Sunday 29 September 2013

Percutian Di Jakarta Kelat Kerana Korupsi

JAKARTA | Dipau RM 50 setiap seorang oleh pihak imigresen Jakarta Indonesia gara-gara tidak mempunyai tiket balik semula ke Malaysia dan tidak meletakkan nama hotel didalam borang.


Percutian dijakarta


Lebih selesa dikenali sebagai Along mengirim kisah ini 29 September 2013 kepada admin untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Jakarta Indonesia. 

Kami berlima dari Malaysia ke Indonesia untuk bercuti pada 25 September 2013, bersyukur selamat tiba di Jakarta Airport Terminal 3 berasa teruja dan gembira, tapi semua itu tidak lagi setelah kami dipau RM 50 setiap seorang oleh pihak imigresen Jakarta Indonesia gara-gara tidak mempunyai tiket balik semula ke Malaysia dan tidak meletakkan nama hotel didalam borang.

Dua kawan kami telah melepasi pemeriksaan passport beramai-ramai bersama pelancong dari Malaysia dan warga Indonesia yang lain. Saya, Wan dan Hasrul terlambat sedikit kerana kami bergilir-gilir menggunakan pen untuk mengisi borang yang diperlukan sebelum membuat pemeriksaan passport.

Kami antara orang yang terakhir, untuk dicek passportnya. Tiba giliran saya, dengan senyuman saya memberikan passport saya. "Mana tiket balik kamu ke Malaysia" kata lelaki pihak imigresen itu. Saya pun pelik, ai baru sampai kena tunjuk tiket balik sekali jugak? "Tiket saya kawan saya yang uruskan nanti saya tanyakan dia" sambil saya menoleh kebelakang mencari kawan saya Wan.

"Nama hotel kamu juga tak ditulis, macam nilah.. kamu bagi 50 ringgit wang Malaysia saya lepaskan kamu" tambah lelaki itu lagi. Tiba-tiba saya ternampak Wan menuju kehadapan disebelah kiri untuk ke kaunter bagi gilirannya, saya segera melambai-lambainya. Kawan saya Wan menjelaskan tiket kami sudah dibeli sekali cuma belum diprintkan lagi, Wan pun menyemak tiket kami melalui internet untuk menunjukkan kepadanya. 

Pihak imigresen itu menunjukkan jarinya ke arah kami "Ya udah kamu 50 ringgit kamu 50 ringgit kita mudah bicara". "Nanti ya saya cek dulu.." balas Wan. 

Rupanya kawan saya Hasrul terkena juga di kaunter bersebelahan saya. Kami bertiga terus berbincang. Menunggu kami bertiga yang agak lama membuat keputusan. "Yang lain boleh pergi, tinggalkan seorang disini" tambah lelaki itu. Kesudahannya kami dapat menunjukkan tiket kami melalui telefon menggunakan wifi airport, dan nama hotel kami tembak je dengan nama Hotel Grand Hyatt hasil seach di google.

Apabila selesai pemeriksaan kami bertiga jumpa dua kawan kami yang lain Hamzi dan Amin, bila diberi tahu sebab kami lambat selesai membuat pemeriksaan tadi, mereka terkejut kerana sewaktu mereka membuat pemerikasaan tidak pula ditanyakan tiket balik semula ke Malaysia.


No comments:

Post a Comment