Wednesday 13 February 2013

Dr.Syauqi Abdul Karim Mufti BARU Mesir


Majlis Anggota Kibar Ulama' yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Toyyib memilih pensyarah dan Ketua Bahagian Feqah Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Dr.Syauqi Ibrahim Abdul Karim sebagai Mufti Mesir yang baru menggantikan Dr.Ali Juma'ah.


Menurut Dr.Syauqi, beliau telah menerima panggilan dari Syeikh Al-Azhar memaklumkan pencalonan beliau. Menurut sumber, terdapat dua calon lain yang dicalonkan iaitu Dr.Atiyah Fayadh (Pensyarah Feqah Perbandingan Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah) dan Dr.Farhat Abdul 'Ati (Pensyarah Fakulti Syariah Islam). Walau bagaimanapun, Dr.Syauqi yang masih menanti pengesahan dari Presiden Dr.Mursi memperoleh undi tertinggi dari kalangan anggota Kibar Ulama'.

Dalam sidang media kemudian, Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Dr.Yusuf Qardhawi yang juga anggota Kibar Ulama' berkata, pemilihan Dr.Syauqi menepati kriteria yang ditetapkan.
 
Bekas Menteri Wakaf Mesir, Dr.Abdullah Husaini Hilal yang merupakan salah seorang anggota Kibar Ulama' menafikan pemilihan Dr.Syauqi terdapat campurtangan politik bahkan pemilihan berdasarkan manhaj Al-Azhar bersifat "wasoti" dan ia menjadi syarat yang utama.  
 

No comments:

Post a Comment