Saturday, 24 November 2012

ADUAN ISRAEL LANGGAR GENCATAN KE PBB

Mangsa yang syahid dalam gambar kecil
 
Riyad H. Mansour, Pemerhati tetap Palestin di PBB telah mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB mengenai perlanggaran gencatan senjata yang dilakukan Israel. Demikian itu, pada petang Jumaat, tentera zionis yang berada berdekatan garisan pemisah sempadan tanah jajahan 1948 telah melepaskan tembakan mengakibatkan seorang pemuda Palestin, Anwar Qudaih syahid (korban). 

Sumber tentera zionis pula mendakwa mereka (penduduk Palestin) yang mendekati pagar lingkaran keselamatan di sebelah timur bandar Khan Younis telah melakukan rusuhan. Bagaimanapun, foto-foto yang diambil oleh jurugambar mengesahkan penduduk Palestin tidak melontar batu ke arah tentera zionis. Mereka hanya pergi ke pagar keselamatan untuk meraikan kegembiraan ekoran persetujuan gencatan.  

Kata lagi, menurut sumber yang sama, tentera yang berada berdekatan pagar keselamatan melepaskan tembakan ke udara untuk menjauhkan penduduk Palestin dari menghampiri pagar itu, kemudian tentera zionis melepaskan pula tembakan ke arah sebilangan pemuda Palestin.

Sumber: Safa

GENCATAN MENAMBAHKAN LAGI TIGA BATU NAUTIKA YANG BARU KEPADA NELAYAN

Rujuk peta: 3 batu nautika.

Ketua Badan Perisikan Republik Arab Mesir (General Intelligence Service), Mejar Jeneral Mohamed Raafat Shehata telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh melalui telefon bahawa para nelayan Gaza telah dibenarkan memasuki ke laut Gaza sehingga jarak 6 batu nautika, tidak sebagaimana sebelum ini yang hanya dibenarkan memburu ikan sejauh 3 batu nautika.

Demikian itu, makluman yang disampaikan ini adalah tertakluk persetujuan gencatan senjata antara pejuang Palestin dengan rejim zionis.

Kabinet menteri Palestin dalam kenyataannya hari ini berkata, Mesir akan mengadakan lagi pertemuan dengan wakil zionis pada hari Isnin akan datang untuk membincangkan permasalahan yang berkaitan dengan persetujuan gencatan termasuk kawasan sempadan.

PM Palestin mengucapkan terima kasih atas usaha Mesir.

Semalam, bermulanya pertemuan antara wakil Mesir dengan zionis yang membincangkan mekanisme perlaksanaan kandungan gencatan senjata yang disepakati antara dua pihak selepas 8 hari serangan zionis tidak henti-henti menghentam Semenanjung Gaza.

Sumber: Safa

Friday, 23 November 2012

PERTAMA SYAHID HARI KEDUA GENCATAN


KHAN YOUNIS - Seorang pemuda Palestin, Anwar Abdul Hadi Qudaih telah syahid (korban) dan sebilangan besar lagi petani cedera akibat tembakan tentera zionis yang ditujukan ke atas mereka di lokasi yang terletak antara timur Al-Qararah dan Abbasan Al-Kabirah sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sementara itu, ada yang ditangkap kerana melanggar pagar keselamatan yang telah ditetapkan tentera zionis sebagai zon keselamatan(buffer zone).

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, pemuda terbabit syahid ekoran peluru yang dilepaskan zionis meletup di kepalanya. Kecederaan yang dialami para petani pula disifatkan ada yang ringan dan parah.

Menurut penyampai berita SAFA, sejak dari jam pertama selepas Subuh, puluhan penduduk Palestin beramai-ramai pergi ke kawasan di sebelah timur Khuza'ah untuk melihat tanah-tanah pertanian mereka, namun secara tiba-tiba, tentera zionis menghalakan tembakan yang tidak membenarkan mereka mendekati kawasan terbabit. Kejadian ini mengakibatkan seorang pemuda syahid dan 7 orang lagi cedera.

Penduduk-penduduk Palestin berazam menunaikan solat Jumaat di kawasan tersebut bagi menegaskan mereka berhak mengusahakan tanah-tanah mereka.

Ternyata amat sukar tiba di kawasan lingkaran zon keselamatan malah ianya menambahkan lagi kesengsaraan terhadap Palestin. Bagaimanapun, penduduk-penduduk Palestin mahu menguji gencatan yang ditandatangani di Mesir antara rejim zionis dengan pejuang Palestin dan juga mahu menegaskan tanah itu adalah hak mereka.

