Monday 11 March 2013

22 Mayat Militan Di Kampung Tanduo Dibawa Keluar

LAHAD DATU |  Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.

Pihak polis kini berada di peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas di kawasan sekitar.

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
 
Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.
 
Lelaki tersebut ditembak mati pada hari Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.
 
Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.
 
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
 

No comments:

Post a Comment