Tuesday 29 January 2013

150 Mayat Hangus Ditemui Di Homs Syria


Kira-kira 150 mayat ditemui hangus pada hari Sabtu di Deir Baalba di Homs, mengikut kepada media aktivis. Pertempuran diantara tentera rejim dan anggota Tentera Bebas Syria (FSA) di Aleppo sekurang-kurangnya 20 orang yang terkorban, jumlah keseluruhan kematian di Syria hampir 400 orang dilaporkan. 

Revolusi Sana'a melaporkan "pembunuhan beramai-ramai" berlaku  di bandar Khamsya dekat Aleppo. Penerbangan antarabangsa Syria terpaksa membatalkan jadual penerbangan ke bandar yang ditetapkan disebabkan pertempuran yang berlaku. Pegawai penerbangan Kaherah berkata penerbangannya yang sepatut berhenti di Aleppo sebelum terbang ke Damsyik, terpaksa  terbang terus ke Damsyik "kerana keadaan keselamatan yang merosot".

Ia adalah kali pertama penerbangan ke bandar terbesar di Syria dibatalkan kerana pertempuran berlaku berhampiran dengan lapangan terbang, kata mereka. Kerajaan Syria dan syarikat penerbangan tidak mengulas mengenai kejadian yang berlaku ini.

Syarikat penerbangan Syria adalah satu-satunya syarikat yang masih terbang ke Damsyik di mana hanya satu penerbangan dijadualkan dalam sehari. Sebahagian pegawai penerbangan masih menganggap penerbangan yang dijadualkan tersebut terlalu berisiko.

Sumber: Al Arabiya

4 comments:

  1. laknat Allah ke atas mu Bashar Al Assad

    ReplyDelete
  2. Salam. Dah, Abe dah isi.. Faris, lepas ni buatla satu Bloglist. :) Selamat Berjuang

    ReplyDelete