Wednesday, 30 January 2013

Majoriti Ulama' Mesir Menyokong Dr Mursi

 

Sokongan kepada Dr Mursi masih berterusan "untuk mengukuhkan dan menyokong Perlembagaan," dengan ribuan manusia yang menyokong Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi, di lapangan Adawiyyah Kaherah Jumaat lepas.

Syeikh Khaled Ghoneim salah seorang ulama' Majlis Syar'iyyah menekankan kepada seluruh warga Mesir, "tidak akan Ridho tanpa syariah (hukum Islam)" dan mengecam beberapa orang yang menentang dan menarik diri dari Majlis Perlembagaan.

Pejabat berita rasmi Mesir melalui seorang pegawai Mesir Timur Tengah dari ucapannya menekankan bahawa "Jamaah Islam tidak lemah, tapi kukuh .."

Ghoneim mengatakan dalam ucapannya di pentas utama, "Bantahan yang terjadi hakikatnya bukanlah pada  Perlembagaan tetapi pada Islam," katanya.

Ghoneim menuduh penunjuk perasaan di depan istana presiden, mereka ingin mengkudeta (merampas kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah) As syar'iyyah dan menekankan bahawa orang-orang Mesir sangat menyedari mereka lakukan konspirasi yang bertujuan untuk menghancurkan negara dan bukan untuk pelaksanaan undang-undang Islam. "

Perkara yang perlu diperhatikan adalah kekuatan politik Mesir akan menggerakkan penyokongnya yang dipersiapkan untuk referendum (pemungutan suara rakyat) perlembagaan baru pada hari Sabtu. Manakala, dalam masa yang sama para pendukung Perlembagaan dan Presiden Dr Mohamed Mursi telah bersiap sedia untuk perlembagaan baru ini di lapangan Tahrir dan tempat lain.

Sumber:  Eramuslim

Arah Berkas Anggota Black Bloc Mesir


Pendakwaraya Negara, Hakim Tala'at Abdullah telah mengeluarkan perintah memberkas kesemua anggota Black Bloc dan sesiapa sahaja yang terlibat dengannya. Demikian itu, Pendakwaraya Negara memberikan autoriti penangkapan kepada polis dan tentera yang membolehkan memberkas mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan terbabit serta menyerahkan mereka kepada pendakwaraya.

Kata Hakim Hasan Yasin, Ketua Pejabat Perunding selaku jurucakap rasmi Pendakwaraya Negara, siasatan yang dijalankan oleh pejabat perunding pendakwaraya telah menyingkap kewujudan kumpulan Black Bloc ialah sebuah pertubuhan yang menjalankan kegiatan bersifat keganasan.


Sebelum itu, As-Sayyid Hamid, anggota Jawatankuasa Penelitian dalam Pertubuhan Barisan Peguam telah mengajukan laporan bernombor 191 tahun 2013 di hadapan نيابة أمن الدولة العليا yang diketuai Hakim Muhammad Omar bagi mendakwa Ahmed Shafik, calon yang kalah dalam pemilihan Presiden, serta Muhammad Abu Hamid, bekas ahli parlimen serta beberapa orang ahli perniagaan atas tuduhan membiayai kumpulan bersenjata bertujuan menggulingkan pemerintah yang sah dan dipilih oleh rakyat.

Ahmed Shafik

 Muhammad Abu Hamid

Jelas As-Sayyid Hamid, نيابة أمن الدولة العليا telah mempertanggungjawabkan kepada Badan Keamanan Negara dan Badan Perisikan untuk menjalankan siasatan mendalam, demikian itu untuk membicarakan pihak tertuduh bawah seliaan Hakim Tameer Al-Farjani dan Hakim Hisham Al-Qarmuthi.

Sumber: Web Berita Fjp, pesanan ringkas El-Medan dan Rnn

Tuesday, 29 January 2013

150 Mayat Hangus Ditemui Di Homs Syria


Kira-kira 150 mayat ditemui hangus pada hari Sabtu di Deir Baalba di Homs, mengikut kepada media aktivis. Pertempuran diantara tentera rejim dan anggota Tentera Bebas Syria (FSA) di Aleppo sekurang-kurangnya 20 orang yang terkorban, jumlah keseluruhan kematian di Syria hampir 400 orang dilaporkan. 

