Sunday 24 March 2013

"REJIM BASYAR DALANG BUNUH SYEIKH AL-BOUTI" -MUAZ KHATIB

SYRIA | Ketua Pakatan Pembangkang Syria, Syeikh Muaz Al-Khatib mendedahkan bahawa rejim Basyar Al-Asad disebalik dalang pembunuhan ulamak Syria, As-Syahid Syeikh Muhammad Ramadhan Al-Bouti.


Dalam kenyataan kepada "France Press" itu beliau berkata, Syeikh Ramadhan di akhir-akhir hayat beliau banyak membangkang politik Basyar sehingga mendorong beliau berani menasihati Basyar yang menjadikan nya berang atas kalam nasihat yang diberikan.

Syeikh Muaz juga mendedahkan niat Syeikh Ramadhan Al-Bouti untuk meninggalkan Syria menuju ke Turki yang menyebabkan askar rejim bertindak mengepung dan membunuh beliau.

Syeikh Muaz yang mewakili kumpulan pembangkang Islam di Syria mengutuk sebarang bentuk keganasan. "Kami mengutuk sepenuhnya pembunuhan Syeikh Dr. Ramadhan Al-Bouti dan kami ingin katakan bahawa agama kita (Islam) serta akhlak kita tidak mengizinkan kita sesama Islam membunuh semata-mata berbeza pandangan."

Kumpulan Tentera Pembebasan (FSA) juga turut menafikan pembabitan mereka terhadap pembunuhan ulamak tersebut.

 

No comments:

Post a Comment