Thursday 28 March 2013

Korea Utara Isytihar Perang Bila-Bila Masa

SEOUL | Korea Utara memberi petunjuk terakhir akan menyerang Korea Selatan selepas bertindak memutuskan talian komunikasi dengan negara itu, semalam.

 
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un melihat persiapan ketenteraan di pangkalan tentera Baengnyeong Island

Agensi berita KCNA memetik jurucakap tentera sebagai berkata, Korea Utara menghentikan respons talian hotline ketenteraan di perindustrian di Zon Bebas Tentera (DMZ) dan Palang Merah yang digunakan oleh kedua-dua negara sebelum ini.

“Peperangan boleh meletus bila-bila masa, tiada keperluan menjaga talian itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Menurutnya, tidak wujud lagi sebarang saluran dialog atau komunikasi kedua-dua negara termasuk Amerika Syarikat.

Talian hotline itu penting bagi kedua-dua negara kerana ia digunakan sebagai alat komunikasi oleh lebih 900 pekerja yang berulang-alik ke ke kompleks perindustrian Kaesong.

Kedua-dua negara itu kini, bersiap siaga untuk melancarkan serangan nuklear dengan peluru berpandu dan pesawat tempur.
 
Sumber: Sinarharian

Sunday 24 March 2013

"REJIM BASYAR DALANG BUNUH SYEIKH AL-BOUTI" -MUAZ KHATIB

SYRIA | Ketua Pakatan Pembangkang Syria, Syeikh Muaz Al-Khatib mendedahkan bahawa rejim Basyar Al-Asad disebalik dalang pembunuhan ulamak Syria, As-Syahid Syeikh Muhammad Ramadhan Al-Bouti.


Dalam kenyataan kepada "France Press" itu beliau berkata, Syeikh Ramadhan di akhir-akhir hayat beliau banyak membangkang politik Basyar sehingga mendorong beliau berani menasihati Basyar yang menjadikan nya berang atas kalam nasihat yang diberikan.

Syeikh Muaz juga mendedahkan niat Syeikh Ramadhan Al-Bouti untuk meninggalkan Syria menuju ke Turki yang menyebabkan askar rejim bertindak mengepung dan membunuh beliau.

Syeikh Muaz yang mewakili kumpulan pembangkang Islam di Syria mengutuk sebarang bentuk keganasan. "Kami mengutuk sepenuhnya pembunuhan Syeikh Dr. Ramadhan Al-Bouti dan kami ingin katakan bahawa agama kita (Islam) serta akhlak kita tidak mengizinkan kita sesama Islam membunuh semata-mata berbeza pandangan."

Kumpulan Tentera Pembebasan (FSA) juga turut menafikan pembabitan mereka terhadap pembunuhan ulamak tersebut.

 

Sunday 17 March 2013

Amerika Syarikat Digodam China

BEIJING | Perdana Menteri China Li Keqiang menolak dakwaan yang ada pihak dari negara itu melakukan penggodaman siber terhadap Amerika Syarikat.

 Perdana Menteri China Li Keqiang

Ditanya sama ada China akan menghentikan penggodaman tersebut, Li berkata gangguan penggodam merupakan masalah di serata dunia, malah China turut menjadi sasaran.
  
"China tidak menyokong, malah menentang serangan (siber) seumpama itu," katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad mengenai pencemaran alam sekitar dan masalah keselamatan makanan di China.
  
Li berkata tuduhan tidak berasas tidak wajar dibuat terhadap satu sama lain, dan semua pihak sepatutnya menumpukan masa untuk sesuatu yang boleh menyumbang kepada keselamatan siber. 
  
Menurut laporan bulan lepas, beberapa syarikat AS dan agensi kerajaan dicerobohi penggodam China, termasuk sebuah unit tentera China.
  
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China Hong Le menafikan tuduhan itu dan berkata China dan AS sentiasa mengekalkan hubungan mengenai isu-isu relevan. - Bernama

Sumber: Sinarharian

Thursday 14 March 2013

Cobra Terhempas Ragut 2 Tentera Zionis!

BANDAR ASHDOD | Sebuah helikopter tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (rejim/penjajah) jenis Bell AH-1 Cobra telah terhempas pada awal pagi Selasa di Kibbutz Revadim yang terletak dari arah timur bandar Ashdod, selatan tanah jajahan 1948. 


Demikian itu, kejadian tersebut mengakibatkan 2 orang juruterbang helikopter Cobra terbunuh. Siaran radio penjajah berkata, helikopter itu terhempas ketikamana dalam perjalanan pulang ke pengkalan udara selepas menjalani latihan rutinnya.

