Thursday 28 March 2013

Korea Utara Isytihar Perang Bila-Bila Masa

SEOUL | Korea Utara memberi petunjuk terakhir akan menyerang Korea Selatan selepas bertindak memutuskan talian komunikasi dengan negara itu, semalam.

 
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un melihat persiapan ketenteraan di pangkalan tentera Baengnyeong Island

Agensi berita KCNA memetik jurucakap tentera sebagai berkata, Korea Utara menghentikan respons talian hotline ketenteraan di perindustrian di Zon Bebas Tentera (DMZ) dan Palang Merah yang digunakan oleh kedua-dua negara sebelum ini.

“Peperangan boleh meletus bila-bila masa, tiada keperluan menjaga talian itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Menurutnya, tidak wujud lagi sebarang saluran dialog atau komunikasi kedua-dua negara termasuk Amerika Syarikat.

Talian hotline itu penting bagi kedua-dua negara kerana ia digunakan sebagai alat komunikasi oleh lebih 900 pekerja yang berulang-alik ke ke kompleks perindustrian Kaesong.

Kedua-dua negara itu kini, bersiap siaga untuk melancarkan serangan nuklear dengan peluru berpandu dan pesawat tempur.
 
Sumber: Sinarharian

No comments:

Post a Comment