Thursday 18 October 2012

DR MORSY MEMBELA RAKYAT SYRIA DI PERSIDANGAN PBB


Presiden Mesir, Dr Morsy sekali lagi menyatakan sokongan Mesir terhadap kebangkitan rakyat Syria dan mendesak agar dunia mengambil tindakan terhadap rejim Basyar.

Dalam ucapan beliau di Persidangan PBB semalam, beliau menyebut bahawa darah rakyat Syria adalah terlalu berharga untuk disia-sia dan ditumpahkan oleh kerajaanya sendiri setiap hari dan
malam. Rakyat Syria mempunyai kedudukan yang mulia di dalam hati rakyat Mesir.

Rakyat Syria punyai hak untuk menikmati kebebasan mereka sendiri tanpa ditekan oleh mana-mana undang-undang zalim.

"Kami akan terus bekerja keras dan berusaha dengan segala cara untuk meletakkan satu penyelesaian kepada penderitaan rakyat Syria dan membantu mereka menyediakan sistem yang mereka mahukan.

Ia merupakan penderitaan kita semua dan kita bertanggungjawab untuk menghentikan tragedi berdarah era ini (Syria)." Tambah beliau lagi.



No comments:

Post a Comment