Wednesday 21 November 2012

Rentetan Seharian Palestin 21 Nov 2012

[01:03 petang] Sumber hebrew melaporkan bahawa Ashkelon dihujani serangan roket pejuang Palestin.

[01:00 petang] Siaran 10 televisyen Israel, individu yang ditangkap di Tel-Aviv tidak ada kaitan langsung dengan letupan.

[12:50 petang] Siren kecemasan berbunyi di Kiryat Gat.

[11:46 pagi] Pesawat pengintip tanpa juruterbang menyasarkan serangan ke atas sasaran berhampiran Masjid As-Syahid di Al-Buraij, Gaza Tengah seiring masuknya waktu Zohor. Masjid berkenaan dilimpahi jemaah solat.

[11:40 pagi] Al-Qassam mengebom pos tentera zionis 'Kissufim' dengan beberapa peluru mortar hawn.

[11:38 pagi] Serangan zionis menyasarkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan milik Khaled Abu Ajwah, timur Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

[11:34 pagi] Siren kecemasan berbunyi di Beit Shams yang terletak berdekatan BaitulMaqdis(Al-Quds).

[11:32 pagi] Pesawat zionis mengebom sebuah sasaran di tanah Abu Mazid, Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

[11:31 pagi] 3 penduduk Palestin yang cedera telah tiba ke hospital. Demikian itu, akibat pengeboman zionis ke atas rumah Penasihat PM Palestin di Gaza, Usom Al-Da'alis di Al-Nusairat, Gaza Tengah.

[11:30 pagi] Al-Qassam melancarkan 7 roket grad ke penempatan Kiryat Malakhi.
 
 [10:56 pagi] Sebentar tadi, Pesawat tempur zionis menyasarkan rumah Penasihat Perdana Menteri Palestin di Gaza dengan dua peluru misil di Al-Nusairat, Gaza Tengah.

[10:54 pagi] Jentera perang zionis melepaskan belasan bedilan peluru meriam di sebelah utara dan timur Semenanjung Gaza.

[10:52 pagi] Dua orang penduduk Palestin di sebelah timur bandar Gaza cedera akibat menjadi sasaran serangan zionis.

[10:38 pagi] Satu serangan roket gugur ke atas sebuah rumah zionis di Kiryat Malakhi. Kedengaran jeritan yang bingit.

[10:33 pagi] Kerosakan dan terjejas teruk di bandar Be'er Tufia sebentar tadi akibat roket-roket pejuang yang gugur di situ.

[10:33 pagi] Al-Qassam mengebom pos tentera zionis 'Ain Thalita' dengan 4 roket jenis 107.

[10:29 pagi] Kataib Al-Qassam melancarkan 3 roket jenis grad ke Kiryat Malakhi. Siren kecemasan telah berbunyi di penempatan itu.

[10:27 pagi] Siren kecemasan telah berbunyi waktu ini di penempatan Shaar Hanegev.
 
[10:26 pagi] Siaran 2 televisyen Israel: 'perakara yang menyukarkan kerja kami di Gaza adalah bilangan ejen yang sedikit'. 
 
 [09:54 pagi] Pejuang Palestin melancarkan beberapa serangan roket sebentar tadi. Manakala, Iron Dome (sistem penangkis roket jarak dekat) membalas dengan melepaskan beberapa peluru penangkis.

[09:53 pagi] Sehingga kini, bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan peluru misil di persisiran pantai di utara Semenanjung Gaza.

[09:51 pagi] Seorang komander tentera SARAYA AL-QUDS terselamat dalam serangan yang dihalakan ke atasnya di Der Al-Balah, Gaza Tengah.

[09:49 pagi] Lagi serangan peluru meriam zionis telah ditembak ke arah garisan sempadan antara Gaza - Mesir.
 
[09:49 pagi] Satu serangan roket gugur di tanah rampadan Bani Sham'on. Sebuah rumah zionis menjadi sasaran dan berlaku kebakaran di situ.
 
[09:35 pagi] Sejak pagi tadi, lebih 20 serangan roket Palestin telah dihalakan ke tanah-tanah rampasan yang berada setentang dengan Semenanjung Gaza.

[09:33 pagi] Islam Syahwan berkata, sebilangan tertentu sahaja dari mereka yang bekerjasama dengan zionis telah menyerah diri kepada pihak keamanan di Gaza.

