Saturday 27 October 2012

Eidul Adha di Syria: "Jatuh, jatuh kerajaan Asad!"


Himpunan aman dilaporkan diadakan di beberapa buah kawasan sejurus selesai solat sunat Eidul Adha di Syria.

Laungan "jatuh, jatuh kerajaan Asad" bergema di bandar-bandar seperti Dar'a, Halab, pinggir Halab dan Idlib.

Di wilayah Idlib, rakyat yang menyertai protes membawa bendera kemerdekaan Syria sambil tertera "Revolusi Syria" dan melaungkan slogan anti-Basyar.

Dalam masa yang sama, askar rejim meneruskan serangan udara dengan mensasarkan penduduk awam dan kediaman mereka, tindakan yang telah mencabuli gencatan senjata yang dipersetujui sempena kedatangan Eidul Adha. Pada pagi hari raya pertama, serangan udara ganas askar rejim ke atas Ma'ratun Nu'man dan Idlib membunuh sekurang-kurangnya tiga orang.

No comments:

Post a Comment