Thursday, 18 October 2012

Dr. Mohammad Morsy terus lantang


Presiden Mesir Dr.Mohammad Morsy terus lantang mengutuk kezaliman rejim Basyar Assad. Morsy yang dalam rangka lawatan kerja ke negara Turki berucap semalam di Perhimpunan Tahunan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), parti pemerintah yang disiar secara langsung melalui televisyen Turki.

Menurut Morsy di hadapan ribuan penyokong dan pimpinan AKP, "Kita tidak mampu untuk tidur lena setelah melihat keadaan saudara kita di Syria. Kita tidak akan tenang hingga pertumpahan darah di Syria dihentikan serta rakyat Syria menikmati kebebasan dan mendapatkan semula hak mereka dan Syria akan menjadi sebuah negara demokratik dan bebas. 

Menurut Morsy, "Kita bersama mereka (rakyat Syria) menentang rejim pemerintah yang mengasari mereka, kita akan lihat pembebasan rakyat Syria terdekat ini, maka demikian itu tidak mustahil bagi Allah."

Wilayah Halab bergema!


Seorang mujahidin Syria menembak menggunakan mesin senjata berat semasa pertempuran dengan pasukan tentera rejim Basyar di wilayah Halab.

Sehingga kini, mujahidin telah membuat persiapan ke tahap maksimum untuk berhadapan dengan bantuan besar-besaran daripada tentera pakatan Syiah yang datang membantu rejim.

Doakan mereka.

Semua mujahidin Syria diarah bersiap sedia


Ketua mujahidin Syria di bandar Deir Zour, utara Syria telah mengarahkan semua mujahidin agar bersiap sedia bagi menghadapi kedatangan tentera-tentera el-Mehdi yang merupakan pelampau Syiah di Iraq dan tentera Revolusi Iran yang dijangka akan dihantar secara besar-besaran untuk membantu rejim Basyar.

Walaupun sebenarnya mereka telah lama datang membantu tentera rejim Basyar dan bertempur menghadapi mujahidin di Dimasyq, Halab, Homs dan Idlib, namun ia hanya dengan bilangan sederhana berbanding bantuan kali ini.

Difahamkan sehingga kini paling kurang sudah lebih daripada 20 ribu tentera Iran, Iraq, Hizbola Lubnan sudah pun berada di bumi Syria bagi membantu tentera rejim Basyar berhadapan dengan mujahidin.

Namun kebanyakan daripada mereka dilaporkan telah terkorban sewaktu bertempur memerangi cucu cicit para sahabat Rasulullah s.a.w khasnya zuriat Sayyidina Mu'awiyah dan Khalid al-Walid iaitu para mujahidin Syria yang tidak pernah takutkan mati.

Doakan mereka.

Pautan video:

Susulan pengeboman Bangunan ibu pejabat angkatan tentera rejim Basyar


Bangunan ibu pejabat angkatan tentera rejim Basyar di Dimasyq yang berjaya dibom pada 26 September baru-baru ini adalah daripada hasil operasi 5 orang mujahidin (gambar).

Lima orang mujahidin tersebut daripada Jabhah Nusrah telah melakukan perancangan yang rapi sehingga berjaya mengebom bangunan tersebut.

Kami ingin menyangkal laporan daripada TV3 yang mengatakan bahawa mujahidin gagal menguasai bagunan tersebut. Laporan tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada para mujahidin.

Gambar : Lima orang mujahidin tersebut sedang melakukan persiapan terakhir sebelum melakukan operasi dan muka mereka terpaksa ditutup untuk keselamatan.

Ibu Pejabat angkatan tentera rejim Basyar di bom


26 September 2012, Bangunan ibu pejabat angkatan tentera rejim Basyar di Dimasyq telah dibom oleh para mujahidin.

Dua letupan di bangunan ibu pejabat angkatan tentera Syria tersebut mencetuskan kebimbangan penyokong Bashar Al- Assad akan sejauh mana tahap kawalan keselamatan di bangunan tersebut.

ANGKA KORBAN KINI MENCECAH 30,000 NYAWA


Laporan kumpulan pembangkang dan aktivis revolusi Syria mendakwa, angka korban rakyat Syria bermula kebangkitan rakyat 18 bulan lalu hingga kini telah mencecah 30,000 orang di seluruh negara.

Sementara seorang wakil mereka, Remy Abdul Rahman berkata, jumlah kematian seramai 30,716 dan 21,534 daripadanya adalah penduduk awam. Jumlah ini merupakan yang didaftarkan manakala angka tidak rasmi adalah bergana lebih tinggi.

Angka kematian semalam iaitu 26 September, seramai 320 orang awam terbunuh, 19 orang daripada sebuah keluarga, angka kematian tertinggi yang pernah dicatatkan semenjak 18 bulan lalu.

Menurut sumber tersebut, seramai 131 orang dibunuh melalui tembakan oleh askar rejim di ibu negara, Damsyik manakala 141 orang lagi di pinggir bandar. Selain itu, pihak mereka mendakwa menemui puluhan mayat yang berlumuran darah dan kesan tembakan dapat dilihat pada muka, dada dan belakang mereka.

Perhimpunan Rakyat Syria


28 September 2012, rakyat Syria menamakan perhimpunan mereka pada Jumaat ini dengan nama "Penyatuan Tentera Pembebasan Syria Di bawah Naungan Panji Rasulullah S.A.W dan juga pimpinan revolusi"

Semoga cucu cicit sahabat baginda S.A.W di bumi Syam ini mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T..

Mereka (rejim Basyar) ada senjata, para mujahidin ada Allah sebaik-baik pertolongan.


Allahuakbar!

Pautan video: