Saturday 12 January 2013

#HKR112 Gelombang Rakyat Malaysia!


STADIUM MERDEKA - dijangkakan 80,000 rakyat Malaysia membanjiri Stadium Merdeka, satu gelombang yang besar setelah beberapa perhimpunan mega sebelum ini BERSIH 1, BERSIH 2, BERSIH 3 dan yang terakhir sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 13 Himpunan Kebangkitan Rakyat #HKR112 yang di pengerusikan Hj Muhammad Sabu Timb. Presiden PAS. Sekurang-kurangnya seramai 5,000 anggota Unit Amal dikerah untuk menjadi "benteng" rakyat.

Anggota Unit Amal 

Walaubagaimanapun, dilaporkan tiada berlakunya sebarang provokosi juga huru-hara, segalanya berjalan lancar sehingga bersurai. Unit Amal yang sebelum ini telah mengikuti beberapa himpunan BERSIH mendapat pengiktirafan dari Al Jazeera yang menyebut perhimpunan itu sebagai 'the best trafik marshal in the world'. Dapat pengiktirafan dunia kerana selepas menguruskan perhimpunan besar, mereka mengutip sampah di tepi jalan sehingga bersih. Kini di HKR Unit Amal sekali lagi menunjukkan contoh yang terbaik.  

Unit Amal membantu nenek melintas jalan

PAS juga sebagai sebuah gerakan Islam, menyifatkan kebangkitan rakyat di timur tengah yang menjatuhkan pemimpin korup serta zalim turut bakal melanda di Malaysia. "Suharto telah tiada, Marcos telah tiada, Husni Mubarak telah tiada, Benn Ali telah tiada, tak kan UMNO masih ada.." ucap YB. Datuk Seri Tuan Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS 


No comments:

Post a Comment