Saturday 24 November 2012

ADUAN ISRAEL LANGGAR GENCATAN KE PBB

Mangsa yang syahid dalam gambar kecil
 
Riyad H. Mansour, Pemerhati tetap Palestin di PBB telah mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB mengenai perlanggaran gencatan senjata yang dilakukan Israel. Demikian itu, pada petang Jumaat, tentera zionis yang berada berdekatan garisan pemisah sempadan tanah jajahan 1948 telah melepaskan tembakan mengakibatkan seorang pemuda Palestin, Anwar Qudaih syahid (korban). 

Sumber tentera zionis pula mendakwa mereka (penduduk Palestin) yang mendekati pagar lingkaran keselamatan di sebelah timur bandar Khan Younis telah melakukan rusuhan. Bagaimanapun, foto-foto yang diambil oleh jurugambar mengesahkan penduduk Palestin tidak melontar batu ke arah tentera zionis. Mereka hanya pergi ke pagar keselamatan untuk meraikan kegembiraan ekoran persetujuan gencatan.  

Kata lagi, menurut sumber yang sama, tentera yang berada berdekatan pagar keselamatan melepaskan tembakan ke udara untuk menjauhkan penduduk Palestin dari menghampiri pagar itu, kemudian tentera zionis melepaskan pula tembakan ke arah sebilangan pemuda Palestin.

Sumber: Safa

No comments:

Post a Comment