Pada petang semalam, beratus-ratus pemuda Palestin dapat tiba ke lokasi jip tentera zionis yang diletupkan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(Brigade Al-Qassam) dua minggu lepas. Rasa gembira sambil menangkap gambar kenang-kenangan berubah kepada kejadian berdarah apabila tentera zionis yang berada tidak jauh dari situ melepaskan tembakan, lantas menyebabkan 2 pemuda Palestin cedera(ada sumber menyebut 3 yang cedera).

Bertahun-tahun lamanya, zon lingkaran keselamatan di sepanjang garisan sempadan sebelah timur Semenanjung Gaza mengancam nyawa Palestin. Tiada siapa dapat menjamin keselamatan buat keluarga mereka serta hak milik mereka ekoran tentera zionis yang selalu menceroboh dan melepaskan tembakan-tembakan rambang di kawasan terbabit.

Sumber: Safa

10 Terbunuh dalam kemalangan Pesawat Tentera Yaman


Sebuah pesawat pengangkutan tentera Yaman terhempas berhampiran lapangan terbang Sana'a pada hari Rabu mengakibatkan 10 orang terbunuh, laporan daripada wartawan Al Arabiya dan disahkan oleh pegawai lapangan terbang.

Pesawat itu mendarat kawasan yang terbengkalai di daerah Hasaba berhampiran ibu negara Yaman selepas mengalami kesilapan teknikal, kata pegawai itu.

"Pesawat cuba untuk mendarat di ruang kosong di Hasaba, tetapi kerana masalah teknikal ia terhempas dan sepuluh kru meninggal dunia," kata pegawai itu kepada agensi berita Reuters.

"Seorang Antonov terhempas berikutan masalah teknikal. Juruterbang dan sembilan orang lain terbunuh," kata kenyataan di laman web kementerian pertahanan 26sep.net, memetik sumber tentera.

Ambulans berlumba ke tempat kejadian di mana orang ramai berkumpul.

Saksi berkata bahawa pesawat Antonov terbakar sepenuhnya.

Pada bulan Oktober tahun lepas, pesawat tentera Yaman kemalangan-mendarat di pangkalan udara di selatan negara membunuh sembilan penumpang, termasuk lapan jurutera Syria.
 
Pautan video: 
 
Sumber: Alarabiya

Wednesday, 21 November 2012

Rentetan Seharian Palestin 21 Nov 2012

[01:03 petang] Sumber hebrew melaporkan bahawa Ashkelon dihujani serangan roket pejuang Palestin.

[01:00 petang] Siaran 10 televisyen Israel, individu yang ditangkap di Tel-Aviv tidak ada kaitan langsung dengan letupan.

[12:50 petang] Siren kecemasan berbunyi di Kiryat Gat.

[11:46 pagi] Pesawat pengintip tanpa juruterbang menyasarkan serangan ke atas sasaran berhampiran Masjid As-Syahid di Al-Buraij, Gaza Tengah seiring masuknya waktu Zohor. Masjid berkenaan dilimpahi jemaah solat.

[11:40 pagi] Al-Qassam mengebom pos tentera zionis 'Kissufim' dengan beberapa peluru mortar hawn.

[11:38 pagi] Serangan zionis menyasarkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan milik Khaled Abu Ajwah, timur Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

[11:34 pagi] Siren kecemasan berbunyi di Beit Shams yang terletak berdekatan BaitulMaqdis(Al-Quds).

[11:32 pagi] Pesawat zionis mengebom sebuah sasaran di tanah Abu Mazid, Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

[11:31 pagi] 3 penduduk Palestin yang cedera telah tiba ke hospital. Demikian itu, akibat pengeboman zionis ke atas rumah Penasihat PM Palestin di Gaza, Usom Al-Da'alis di Al-Nusairat, Gaza Tengah.

[11:30 pagi] Al-Qassam melancarkan 7 roket grad ke penempatan Kiryat Malakhi.
 
 [10:56 pagi] Sebentar tadi, Pesawat tempur zionis menyasarkan rumah Penasihat Perdana Menteri Palestin di Gaza dengan dua peluru misil di Al-Nusairat, Gaza Tengah.

[10:54 pagi] Jentera perang zionis melepaskan belasan bedilan peluru meriam di sebelah utara dan timur Semenanjung Gaza.

