Thursday, 18 October 2012

Dua Beranak Selamat Dikebumikan


Masihkah anda ingat Asy-Syahidah Fatimah Muhammad Khusrf yang telah gugur syahid bersama anak beliau yang baru dilahirkan, Abdullah Majid Khaled Al-Qasim baru-baru ini?

Alhamdulillah, mereka telah selamat dikebumikan. Gambar ini menunjukkan ayah anak kecil tersebut memegang dan mencium anaknya untuk kali terakhir.

Insya-Allah, kalian semua akan berjumpa kembali di syurga sana.

Pautan video:
 

Minggu Kemenangan Mujahidin Syria


5 September 2012, Minggu ini merupakan minggu kemenangan kepada mujahidin Syria yang banyak menempa kejayaan demi kejayaan dalam operasi-operasinya berbanding 18 bulan lalu.

Ia boleh dianggap satu keajaiban khasnya di mata dunia Barat/luar yang hanya sekadar memerhatikan keperitan dan kesulitan para mujahidin dalam berhadapan dengan rejim.

Dalam minggu ini sahaja para muajhidin telah berjaya mengepung dan menawan 3 buah lapangan terbang tentera rejim, memusnahkan lebih 25 pesawat berbagai jenis termasuk Heli L39, MIG 23, MIG 21 dan banyak lagi.

Disamping itu juga berjaya menawan berbagai senjata berat rejim termasuk beberapa peluru berpandu jarak jauh dari jenis penangkis pesawat.

Kepada golongan yang terus menerus mencela dan menuduh mujahidin, semoga kalian semua membuka mata dan bertaubat.

Presiden Mesir Sokong Kebangkitan Rakyat Syria


Presiden Mesir, Dr Morsy sekali lagi menyatakan sokongan beliau terhadap kebangkitan rakyat Syria.

Hari ini ucapan beliau dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Pejabat Liga Arab, beliau memberi ancaman dan celaan kepada rejim Basyar yang terus menerus menzalimi rakyat Syria.

Beliau juga menyebut bahawa Mesir akan sentiasa bersama-sama perjuangan rakyat Syria sehingga mereka mencapai kemenangan.

"Jangan pernah tertipu dengan segala tipu helah yang cuba dimainkan oleh rejim Basyar, teruskan perjuangan kalian semua dan kami bersama kamu" Ujar Dr Morsy dalam ucapan tersebut.

Dua Beranak Gugur :'(


Asy-Syahidah Fatimah Muhammad Khusrf telah gugur syahid semalam bersama anak beliau yang baru dilahirkan, Abdullah Majid Khaled Al-Qasim.

Kedua-dua mereka telah terkorban dalam keadaan sedang berpelukan di antara satu sama lain di dalam rumah mereka apabila kawasan rumah mereka dibom oleh pesawat tempur rejim Basyar.

Semoga Allah merahmati beliau dan mengurniakan beliau syurga. Insya-Allah.

Pesawat Rejim Basyar Berjaya Dijatuhkan Mujahidin Syria

Briged Syuhada' Syria berjaya menjatuhkan pesawat tempur milik rejim Basyar bersama-sama pilot pesawat tersebut di wilayah Idlib

"Wahai Basyar, lihatlah pesawat tempur kamu ini tumbang di tangan kami.."

"..Insya-Allah, kami akan kutip satu persatu 500 pesawat tempur yang kamu miliki wahai Basyar."

"Kami menyambut seruan-Mu ya Allah.." Kata mujahidin Syria menyambut kejayaan tersebut.

 Pautan video: 

Tuah Mesir, Pemimpin Baru


Terkini.

Presiden Mesir, Dr Morsy telah mengarahkan agar yuran pengajian pelajar Mesir dan juga pelajar Syria yang berada di Mesir disamaratakan.

Ini adalah untuk mengurangkan bebanan pelajar Syria yang sedang belajar di Mesir.

Sokongan berterusan Dr Morsy kepada rakyat Syria dalam memastikan rakyat Syria terbela. Sekalung tahniah kepada kamu wahai wira ummah.

Tahukah kita siapa beliau?


Beliau adalah Abdul Baset Al-Sarout, merupakan bekas penjaga gol Syria yang bersama-sama dengan mujahidin Syria dan juga seorang penyanyi lagu yang membangkitkan semangat perjuangan rakyat Syria.

Bermula dengan terlibat demonstrasi secara aman dan kemudian menukar kepada mengangkat senjata bersama mujahidin untuk menentang rejim Basyar.

Menurut beliau, rejim Basyar telah meletakkan ganjaran bernilai lebih daripada $ 42,000 untuk sesiapa yang berjaya menangkapnya

Semoga Allah memelihara beliau.