Thursday 18 October 2012

ANGKA KORBAN KINI MENCECAH 30,000 NYAWA


Laporan kumpulan pembangkang dan aktivis revolusi Syria mendakwa, angka korban rakyat Syria bermula kebangkitan rakyat 18 bulan lalu hingga kini telah mencecah 30,000 orang di seluruh negara.

Sementara seorang wakil mereka, Remy Abdul Rahman berkata, jumlah kematian seramai 30,716 dan 21,534 daripadanya adalah penduduk awam. Jumlah ini merupakan yang didaftarkan manakala angka tidak rasmi adalah bergana lebih tinggi.

Angka kematian semalam iaitu 26 September, seramai 320 orang awam terbunuh, 19 orang daripada sebuah keluarga, angka kematian tertinggi yang pernah dicatatkan semenjak 18 bulan lalu.

Menurut sumber tersebut, seramai 131 orang dibunuh melalui tembakan oleh askar rejim di ibu negara, Damsyik manakala 141 orang lagi di pinggir bandar. Selain itu, pihak mereka mendakwa menemui puluhan mayat yang berlumuran darah dan kesan tembakan dapat dilihat pada muka, dada dan belakang mereka.

No comments:

Post a Comment