Wednesday, 28 August 2013

Komander Am FSA Respon Rancangan US Serang Syria!

SYRIA | Komander Am FSA memberi respon rancangan US untuk menyerang Syria.

Komander Riyadh As'ad | FSA

Komander Am Mujahidin FSA, Komander Riyadh As'ad dalam responnya terhadap rancangan US bersama 10 gabungan negara untuk menyerang Syria yang dijangka hari Khamis ini, beliau menyebut :

"Bersiap sedialah wahai para mujahidin sekalian, masanya akan tiba. Kita akan buktikan bahawa mereka semua (US, Basyar, Iran, Hizbul Lat) adalah satu pakatan yang mesti kita hapuskan"

Doakan mereka.

Sumber: Malaysia.Syria

Wednesday, 21 August 2013

Lapangan Terbang Rejim Assad Di Wilayah Utara Berjaya Ditumbangkan

SYRIA | Lapangan Terbang Menagh berjaya ditawan 5 Ogos 2013 oleh mujahidin FSA.

Lapangan Terbang Menagh berjaya ditawan FSA

Meng Airbase, juga dikenali sebagai Menagh dan Minakh telah ditawan pada 5 Ogos 2013 oleh Free Syrian Army, the Islamic State of Iraq & al-Sham dan Syrian Islamic Liberation Front khususnya Liwa al-Fatah dan Jaish Muhajirin. Penawanan lapangan terbang ini adalah satu simbolik yang tidak ternilai kerana ia mewakili pertahanan rejim Assad di wilayah Utara telah berjaya ditumbangkan. Dari segi nilai ketenteraan, penawanan pangkalan udara ini telah memakan jumlah korban jiwa pejuang semasa pengepungannya setanding dengan korban di medan perang wilayah Aleppo.

Pangkalan Udara Meng telah berada di bawah pengepungan pejuang selama lebih setahun. Sejak itu askar rejim hanya bergantung kepada bekalan yang digugurkan dari udara oleh Syrian Arab Air Force (SyAAF). Hari-hari terakhir pangkalan ini tiba jua apabila pejuang telah mendapat bekalan peluru anti kereta kebal ATGM untuk memusnahkan kereta kebal2 dalam pangkalan ini.

Pangkalan Udara Meng adalah rumah kepada 4 Latihan Penerbangan sekolah operasi Mi-8 Hip-B dan skuadron yang tidak diketahui dengan Mi-8 Hip B dan Mi-17 Hip H. Landasan adalah 4,773 kaki panjang yang terlalu pendek bagi pejuang dan pesawat kargo untuk berlepas dan mendarat. Semua helikopter sudah tidak beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Sesetengah masih boleh digunakan dalam keadaan yang agak utuh sementara yang lain benar-benar rosak.

Sumber: Malaysia.Syria 

Sunday, 18 August 2013

Maksud Simbol Empat Jari Yang Jadi Fenomena FB

R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?

Rabaah | R4BIA | Simbol empat jari

Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam. 

Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10) , Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.

R4BIA | Recep Tayyip Erdogan

Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan. 


Pautan Video:




Monday, 5 August 2013

Kempen Perang | Mother of Believers, Aisha

FSA | Mujahidin isytihar kempen perang "Ibu orang yang beriman, Aishah".

Bandar Alawi | Latakia | Idlib

Semalam, mujahidin FSA telah mengisytiharkan kempen perang "Ibu orang yang beriman, Aishah" (Battle of the "Mother of Believers, Aisha") di Wilayah Latakia berhadapan pantai Syria. Kawasan pesisiran pantai Syria yang dikenali sebagai kubu kuat rejim Basyar, kerana ia wilayah kelahiran keluarga Basyar dan di mana kebanyakan golongan minoriti Alawi yang menyokong rejim tinggal.

Pertempuran ini adalah berita besar untuk revolusi Syria kerana jika berjaya ia akan membuka jalan baru di Utara, dan setakat ini mujahidin FSA telah telah menawan 5 Bandar Alawi serta berjaya memotong laluan bekalan antara wilayah Latakia dan Idlib.