[10:52 pagi] Dua orang penduduk Palestin di sebelah timur bandar Gaza cedera akibat menjadi sasaran serangan zionis.

[10:38 pagi] Satu serangan roket gugur ke atas sebuah rumah zionis di Kiryat Malakhi. Kedengaran jeritan yang bingit.

[10:33 pagi] Kerosakan dan terjejas teruk di bandar Be'er Tufia sebentar tadi akibat roket-roket pejuang yang gugur di situ.

[10:33 pagi] Al-Qassam mengebom pos tentera zionis 'Ain Thalita' dengan 4 roket jenis 107.

[10:29 pagi] Kataib Al-Qassam melancarkan 3 roket jenis grad ke Kiryat Malakhi. Siren kecemasan telah berbunyi di penempatan itu.

[10:27 pagi] Siren kecemasan telah berbunyi waktu ini di penempatan Shaar Hanegev.
 
[10:26 pagi] Siaran 2 televisyen Israel: 'perakara yang menyukarkan kerja kami di Gaza adalah bilangan ejen yang sedikit'. 
 
 [09:54 pagi] Pejuang Palestin melancarkan beberapa serangan roket sebentar tadi. Manakala, Iron Dome (sistem penangkis roket jarak dekat) membalas dengan melepaskan beberapa peluru penangkis.

[09:53 pagi] Sehingga kini, bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan peluru misil di persisiran pantai di utara Semenanjung Gaza.

[09:51 pagi] Seorang komander tentera SARAYA AL-QUDS terselamat dalam serangan yang dihalakan ke atasnya di Der Al-Balah, Gaza Tengah.

[09:49 pagi] Lagi serangan peluru meriam zionis telah ditembak ke arah garisan sempadan antara Gaza - Mesir.
 
[09:49 pagi] Satu serangan roket gugur di tanah rampadan Bani Sham'on. Sebuah rumah zionis menjadi sasaran dan berlaku kebakaran di situ.
 
[09:35 pagi] Sejak pagi tadi, lebih 20 serangan roket Palestin telah dihalakan ke tanah-tanah rampasan yang berada setentang dengan Semenanjung Gaza.

[09:33 pagi] Islam Syahwan berkata, sebilangan tertentu sahaja dari mereka yang bekerjasama dengan zionis telah menyerah diri kepada pihak keamanan di Gaza.

[09:31 pagi] 26 serangan udara zionis di kawasan terowong bawah tanah, selatan Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

[09:30 pagi] 6 buah jentera perang zionis berada di gerbang pos tentera Sufa sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

[09:21 pagi] Seorang penduduk Palestin syahid dan 3 lagi cedera dalam serangan zionis berhampiran Masjid Al-Imam As-Syafie di Tel Al-Za'tar.
 
[09:15 pagi] Al-Qassam mengebom pengkalan tentera udara zionis 'Hetsarim' dengan 10 roket jenis grad.

[08:45 pagi] Al-Qassam mengebom Al-Majdal dengan 3 roket grad.
 
[7:50 pagi] Berikutan insiden kecederaan tentera akibat serangan roket, Tentera Israel memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera sekitar Gaza yang tidak bersedia untuk kemungkinan serangan melalui darat. 
 
[7:32 pagi] 7 serangan udara menyasarkan ke terowong di Rafah, menyebabkan kebakaran di kawasan itu.

[7:10 pagi] Tentera Israel mendakwa mereka telah memusnahkan beberapa "tapak infrastruktur pengganas" malam tadi termasuk bangunan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan balai polis. 
 
[7:00 pagi] Pesawat perang Israel memusnahkan 2 buah rumah milik Muhammad al-Hadidi dan Muhammad al-Shafeiy di al-Nuseirat. Tiada kecederaan dilaporkan.
 
[6:45 pagi] Pesawat perang Israel mengebom jalan yang menghubungkan kem pelarian al-Nuseirat dan kampung al-Mughraka. 
 
[6:04 pagi] Majlis Keselamatan UN akan menjalankan debat terbuka di Gaza hari ini jika gencatan senjata tidak berlaku, lapor The Associated Press.
 
[5:57 pagi] Duta UN Rusia Vitaly Churkin mengatakan jika gencatan senjata masih tidak berlaku, beliau boleh meletakkan resolusi untuk Majlis Keselamatan membuat undian.
 
[5:41 pagi] Tentera Israel memberitahu 162 roket dilancarkan ke Israel dalam tempoh 24 jam. 
 
