Saturday 23 February 2013

Tidak Diizin Jumpa SU Khas Perdana Menteri


23 Feb 2013, Lebih kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Zon Timur yang mewakili Terengganu, Pahang dan Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin komponen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu telah menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan Barisan Nasional.

Mahasiswa yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage sejak jam 4.20 petang telah berhimpun lebih kurang satu jam setengah menanti Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan.

Namun Perdana Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort berkenaan walaupun mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan dilihat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meninggalkan kawasan resort seorang demi seorang.

Sepanjang himpunan protes secara aman berkenaan, pemuda-pemuda Umno sekitar melakukan provokasi dengan menyerang beberapa kepimpinan mahasiswa.

Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Najib.

Ketegangan yang sempat dirakamkan
 
Akhir sekali, ketakutan Najib begitu terserlah apabila hampir jam 6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menutup sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa agar tidak dilihatnya.

Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi dengan laungan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar pekarangan Ri-Yaz Heritage.

“Kita kesal kerana permohonan kita hanya satu, untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum terhadap kegagalan beberapa urus tadbir kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

“Tapi nampak PM terlalu takut dengan suara mahasiswa apabila untuk berjumpa dengan setiausaha khasnya pun, tidak diberikan keizinan,” kata Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar yang turut berada di situ.

Sumber: harakahdaily.net, Youtube

No comments:

Post a Comment