Jelas lagi, kematian 2 orang tentera udara Israel telah dimaklumkan kepada keluarga masing-masing. Tambahan lagi, Komander Tentera Udara Israel, Mejar Jeneral Amir Eishel telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian helikopter terhempas.

Sumber: Safa 12/03/2013

SISIPAN

Liputan berita Israel:

Web YNET :-

Tajuk '2 Air Force pilots killed in helicopter crash'.

Air Force loses contact with helicopter on routine training flight overnight prompting IDF forces to launch search south of Gedera. Parts found several hours later; no survivors reported

Web Haaretz :-

Tajuk 'Two IAF pilots killed in helicopter crash in southern Israel'.

The Cobra helicopter was on a routine training flight; the cause of the crash is still unknown.

Monday 11 March 2013

22 Mayat Militan Di Kampung Tanduo Dibawa Keluar

LAHAD DATU |  Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.

Pihak polis kini berada di peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas di kawasan sekitar.

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
 
Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.
 
Lelaki tersebut ditembak mati pada hari Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.
 
Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.
 
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
 

Sunday 10 March 2013

Op Daulat | 2 anggota PGA cedera dalam serangan malam tadi

LAHAD DATU | Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, malam tadi.

 
 Tentera melancarkan serangan untuk mengusir penceroboh Sulu bersenjata yang telah berkurung di dalam Kampung Tanduo

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.

"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.

Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.

Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.

Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk 27 orang yang ditahan ketika berada di atas tiga buah bot di kawasan larangan Op Daulat pukul 10 pagi semalam di pantai Tanjung Batu.

Di sebalik tangkapan dan jumlah militan yang terbunuh, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Op Daulat yang dilancarkan enam hari lalu menyaksikan 53 militan penceroboh telah ditembak mati.

Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian. - Bernama

Sumber: Sinarharian

Saturday 9 March 2013

Masjid Dibom Ketika Khatib Menyampaikan Khutbah

SYRIA | Pesawat tempur rejim Basyar mengebom sebuah masjid ketika khatib sedang menyampaikan khutbah.


Saban hari rakyat Syria diancam oleh tentera rejim Basyar, walaubagaimanapun ia tidak melemahkan semangat rakyat Syria untuk terus bangkit dari terus dizalimi.

Tidak ada golongan yang lebih zalim daripada mereka yang memusnahkan rumah Allah!  

Pesawat tempur rejim Basyar mengebom sebuah masjid ketika khatib sedang menyampaikan khutbah. Sadisnya, masih ada yang menyokong rejim Basyar.

Pautan video: 

Sumber: Youtube, Malaysia.Syria

Wednesday 6 March 2013

Patung Gergasi Ayah Basyar Ditumbangkan!

SYRIA | Patung gergasi Hafez Al-Asad (ayah Basyar) telah berjaya dijatuhkan oleh pejuang Syria di bandar ar-Raqqah.


Sejurus mujahidin membebaskan bandar ar-Raqqah, rakyat Syria menjatuhkan patung gergasi Hafez Asad di tengah-tengah bandar tersebut.

Gambar gergasi rejim Basyar  turut di koyak oleh rakyat Syria.

Ini adalah petanda kemenangan semakin hampir, Insya-Allah.

Pautan video:
 
Sumber: Malaysia.Syria, Youtube

Tuesday 5 March 2013

Sabah | 5 Batalion Tentera Dikerah

LAHAD DATU | Ops Sulu Capai Objektif, kata IGP

Anggota polis berkawal di pos kawalan di hadapan Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo

Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi tadi.

Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.

Pautan Video: 
Sidang media pagi tadi bersama Tan Sri Ismail Omar PDRM

Beliau berkata, tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.

Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.

Ismail berkata sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.

Awal pagi tadi, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.

Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi.

Pada 4 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo, berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu.   

"Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai serangan balas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh dapat ditumpaskan namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi perbualan telefon bersama Bernama TV hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pasukan keselamatan telah bersiap siaga di beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan taktik 'psikologi songsang' yang digunakan penceroboh.

"Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etika peperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh berperikemanusiaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, lima batalion tentera telah dikerah di beberapa kawasan seperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana sehingga berpuas hati dengan operasi pembersihan penceroboh.

Sumber: Sinarharian, Youtube, Malaysiakini






Tetap Laungkan Azan | Walaupun Sedang Bertempur

Mujahidin Syria | Tetap melaungkan azan apabila masuknya waktu solat, ketika bertempur dengan tentera rejim.


Walaupun sedang berhadapan dengan tentera rejim, ianya bukan mejadi penghalang bagi susuk tubuh ini melaungkan azan ketika masuknya waktu solat. 

