Monday 18 February 2013

Zionis Keluarkan Taring Di Laut Gaza

Penjajah menghadkan pergerakan nelayan di laut Gaza

Tembakan yang dilepaskan oleh tentera laut zionis pada petang Isnin di laut utara Semenanjung Gaza telah mengakibatkan nelayan Palestin cedera.

Menurut sumber hak asasi manusia dan saksi, dua buah bot laju tentera laut rejim zionis menyerang sebuah bot yang dinaiki 5 orang nelayan semasa melayari dalam lingkungan 3 batu nautika di sebelah laut As-Sudaniah, utara bandar Gaza.

Dua mangsa nelayan terbabit yang dilaporkan cedera telah dibawa ke hospital As-Shifa' di bandar Gaza untuk rawatan lanjut. Sumber perubatan menyifatkan kecederaan yang dialami dua mangsa berkenaan pada paras sederhana.

Pusat hak asasi manusia dalam kenyataan media berkata, "kejadian tembakan ini berlaku dalam jarak 3 batu nautika iaitu jarak yang dibenarkan oleh penjajah kepada nelayan-nelayan Palestin untuk belayar dan menjalankan kegiatan memburu ikan malah mengikut persefahaman gencatan senjata yang dipersetujui pada 22 November 2012 hasil perantaraan pihak tengah iaitu Mesir dan antarabangsa, jarak tersebut telah ditetapkan sehingga 6 batu nautika."

Pusat hak asasi manusia mengecam tindakan zionis yang masih tidak henti mengancam nelayan Palestin di Semenanjung Gaza dan menggesa zionis hentikan segera dari mengancam nelayan serta membiarkan mereka bebas menjalankan kegiatan dan belayar.

 Sumber: Paltimes

No comments:

Post a Comment