Revolusi Sana'a melaporkan "pembunuhan beramai-ramai" berlaku  di bandar Khamsya dekat Aleppo. Penerbangan antarabangsa Syria terpaksa membatalkan jadual penerbangan ke bandar yang ditetapkan disebabkan pertempuran yang berlaku. Pegawai penerbangan Kaherah berkata penerbangannya yang sepatut berhenti di Aleppo sebelum terbang ke Damsyik, terpaksa  terbang terus ke Damsyik "kerana keadaan keselamatan yang merosot".

Ia adalah kali pertama penerbangan ke bandar terbesar di Syria dibatalkan kerana pertempuran berlaku berhampiran dengan lapangan terbang, kata mereka. Kerajaan Syria dan syarikat penerbangan tidak mengulas mengenai kejadian yang berlaku ini.

Syarikat penerbangan Syria adalah satu-satunya syarikat yang masih terbang ke Damsyik di mana hanya satu penerbangan dijadualkan dalam sehari. Sebahagian pegawai penerbangan masih menganggap penerbangan yang dijadualkan tersebut terlalu berisiko.

Sumber: Al Arabiya

Rahsia Kumpulan Black Bloc Mesir Terbongkar

MESIR | Rahsia Kumpulan Black Bloc di Mesir akhirnya terbongkar.

  

Agensi berita El-Mesryoon telah dapat menceroboh ke alam rahsia kumpulan Black Bloc.

Pada beberapa hari yang lalu, timbul banyak persoalan (tidak faham) berikutan pertempuran berdarah yang tercetus dan menentang pasukan keamanan serta banyak kejadian rusuhan dan kacau-bilau yang dilakukan oleh kumpulan terbabit menjelang dan semasa hari sambutan kedua ulangtahun Revolusi 25 Januari di Mesir.

Kumpulan ini dianggotai lebih 600 orang, sebahagian besarnya dari gerakan-gerakan sosialis, haluan kiri, dan aqbat (kristian). Pengakuan dari kumpulan ini, bilangan mereka berjumlah 10 ribu orang. Ianya turut dianggotai ahli-ahli gerakan revolusi, saki-baki pemerintahan Mubarak (الفلول), dan pemuda altras.

Antara individu dalam kumpulan ini, Abudi Ibrahim Abudi anak kepada bekas ahli parlimen Mesir selaku bekas anggota parti Mubarak yang telah bubar (National Democratic Party) dan beberapa lagi nama yang telah disenaraikan.

Mereka telah melakukan 20 operasi jenayah dan pada waktu yang sama, mereka merancang untuk menggiatkan lagi kegiatan mereka pada hari mendatang di pertengahan Kaherah, bandar Mahallah dan Iskandariah. Demikian itu tentangan kepada ketetapan Presiden Mesir yang telah mengumumkan perintah berkurung dan darurat di kawasan-kawasan berhampiran Terusan Suez.

Penyelaras Gerakan Somidun, Hazim Khatir berkata, pihaknya telah mengenalpasti 50 orang anggota Black Bloc serta mempunyai bukti-bukti keterlibatan mereka dalam kegiatan jenayah dan keganasan malah mengetahui pergerakan sulit mereka. Beliau memberi ancaman kesemua ini akan didedahkan dan akan membicarakan mereka di mahkamah sekiranya mereka tidak menghentikan kegiatan mereka. Khatir turut menafikan kaitan anggota-anggota kumpulan ini dengan gerakan-gerakan revolusi yang lain sambil menegaskan Black Bloc terdiri daripada mereka yang bermasalah, salah seorangnya pemuda revolusi, Taiesh serta sebilangan besar pemuda aqbat, pemuda sosialis, dan pemuda-pemuda yang berideologi komunis.

Operasi dan kegiatan jenayah mereka disogok dengan bekalan senjata, kewangan dan bahan yang memabukkan, menurut Khatir.

Keterangan dari Black Bloc, mereka telah mempersiapkan tentera elektronik yang dianggotai 1200 orang baru-baru ini bertujuan merosakkan pejabat-pejabat Ikhwan Muslimin dan menjawab penipuan mereka. Menerusi facebook, Black Bloc berkata sejak dua tahun yang lalu, anggota-anggotanya menerima latihan (rekrut) untuk menyertai mana-mana sambutan di Mesir. Jelas lagi, mereka bukan dari kalangan mana-mana parti politik, juga bukan dari kumpulan kristian bersenjata yang dibekal oleh gereja sepertimana yang didakwa oleh Ikhwan Muslimin. Tegas Black Bloc, balas bunuh syuhada' revolusi adalah tuntutan mereka dan menyerang pejabat-pejabat Ikhwan Muslimin pula adalah matlamat mereka. Demikian itu, mereka mengungkapkan rahsia kejayaan adalah menyembunyikan identiti anggota-anggotanya.


