Thursday 18 October 2012

Rakyat Mesir Bersama Kebangkitan Rakyat Syria


Maklumat yang kami terima bahawa Ikhwan Muslimin Mesir telah mengarahkan ahlinya agar mengadakan demonstrasi aman menyokong kebangkitan rakyat Syria di masjid-masjid di seluruh Mesir secara serentak selepas solat Jumaat hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Mesir, Dr . Mahmud Husein yang juga menyeru agar seluruh parti politik dan segenap lapisan masyarakat menyertai demonstrasi bagi memastikan rakyat Syria tidak bersendirian dalam memperjuangkan hak mereka.

Gerakkan solidariti umat Islam diseluruh dunia, insya-Allah kemenangan semakin hampir.

(Gambar ini menunjukkan khemah sokongan kepada rakyat Syria yang didirikan di Medan Tahrir, Kaherah, Mesir)

No comments:

Post a Comment