Laungan azan sedang berkumandang, diselangi pula beberapa bunyi das tembakan, tetapi ia tidak melemahkan hati mujahidin ini, beliau tetap berdiri teguh lalu meneruskan azannya. Inilah sumber kekuatan mereka. Doakan mereka. 
 
Pautan video:
  
Sumber: Youtube, Malaysia.Syria

Sunday 3 March 2013

44 WAKTU AZAN TIDAK DIBENARKAN

PALESTIN | Sebanyak 44 waktu azan tidak dibenarkan.

Masjid Al-Khalil (Masjid Ibrahim) Palestina

Sepanjang bulan Februari yang lalu, pihak berkuasa penjajah tidak membenarkan laungan azan dialunkan 44 waktu di Masjid Ibrahim As-Syarif iaitu sebuah masjid tertua yang terletak di bandar Al-Khalil, Tebing Barat (West Bank).

*Masjid Nabi Ibrahim 'Alaihissalam @ Makam Nabi Ibrahim 'Alaihissalam.

Pengerusi Jabatan Waqaf Al-Khalil, Zaid Al-Ja'bari menjelaskan pihak berkuasa penjajah tidak membenarkan azan dilaungkan atas dakwaan mmengganggu ketenteraman warga-warga zionis yang berada di sebuah bilik dalam kawasan Masjid Ibrahim As-Syarif.


Nota: Al-Khalil merupakan gelar bagi Nabi Ibrahim a.s yang disebut khalilullah atau “kekasih Allah SWT”. Oleh sebab itulah kota Hebron dinamakan al-Khalil, di mana di dalam kompleks tersebut terdapat makam Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya, tepat berada di bawah lantai Masjid Ibrahim (Gua Machpelah)

Berkenaan dengan pengambilan nama Ibrahim sebagai khalilullah sangat berkait dengan adanya ayat al-Qur’an yang bermaksud:

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (QS. An-Nisa: 125)

Sumber: Paltimes 03/03/2013, Masjid al-khalil palestina

FSA Guna Telefon Pintar Tentukan Sasaran Sebelum Lancar Roket

FSA | Free Syria Army menggunakan telefon pintar bagi menentukan sasaran sebelum melancarkan roket.

Tempat dirahsiakan

Pemandangan di sebuah kilang membuat bom mortar 'home made' milik mujahidin FSA di Halab, Syria.

Sehingga kini semakin banyak senjata-senjata baru yang berjaya dicipta oleh mujahidin.

Siap dilancarkan

Seorang mujahidin sedang menyusun peluru mortar yang telah siap di sebuah lokasi rahsia kilang 'home made' di al- Bab, Halab, Syria.

Sekaligus ia menolak fitnah sesetengah golongan yang mengatakan bahawa mujahidin ditaja oleh Barat.

Cara terkini mujahidin FSA

Mujahidin FSA sedang menggunakan kompas pada telefon pintar untuk menentukan sasaran sebelum melancarkan roket anti pesawat ke atas Menagh (Meng) Military Airport, Halab.

Gambar kecil tersebut menunjukkan jarak dekat bagaimana cara tersebut digunakan. Teruskan doa untuk mereka. Semoga Allah bersama kalian dalam kedaan pahit mahupun getir.

Sumber: Malaysia.Syria 

Saturday 2 March 2013

Bendera Putih Dikibar Untuk Perangkap Komando

LAHAD DATU | Anggota polis komando VAT69 masuk perangkap.

Penceroboh Bersenjata Terbunuh
Penceroboh Bersenjata Terbunuh
Penceroboh bersenjata terbunuh

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.
  
Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.
  
Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
  
Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.
  
Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.
  
"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini.
  
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta menyampaikan sumbangan peribadi baginda.
  
Pesawat Charlie 130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada pukul 12.30 tengah hari dengan disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir.
  
Najib turut mengiringi jenazah ketika diusung keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk diberi penghormatan terakhir.
  
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet.
  
Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing.
  
Jenazah Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
  
Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Ikan, Jertih untuk disembayangkan.
  
Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti.
  
Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

- Bernama

 Pautan video:
Tidak ketinggalan, Pulau Pinang menyumbang RM30,000 kepada setiap keluarga sebagai menghargai jasa wira tersebut yang terkorban

Sumber: Malaysiakini, Youtube, Erapasca

Friday 1 March 2013

2 Komando Malaysia Maut Terkena Mortar

KAMPUNG TANDUO | Dua komando polis Malaysia maut terkena serangan mortar.

 Anggota polis Malaysia yang sedang mengawal di Lahad Datu, Sabah

Keadaan di Hospital Lahad Datu susulan insiden tembakan di kawasan diceroboh warga Filipina

Dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, Lahad Datu hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

 Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

-Bernama

Pautan video:

Sumber: Sinar Harian, YouTube, allvoices.com