Sumber: Akhbar Harian El-Mesryoon, 29/01/2013




Sunday, 20 January 2013

Penyerang halakan pistol di kepala ahli politik terkemuka Bulgaria semasa sedang berucap

 
20 Jan 2013, seorang lelaki mendekati ahli politik pembangkang Bulgaria Ahmet Dogan, yang berada di podium memberi ucapan di persidangan parti di Sofia, ibu kota.

Video menunjukkan lelaki menunjuk pistol gas di kepala Dogan, kemudian bergelut dengannya, menurut Bulgaria Berita Negeri (BTA).

Dogan, pemimpin Pergerakan Turk etnik untuk hak dan kebebasan (MRF), berjaya menepis senjata itu, kemudian beberapa orang bergegas naik  kepentas untuk membantunya.

Suspek telah ditangkap dan dikenal pasti sebagai Oktay Yenimehmedov, 25, menurut laporan media.
Dogan, yang meninggalkan jawatan parti selepas lebih daripada 20 tahun, tidak terjejas. Dia tidak meneruskan ucapannya.
 
BTA tidak menunjukkan apa-apa motif yang berkemungkinan.

Agensi Anadolu Turki Berita berkata majoriti anggota MRF Turki etnik, yang membentuk hampir 9% daripada penduduk Bulgaria.

Konvensyen yang dipilih Lutfi Mestan adalah untuk menjayakan Dogan, Anadolu melaporkan.

Pautan Video: 
video

Sumber: CNN

Saturday, 12 January 2013

#HKR112 Gelombang Rakyat Malaysia!


STADIUM MERDEKA - dijangkakan 80,000 rakyat Malaysia membanjiri Stadium Merdeka, satu gelombang yang besar setelah beberapa perhimpunan mega sebelum ini BERSIH 1, BERSIH 2, BERSIH 3 dan yang terakhir sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 13 Himpunan Kebangkitan Rakyat #HKR112 yang di pengerusikan Hj Muhammad Sabu Timb. Presiden PAS. Sekurang-kurangnya seramai 5,000 anggota Unit Amal dikerah untuk menjadi "benteng" rakyat.

Anggota Unit Amal 

Walaubagaimanapun, dilaporkan tiada berlakunya sebarang provokosi juga huru-hara, segalanya berjalan lancar sehingga bersurai. Unit Amal yang sebelum ini telah mengikuti beberapa himpunan BERSIH mendapat pengiktirafan dari Al Jazeera yang menyebut perhimpunan itu sebagai 'the best trafik marshal in the world'. Dapat pengiktirafan dunia kerana selepas menguruskan perhimpunan besar, mereka mengutip sampah di tepi jalan sehingga bersih. Kini di HKR Unit Amal sekali lagi menunjukkan contoh yang terbaik.  

Unit Amal membantu nenek melintas jalan

PAS juga sebagai sebuah gerakan Islam, menyifatkan kebangkitan rakyat di timur tengah yang menjatuhkan pemimpin korup serta zalim turut bakal melanda di Malaysia. "Suharto telah tiada, Marcos telah tiada, Husni Mubarak telah tiada, Benn Ali telah tiada, tak kan UMNO masih ada.." ucap YB. Datuk Seri Tuan Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS 


Thursday, 10 January 2013

Pelancong Jepun Melancong di Halab Syria!


Seorang pelancong Jepun, Toshifumi Fujimoto, 47 yang bekerja sebagai pemandu trak di negaranya bertindak memerangi kebosanan dan kerenah kerja dengan mengikuti secara dekat pertempuran yang berlaku di Syria.

"Saya warganegara Jepun, saya suka kawasan yang bahaya..setiap hari, setiap malam rasa semangat tu," petikan dari kata Toshifumi.

Sudah dua minggu pelancong ini dengan bersenjatakan kamera dan peralatan video meredah bahaya di sekitar jalan-jalan Halab iaitu sebuah bandar besar di sebelah utara yang musnah dalam serangan.

Sepertimana yang kelihatan, semasa membuat liputan, pelancong Jepun ini sering mengenakan sut tentera Jepun.

 Pautan video:
video

Sumber: AFP