti mereka mujahidin bukannya pengganas sebagaimana yang diwar-warkan oleh sesetengah media massa.
 




Thursday 1 November 2012

TPM menyifatkan penahanan 2 rakyat Malaysia kes terpencil


#Luluh hati kami membaca kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Maaf, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan kenyataan ini.