Tuesday 23 October 2012

NATO sedia "bela" Turki menghadapi rejim Syria


NATO menyatakan bersedia "membela" anggota perikatan Turki di tengah-tengah pertempuran sengit antara Turki-Syria, walaupun kekuatan Barat ini mendesak untuk "tetap tenang."

Setiausaha Agung Anders Fogh Rasmussen berkata pada hari Selasa (9/10/2012) bahawa Turki boleh bergantung kepada sokongan NATO. NATO mempunyai "semua rencana yang diperlukan untuk melindungi dan membela Turki jika diperlukan."

"Tentu saja Turki boleh bergantung kepada kesatuan NATO," katanya, . "Kita mempunyai semua perancangan untuk melindungi dan membela Turki jika diperlukan."

Pada saat yang sama, dia menekankan bahawa dua negara yang berjiran tersebut untuk "menahan diri dan mengelakkan berlakunya perang."

Hubungan Turki dan Syria agak tegang baru-baru ini berikutan serangan melalui sempadan mereka  minggu lalu, sejak pasukan rejim Bashar Assad menembak peluru berpandu ke arah Turki yang mengorbankan lima orang awam, menurut laporan. Ketika peristiwa itu berlaku, rejim Assad mengeluarkan permintaan maaf rasmi, bertanggung jawab penuh, dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Sumber: Alarabiya , Arrahmah

No comments:

Post a Comment