[09:31 pagi] 26 serangan udara zionis di kawasan terowong bawah tanah, selatan Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

[09:30 pagi] 6 buah jentera perang zionis berada di gerbang pos tentera Sufa sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

[09:21 pagi] Seorang penduduk Palestin syahid dan 3 lagi cedera dalam serangan zionis berhampiran Masjid Al-Imam As-Syafie di Tel Al-Za'tar.
 
[09:15 pagi] Al-Qassam mengebom pengkalan tentera udara zionis 'Hetsarim' dengan 10 roket jenis grad.

[08:45 pagi] Al-Qassam mengebom Al-Majdal dengan 3 roket grad.
 
[7:50 pagi] Berikutan insiden kecederaan tentera akibat serangan roket, Tentera Israel memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera sekitar Gaza yang tidak bersedia untuk kemungkinan serangan melalui darat. 
 
[7:32 pagi] 7 serangan udara menyasarkan ke terowong di Rafah, menyebabkan kebakaran di kawasan itu.

[7:10 pagi] Tentera Israel mendakwa mereka telah memusnahkan beberapa "tapak infrastruktur pengganas" malam tadi termasuk bangunan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan balai polis. 
 
[7:00 pagi] Pesawat perang Israel memusnahkan 2 buah rumah milik Muhammad al-Hadidi dan Muhammad al-Shafeiy di al-Nuseirat. Tiada kecederaan dilaporkan.
 
[6:45 pagi] Pesawat perang Israel mengebom jalan yang menghubungkan kem pelarian al-Nuseirat dan kampung al-Mughraka. 
 
[6:04 pagi] Majlis Keselamatan UN akan menjalankan debat terbuka di Gaza hari ini jika gencatan senjata tidak berlaku, lapor The Associated Press.
 
[5:57 pagi] Duta UN Rusia Vitaly Churkin mengatakan jika gencatan senjata masih tidak berlaku, beliau boleh meletakkan resolusi untuk Majlis Keselamatan membuat undian.
 
[5:41 pagi] Tentera Israel memberitahu 162 roket dilancarkan ke Israel dalam tempoh 24 jam. 
 
[5:26 pagi] Satu kawasan yang dikawal rapi di barat Rafah musnah dalam serangan udara. Bangunan kerajaan Abu Khadra juga dibom lagi beberapa kali pagi ini.
 
[5:10 pagi] Balai polis di Khan Younis diratakan dan beberapa bangunan berdekatan mengalami kerosakan, kata wartawan web berita Maannews.
 
[4:52 pagi] Tentera Israel memberitahu 2 roket yang dilepaskan dari Gaza ke kawasan berpenduduk ramai telah ditangkis oleh sistem penangkis Iron Dome sejak lewat malam tadi.
 
[4:16 pagi] Pesawat perang Israel mengebom balai polis di Khan Younis.
 
[4:05 pagi] Tentera Israel mendakwa serangan udara yang disasarkan ke bangunan Abu Khadra di bandar Gaza adalah "pusat aktiviti pengganas". Bangunan Abu Khadra merupakan bangunan kerajaan. Akibat serangan yang dilakukan, wartawan Al-Jazeera ada melaporkan pejabat mereka yang berdekatan dengan Abu Khadra mengalami kerosakan.   
 
[3:46 pagi] Press TV melaporkan bahawa koresponden medianya Akram al-Sattari cedera akibat serangan udara Israel yang merosakkan hotel wartawan antarabangsa.
  
[3:20 pagi] Laman Facebook Silvan Shalom sudah tidak berada di atas talian (online) namun akaun tweeternya masih "tweeting". Tweet yang terbaru 'Benjamin Netanyahu is a Zionist murdering power crazed psycopath, supported by global psycopathic political elite.'  
 
[2:39 pagi] Serangan udara menyasarkan ke 2 kawasan berdekatan 2 buah hotel yang menempatkan para wartawan untuk berlindung dari serangan di Gaza. Wartawan Hugh Naylor dari akhbar The National memberitahu agensi berita Maannews bahawa letupan yang berlaku memecahkan tingkap di Hotel Deira dan Hotel Beach. Tiada kecederaan dilaporkan dan jurucakap Israel tidak membalas panggilan telefon.
 
[2:26 pagi] Al-Qassam membalas tweet oleh tentera Israel yang memberi amaran kepada wartawan supaya menjauhi pusat operasi HAMAS.
 
Sumber: Web Berita Palestin, Web Berita Maannews
 

No comments:

Post a Comment