Sunday 3 February 2013

WARGA ZIONIS PANIK SIREN BERBUNYI

Rujukan peta Ashdod (1) Sderot (3)

Kesilapan teknikal telah mengakibatkan siren-siren kecemasan berbunyi di zon-zon selatan (selatan tanah jajahan 1948) dari Sderot hingga ke Ashdod, lantas menimbulkan ketakutan dan kepanikan di kalangan warga zionis setelah dua bulan lebih zon selatan diselubungi tenang.

*Siren kecemasan: Petanda serangan roket.

Siren kecemasan ini turut kedengaran di Gan Bina, Al-Ghadirah, Kiryat Gat, bandar Al-Majdal dan kawasan sekeliling.

Kata sumber tentera zionis, siren-siren ini berbunyi pada jam 01:30 pagi Sabtu disebabkan kesilapan teknikal. Jelas lagi, pihak tentera sedang menyiasat bagi mengetahui punca sebenar.

Sebaik sahaja siren berbunyi, warga-warga zionis di zon selatan terus bergegas masuk ke tempat perlindungan dan bilik kebal.

Menurut seorang saksi dari Ashdod, dia baru pulang dari bercuti, lalu terdengar bunyian siren dan sangkaan pertama bunyi itu dari kereta ambulan, namun setelah meneliti dia mendapati ianya adalah siren kecemasan, lantas dia segera bersembunyi.

Tambah lagi, "saya rasa dah hampir lupa bunyian ini tetapi ianya kembali mencabut ketenangan dari saya, sekarang saya dah sampai rumah dan harap berjaya tidur dengan tenang," ujar saksi terbabit berkenaan.

Sumber: Media rasmi Al-Qassam

No comments:

Post a Comment