[5:26 pagi] Satu kawasan yang dikawal rapi di barat Rafah musnah dalam serangan udara. Bangunan kerajaan Abu Khadra juga dibom lagi beberapa kali pagi ini.
 
[5:10 pagi] Balai polis di Khan Younis diratakan dan beberapa bangunan berdekatan mengalami kerosakan, kata wartawan web berita Maannews.
 
[4:52 pagi] Tentera Israel memberitahu 2 roket yang dilepaskan dari Gaza ke kawasan berpenduduk ramai telah ditangkis oleh sistem penangkis Iron Dome sejak lewat malam tadi.
 
[4:16 pagi] Pesawat perang Israel mengebom balai polis di Khan Younis.
 
[4:05 pagi] Tentera Israel mendakwa serangan udara yang disasarkan ke bangunan Abu Khadra di bandar Gaza adalah "pusat aktiviti pengganas". Bangunan Abu Khadra merupakan bangunan kerajaan. Akibat serangan yang dilakukan, wartawan Al-Jazeera ada melaporkan pejabat mereka yang berdekatan dengan Abu Khadra mengalami kerosakan.   
 
[3:46 pagi] Press TV melaporkan bahawa koresponden medianya Akram al-Sattari cedera akibat serangan udara Israel yang merosakkan hotel wartawan antarabangsa.
  
[3:20 pagi] Laman Facebook Silvan Shalom sudah tidak berada di atas talian (online) namun akaun tweeternya masih "tweeting". Tweet yang terbaru 'Benjamin Netanyahu is a Zionist murdering power crazed psycopath, supported by global psycopathic political elite.'  
 
[2:39 pagi] Serangan udara menyasarkan ke 2 kawasan berdekatan 2 buah hotel yang menempatkan para wartawan untuk berlindung dari serangan di Gaza. Wartawan Hugh Naylor dari akhbar The National memberitahu agensi berita Maannews bahawa letupan yang berlaku memecahkan tingkap di Hotel Deira dan Hotel Beach. Tiada kecederaan dilaporkan dan jurucakap Israel tidak membalas panggilan telefon.
 
[2:26 pagi] Al-Qassam membalas tweet oleh tentera Israel yang memberi amaran kepada wartawan supaya menjauhi pusat operasi HAMAS.
 
Sumber: Web Berita Palestin, Web Berita Maannews
 

Tel-Aviv Diserang Pengebom Berani Mati!


             

21 Nov 2012, jam 12.08ptg sebuah bas di Tel-Aviv(تل الربيع) telah meletup mengakibatkan puluhan cedera. Siaran 2 televisyen Israel mengesahkan bahawa letupan terbabit adalah natijah dari operasi 'amaliat istisyhadiah'(pengebom berani mati).

Sumber hebrew memaklumkan bahawa polis Israel sedang mencari individu kedua di Tel-Aviv yang cuba meletupkan dirinya.

Terkini, siaran 2 televisyen Israel berkata, 2 warga zionis terbunuh dan sebilangan besar cedera, di antaranya wujud kecederaan yang parah.

Jelas sumber hebrew, pengebom berani Palestin meletakkan peledak di dalam bas, kemudian lari turun dari bas. Laporan-laporan menyebut bahawa ada lagi pengebom-pengebom berani mati di Tel-Aviv. Media musuh juga berkata, individu yang meletak bom ini adalah gadis Palestin.

Berhubung operasi pengebom berani mati, Masjid-masjid di Gaza dan rumah-rumah Palestin diselubungi laungan takbir Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..

Sumber: Web Berita Palestin










              


           

 
                     
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                 




Laman Facebook dan Tweeter TPM Israel digodam Anonymous


21 November 2012, tepat 2.02 pagi kumpulan penggodam Anonymous menggodam laman Facebook Timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom. Status Facebook Shalom kini yang berbunyi 'Orang di seluruh dunia bersatu menentang penindasan. Anda tidak boleh menyekat suara kami. Bebas Palestin' 

Lapan minit kemudian, jam 2.10 pagi kumpulan penggodam Anonymous sekali lagi berjaya menggodam akaun tweeter Timbalan Perdana Menteri Israel.

Ketahuilah seluruh dunia memerhatikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, mereka tidak buta, bisu mahupun tuli. Mereka juga bukan hanya kaku setelah melihat hari demi hari rakyat Palestin dizalimi serta dibunuh.  

Doa kami rakyat Malaysia bersama kalian rakyat Palestin, doa itu senjata.

Sumber: Web Berita Maannews