Anggota polis berkawal di pos kawalan di hadapan Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo
Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan
pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di
kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi tadi.
Walaupun operasi
masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan
tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang
ditentukan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan
Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan
keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas
yang bertapak di Kampung Tanduo.
Pautan Video:
Sidang media pagi tadi bersama Tan Sri Ismail Omar PDRM
Beliau berkata, tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.
Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan
manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum
dapat disahkan.
Ismail berkata sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan
negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke
arah anggota polis dan tentera.
Awal pagi tadi, wartawan Bernama yang berada di Felda 16,
kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa
letupan yang menggegarkan perkampungan itu.
Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang
udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan
operasi.
Pada 4 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu
pemberita bahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung
Tanduo, berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad
Datu.
"Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai
serangan balas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh
dapat ditumpaskan namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang
kemungkinan," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi perbualan telefon bersama
Bernama TV hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pasukan keselamatan telah bersiap siaga
di beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan
taktik 'psikologi songsang' yang digunakan penceroboh.
"Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etika
peperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh
berperikemanusiaan," katanya.
Ahmad Zahid berkata, lima batalion tentera telah dikerah di beberapa
kawasan seperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana
sehingga berpuas hati dengan operasi pembersihan penceroboh.
Mujahidin Syria | Tetap melaungkan azan apabila masuknya waktu solat, ketika bertempur dengan tentera rejim.
Walaupun sedang berhadapan dengan tentera rejim, ianya bukan mejadi penghalang bagi susuk tubuh ini melaungkan azan ketika masuknya waktu solat.
Laungan azan sedang berkumandang, diselangi pula beberapa bunyi das tembakan, tetapi ia tidak melemahkan hati mujahidin ini, beliau tetap berdiri teguh lalu meneruskan azannya. Inilah sumber kekuatan mereka. Doakan mereka.
PALESTIN | Sebanyak 44 waktu azan tidak dibenarkan.
Masjid Al-Khalil (Masjid Ibrahim) Palestina
Sepanjang
bulan Februari yang lalu, pihak berkuasa penjajah tidak membenarkan
laungan azan dialunkan 44 waktu di Masjid Ibrahim As-Syarif iaitu sebuah
masjid tertua yang terletak di bandar Al-Khalil, Tebing Barat (West
Bank).
*Masjid Nabi Ibrahim 'Alaihissalam @ Makam Nabi Ibrahim 'Alaihissalam.
Pengerusi Jabatan Waqaf Al-Khalil, Zaid Al-Ja'bari menjelaskan pihak
berkuasa penjajah tidak membenarkan azan dilaungkan atas dakwaan
mmengganggu ketenteraman warga-warga zionis yang berada di sebuah bilik
dalam kawasan Masjid Ibrahim As-Syarif.
Nota: Al-Khalil merupakan gelar bagi Nabi Ibrahim a.s yang disebut khalilullah
atau “kekasih Allah SWT”. Oleh sebab itulah kota Hebron dinamakan
al-Khalil, di mana di dalam kompleks tersebut terdapat makam Nabi
Ibrahim a.s dan keluarganya, tepat berada di bawah lantai Masjid Ibrahim
(Gua Machpelah)
Berkenaan dengan pengambilan nama Ibrahim sebagai khalilullah sangat berkait dengan adanya ayat al-Qur’an yang bermaksud:
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang
ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan
kebaikan, dan ia mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus? Dan Allah
mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (QS. An-Nisa: 125)
FSA | Free Syria Army menggunakan telefon pintarbagi menentukan sasaran sebelum melancarkan roket.
Tempat dirahsiakan
Pemandangan di sebuah kilang membuat bom mortar 'home made' milik mujahidin FSA di Halab, Syria.
Sehingga kini semakin banyak senjata-senjata baru yang berjaya dicipta oleh mujahidin.
Siap dilancarkan
Seorang
mujahidin sedang menyusun peluru mortar yang telah siap di sebuah
lokasi rahsia kilang 'home made' di al- Bab, Halab, Syria.
Sekaligus ia menolak fitnah sesetengah golongan yang mengatakan bahawa mujahidin ditaja oleh Barat.
Cara terkini mujahidin FSA
Mujahidin
FSA sedang menggunakan kompas pada telefon pintar untuk menentukan
sasaran sebelum melancarkan roket anti pesawat ke atas Menagh (Meng)
Military Airport, Halab.
Gambar kecil tersebut menunjukkan jarak dekat bagaimana cara tersebut digunakan. Teruskan doa untuk mereka. Semoga Allah bersama kalian dalam kedaan pahit mahupun getir.
LAHAD DATU | Anggota polis komando VAT69 masuk perangkap.
Penceroboh Bersenjata Terbunuh
Penceroboh Bersenjata Terbunuh
Penceroboh bersenjata terbunuh
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah
menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah
diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT69 dalam insiden
tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.
Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT69
yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata
yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.
Dalam
kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat,
29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan
daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak
kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.
Najib
berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu
telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh
itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.
"Saya
tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan
ianya adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas
memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di
Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini.
Turut
berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan
meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta
menyampaikan sumbangan peribadi baginda.
Pesawat Charlie 130
TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada
pukul 12.30 tengah hari dengan disambut dengan perasaan sayu dan hiba
oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir.
Najib turut mengiringi jenazah ketika diusung keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk diberi penghormatan terakhir.
Turut
hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara Datuk
Seri Mohd Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet.
Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing.
Jenazah
Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya
berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh
oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki
dan seorang perempuan.
Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan
pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut,
Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang
Ikan, Jertih untuk disembayangkan.
Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti.
Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
- Bernama
Pautan video:
Tidak ketinggalan, Pulau Pinang menyumbang RM30,000 kepada setiap keluarga sebagai menghargai jasa wira tersebut yang terkorban
KAMPUNG
TANDUO | Dua komando polis Malaysia maut terkena serangan mortar.
Anggota polis Malaysia yang sedang mengawal di Lahad Datu, Sabah
Keadaan di Hospital Lahad Datu susulan insiden tembakan di kawasan diceroboh warga Filipina
Dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung
Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan
Filipina, Lahad Datu hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di
perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh
polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital
Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan
boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar
dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan
keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan
masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.