Wednesday 13 February 2013

Strategi Bumi HANGUS Di Halab, Syria


Tentera rejim yang terdiri daripada 23 kereta kebal dan 3000 tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai yang meragut nyawa lebih daripada 40 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak di kampung Jneid di pinggir bandar timur Halab. Ia adalah antara usaha rejim untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan oleh pejuang ke atas sebuah kilang tentera di Sfeera, Halab.

Hukuman mati juga dijalankan oleh tentera rejim di pinggir bandar Dimasyq. Mereka membunuh lima orang pelarian dari Homs kerana cuba untuk meloloskan diri daripada pusat pemeriksaan tentera di bandar Jebeh.

Seramai enam orang pula terbunuh apabila serangan udara yang mensasarkan sebuah stesen petrol mengenai kereta di kejiranan Asali di selatan Dimasyq. Berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera akibat serangan rambang dan sengit di kejiranan Jobar dan bandar-bandar wilayah Douma, Saqba, Drousha, Moadamiyat al-Sham dan Zabadani.

Tentera rejim juga meneruskan serangan mereka di kawasan kediaman dalam bandar yang dikuasai mujahidin. Sebanyak 365 lokasi serangan di seluruh negara, 17 daripadanya melibatkan pesawat pejuang yang menggunakan bom berangkai, fosforus, dan thermboaric, menyebabkan kerosakan harta benda dan memaksa beribu-ribu orang awam untuk melarikan diri rumah mereka. 

Doa kami buat kalian, semoga Allah sentiasa bersama kalian di sana ketika pahit mahupun getir..

No comments:

Post a Comment