Wednesday 24 October 2012

Jangka 5 juta jemaah haji di Arafah


Lebih 2 juta jemaah haji seluruh dunia pada waktu ini berhimpun di Mina pada hari kelapan Zulhijjah yang dikenali sebagai "Hari Tarwiyah" sebagai persediaan kepada "Hari Arafah" iaitu yang jatuh pada esok, Khamis 9 Zulhijjah.

Pihak berkuasa Saudi menjangka, sekitar 5 juta jemaah haji akan berhimpun di Arafah esok yang menjadi rukun utama dalam ibadat haji sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Haji itu ialah Arafah".

Semoga Allah menghimpunkan kita tahun berikutnya di Arafah sebagai tetamuNya.

No comments:

Post a Comment