Tuesday 5 February 2013

Ketua Turus Tentera Zionis Tiba Di Amerika Syarikat

Benny Gantz

Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Rav Aluf Benny Gantz telah tiba di Amerika Syarikat (AS) dalam lawatan rasmi yang mengambil masa selama 5 hari, demikian menurut jurucakap rasmi tentera Israel (penjajah/rejim zionis).

Menukil web berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET), jurucakap tentera Israel berkata, "Gantz menjadi tetamu rasmi kepada Ketua Turus Tentera AS, Jeneral Martin E. Dempsey. Pertemuan dua pihak ini turut disertai wakil-wakil agensi keamanan Amerika dan wakil kerajaan AS."

    Jeneral Martin E. Dempsey - 18th Chairman of the Joint Chiefs of Staff
 
Akhbar YNET menyebut, lawatan berkenaan untuk membincangkan ancaman keamanan dua belah pihak di rantau Timur Tengah dan kerjasama keselamatan serta ketenteraan.

Sementara itu, siaran 2 televisyen Israel menyiarkan bahawa perbincangan dalam pertemuan terbabit menyentuh juga serangan udara yang dilakukan oleh pesawat tempur zionis baru-baru ini di Syria yang berjaya menyerang sasarannya dengan tepat.

Sumber: Web berita Paltimes, 03/02/2013

No comments:

Post a Comment