Ini bermakna tentera Basyar tidak lagi boleh sampai ke Idlib, dan dari Idlib, mereka tidak lagi boleh sampai ke Halab. Terdapat banyak laporan bahawa lebih 100 askar rejim Basyar telah terbunuh dan ambulans banyak kelihatan di bandar Latakia. 

Sumber: Malaysia.Syria

Thursday, 25 July 2013

'PEMBUNUH PENYEMBELIH PEROGOL' TUMPAS | HALAB SYRIA

HALAB | Ketua Syabbihah Terbunuh.


Mujahidin FSA melaporkan bahawa Ketua Syabbihah (Tali Barut Basyar) di Hama yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan, penyembelihan dan jenayah rogol terhadap masyarakat awam di Hama telah berjaya dibunuh di Halab.

Moga ia menjadi sinar kemenangan buat mujahidin, setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa titipkan doa' untuk saudara kita disana.

Dengan ketulusan juga keikhlasan kita berdoa' untuk mereka, mampu hadir bantuan tentera-tentera Allah (malaikat) menghancurkan rejim ini bersama pakatan-pakatannya. Allahuakbar!

SALAM RAMADHAN DARI SYAM

SYAM | Syam atau lebih dikenali sebagai Syira pada hari ini.

Syam di bulan ramadhan

Bandar Saida di Dara'a yang sudah dibebaskan oleh mujahidin FSA dihiasi dengan warna-warna kebebasan negara Syria.

Mujahidin meniti kejayaan demi kejayaan, jangan percaya kepada media propaganda barat yang lebih berat menyokong tentera rejim dan pakatannya.

Tertulis di situ, "Kami tidak akan tunduk, kecuali kepada Allah! Doakan mereka.

Sumber: Malaysia.Syria

Wednesday, 17 July 2013

TURKI HANYA IKTIRAF MURSI PRESIDEN YANG SAH

TURKI | Bertegas masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden yang sah.

Mursi bersama Erdorgan

Sesudah Parti Sa'adat, parti Islam Turki mengadakan himpunan menolak rampasan kuasa yang dilakukan askar Mesir beberapa hari lalu yang dihadiri lebih 100,000 rakyat dengan kehadiran pemimpin gerakan Islam dunia, kini kerajaan Turki pula memberikan tekanan kepada kerajaan "perampas" Mesir.

Ikhwanonline melaporkan kenyataan Menteri Luar Turki, Dawud Uhglu Isnin, 15 Julai seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen NTV bahawa Turki tetap mengiktiraf Mursi sebagai Presiden Mesir. Kenyataan Ughlu itu menyusul sehari selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Reccep Toyyip Erdorgan yang berpendirian Mursi masih sebagai Presiden Mesir yang sah.

Dalam satu majlis berbuka puasa, Erdorgan dilaporkan berkata, "Dalam situasi terkini, Presiden Mesir bagi saya ialah Mursi kerana beliau dipilih oleh rakyat. Jika kita tidak melihat demikian maka kita tidak menghormati kehendak rakyat Mesir kerana kita Turki menghormati pilihan rakyat. Kita akan menghormati pihak perampas jika mereka menang melalui peti undi."

Sementara hari ini pula, Presiden Turki Abdullah Gul pula menuntut Mursi dibebaskan segera. Akhbar Turki, "Today's Zaman" turut melaporkan kekecewaan Gul terhadap rampasan kuasa tentera. Menurut akhbar tersebut, Gul menyatakan pendiriannya kepada Duta baru Mesir ke negara itu, Abdur Rahman Solahuddin yang meminta pihak berkuasa membebaskan Mursi. Gul juga enggan menerima warkah yang diutuskan oleh Presiden sementara Mesir, Adli Mansour melalui Solahuddin petang Isnin lalu.

Akhbar Turki bernama "Aksam" pula melaporkan Erdorgan menolak permintaan Dr.Mohammed El-Baradei (yang dilantik sebagai Naib Presiden Mesir) untuk bertemu beliau kerana pendirian Turki jelas yang masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden yang sah.

Sumber: Ikhwanonline, Today's Zaman, Aksam