Sunday, 21 October 2012

Jumlah Terkini Pelarian Syria di Turki Melebihi 100 Ribu Orang


Bilangan pelarian Syria yang ditempatkan di kem-kem di selatan Turki telah melebihi 100,000, sumber dari badan pengurusan bencana Turki (AFAD)

Turki mengambil peranan sebagai pembangkang antarabangsa kepada Presiden Syria Bashar al-Assad telah menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membina kem-kem pelarian di zon selamat di dalam sempadan Syria.

AFAD berkata dalam satu kenyataan kini terdapat 100363 pelarian di kem sepanjang sempadan wilayah, lapor Reuters.

Ketegangan antara Turki dan Syria semakin meningkat dalam dua minggu lalu berikutan peristiwa merentas sempadan serangan, dan diteruskan pada Oct 10 apabila Ankara mengarahkan pesawat Syria dari Moscow mendarat beriktan pesawat tersebut disyaki membawa bekalan senjata kepada rejim Bashar Assad.

Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu berkata pada hari Ahad ruang udara Turki  telah ditutup kepada pesawat Syria setelah Syria mengharamkan pesawat Turki daripada terbang atas wilayah pada hari Sabtu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa lebih daripada 2.5 juta orang telah terjejas oleh pertempuran. Terdapat lebih daripada 348,000 pelarian Syria yang berdaftar di negara-negara jiran, tetapi banyak lagi yang tidak berdaftar.

Sumber: map2care

Saturday, 20 October 2012

Pakar-pakar ICT Mujahidin Syria


Sahabat seperjuangan kami daripada pakar-pakar ICT mujahidin Syria sedang bekerja keras memuat naik perkembangan terkini di Syria di laman web dan juga laman FB mereka.

Dengan kerja keras mereka, maklumat-maklumat benar dan terkini dari Syria dapat kita ketahui.

Doa kami bersama kalian.

Lelaki Tua Ditembak Penembak Tepat Rejim Basyar


Seorang lelaki tua yang cedera di tepi jalan akibat ditembak oleh penembak tepat rejim Basyar dan tidak dapat bergerak untuk menyelamatkan diri.

Jurukamera bersama dengan mujahidin tidak boleh berbuat apa-apa unt
uk membantu. Hal ini kerana, pihak rejim menjadikan lelaki tua tadi sebagai umpan untuk membunuh sesiapa yang membantunya.

Lelaki tua tersebut bergerak sedikit kemudian penembak tepat Basyar menembak kaki lelaki tua tersebut. Dia cuba untuk bergerak lebih sedikit, dan penembak tepat menembak dia lagi.

Beliau akhirnya mengumpul kekuatan untuk bergerak kerana dia tahu jika dia tidak bergerak, penembak tepat Basyar akan membunuhnya. Jadi dia menggagahkan dirinya untuk jauh dari sararan tembakan.

Seorang mujahidin cuba membalas tembakan untuk membenarkan lelaki tersebut melarikan diri. Tidak dapat dipastikan samada lelaki itu terselamat ataupun tidak.

Friday, 19 October 2012

Lebih 65% Wilayah Syria Dibawah FSA


TERKINI :

Sumber melaporkan bahawa mujahidin berjaya mengawal lebih daripada 65% daripada wilayah Syria walaupun rejim Basyar mendapat bantuan penuh daripada Rusia, Iran, Hizbolla dan pakatan Syiah yang lain.

Doakan mujahidin.

Nota : Bendera Hijau, putih dan hitam (tiga bintang) merupakan bendera yang digunakan oleh mujahidin dan bendera revolusi rakyat. Bendera merah, putih dan hitam (dua bintang) merupakan bendera rejim Basyar.

Adegan Rakaman Para Syuhada


Adegan rakaman video yang tidak dapat dilupakan oleh admin, sebelum ini admin pernah menyiarkan kematian 3 orang mujahidin ketika sedang membersihkan jalan. 


Sangat mengerikan dan teramat sedih melihat detik-detik kehilangan mereka. Semoga para syuhada ini sekarang berada tenang di kalangan hamba-hamba Allah SWT yang di tempatkan pada darjat yang tertinggi. Amin.

Masjid Dihujani Peluru Berpandu


Ini adalah sesuatu yang telah terjadi di sebuah masjid di Syria. Tentera regim Assad telah menggugurkan hujan peluru berpandu dengan menghala serangan ke arah sebuah masjid. Tentera Basyar Assad mengatakan ianya serangan untuk ditujukan kepada sekumpulan Tentera Pembebasan Syria tetapi serangan tersebut mengakibatkan kemusnahan rumah suci Allah SWT. 


Pautan video:

Thursday, 18 October 2012

Kreatif! Kekurangan Senjata Bukan Penghalang


Keberkesanan senjata buatan sendiri milik Tentera Pembebasan Syria seperti ini mampu menewaskan serta melumpuhkan kekebalan tentera regim Bashad Assad.



Mujahidin Syria di kawasan Jabal al-zawiya menggunakan bahagian-bahagian motosikal untuk mengendalikan mesin senjata berat ini supaya mereka boleh beroperasi secara manual.

Mujahidin menyebut, kekurangan senjata adalah sebab utama mengapa mereka masih tidak berjaya untuk menggulingkan rejim Basyar. Tambahan pula rejim dibantu oleh pakatan Syiah dari Iran, Lubnan dan juga Iraq.

Apa yang pasti, senjata sebegini bukanlah senjata yang ditaja oleh Barat sebagaimana yang dituduh oleh sesetengah golongan.