Wednesday 30 January 2013

Majoriti Ulama' Mesir Menyokong Dr Mursi

 

Sokongan kepada Dr Mursi masih berterusan "untuk mengukuhkan dan menyokong Perlembagaan," dengan ribuan manusia yang menyokong Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi, di lapangan Adawiyyah Kaherah Jumaat lepas.

Syeikh Khaled Ghoneim salah seorang ulama' Majlis Syar'iyyah menekankan kepada seluruh warga Mesir, "tidak akan Ridho tanpa syariah (hukum Islam)" dan mengecam beberapa orang yang menentang dan menarik diri dari Majlis Perlembagaan.

Pejabat berita rasmi Mesir melalui seorang pegawai Mesir Timur Tengah dari ucapannya menekankan bahawa "Jamaah Islam tidak lemah, tapi kukuh .."

Ghoneim mengatakan dalam ucapannya di pentas utama, "Bantahan yang terjadi hakikatnya bukanlah pada  Perlembagaan tetapi pada Islam," katanya.

Ghoneim menuduh penunjuk perasaan di depan istana presiden, mereka ingin mengkudeta (merampas kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah) As syar'iyyah dan menekankan bahawa orang-orang Mesir sangat menyedari mereka lakukan konspirasi yang bertujuan untuk menghancurkan negara dan bukan untuk pelaksanaan undang-undang Islam. "

Perkara yang perlu diperhatikan adalah kekuatan politik Mesir akan menggerakkan penyokongnya yang dipersiapkan untuk referendum (pemungutan suara rakyat) perlembagaan baru pada hari Sabtu. Manakala, dalam masa yang sama para pendukung Perlembagaan dan Presiden Dr Mohamed Mursi telah bersiap sedia untuk perlembagaan baru ini di lapangan Tahrir dan tempat lain.

Sumber:  Eramuslim

No comments:

Post a Comment