Friday 23 November 2012

PERTAMA SYAHID HARI KEDUA GENCATAN


KHAN YOUNIS - Seorang pemuda Palestin, Anwar Abdul Hadi Qudaih telah syahid (korban) dan sebilangan besar lagi petani cedera akibat tembakan tentera zionis yang ditujukan ke atas mereka di lokasi yang terletak antara timur Al-Qararah dan Abbasan Al-Kabirah sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sementara itu, ada yang ditangkap kerana melanggar pagar keselamatan yang telah ditetapkan tentera zionis sebagai zon keselamatan(buffer zone).

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, pemuda terbabit syahid ekoran peluru yang dilepaskan zionis meletup di kepalanya. Kecederaan yang dialami para petani pula disifatkan ada yang ringan dan parah.

Menurut penyampai berita SAFA, sejak dari jam pertama selepas Subuh, puluhan penduduk Palestin beramai-ramai pergi ke kawasan di sebelah timur Khuza'ah untuk melihat tanah-tanah pertanian mereka, namun secara tiba-tiba, tentera zionis menghalakan tembakan yang tidak membenarkan mereka mendekati kawasan terbabit. Kejadian ini mengakibatkan seorang pemuda syahid dan 7 orang lagi cedera.

Penduduk-penduduk Palestin berazam menunaikan solat Jumaat di kawasan tersebut bagi menegaskan mereka berhak mengusahakan tanah-tanah mereka.

Ternyata amat sukar tiba di kawasan lingkaran zon keselamatan malah ianya menambahkan lagi kesengsaraan terhadap Palestin. Bagaimanapun, penduduk-penduduk Palestin mahu menguji gencatan yang ditandatangani di Mesir antara rejim zionis dengan pejuang Palestin dan juga mahu menegaskan tanah itu adalah hak mereka.

Pada petang semalam, beratus-ratus pemuda Palestin dapat tiba ke lokasi jip tentera zionis yang diletupkan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(Brigade Al-Qassam) dua minggu lepas. Rasa gembira sambil menangkap gambar kenang-kenangan berubah kepada kejadian berdarah apabila tentera zionis yang berada tidak jauh dari situ melepaskan tembakan, lantas menyebabkan 2 pemuda Palestin cedera(ada sumber menyebut 3 yang cedera).

Bertahun-tahun lamanya, zon lingkaran keselamatan di sepanjang garisan sempadan sebelah timur Semenanjung Gaza mengancam nyawa Palestin. Tiada siapa dapat menjamin keselamatan buat keluarga mereka serta hak milik mereka ekoran tentera zionis yang selalu menceroboh dan melepaskan tembakan-tembakan rambang di kawasan terbabit.

Sumber: Safa

No comments:

Post a Comment