Wednesday 31 October 2012

Pemerintah Saudi Leraikan Demo Anti-Assad di Mekkah


Pemerintah Saudi meleraikan ratusan jemaah haji yang berasal dari Syria yang melakukan aksi protes kecil berdekatan dengan Mekah, Ahad kelmarin (28/10), bagi menuntut penggulingan Presiden Bashar al-Assad dan mengecam apa yang mereka sebut kegagalan antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria.

Arab Saudi sendiri telah melarang aktiviti politik dalam proses mengerjakan ibadah haji tahunan kali ini, di mana kira-kira tiga juta orang dari seluruh dunia berkumpul untuk melakukan salah satu daripada lima rukun Islam.

Para penunjuk perasaan berbaris dengan bendera rakyat menuju Jambatan Jamarat di Mina, timur Arab Saudi kota Mekah saat fajar pada hari Minggu kemarin sebelum polis Saudi bergerak dan memerintahkan mereka untuk bubar, laporan dari seorang saksi Reuters.

Dua kenderaan polis melaju perlahan ke arah para penunjuk perasaan dengan sirene meraung-raung apabila petugas meminta kerumunan massa melalui pembesar suara agar meninggalkan kawasan itu.

Walaupun Arab Saudi telah mengetuai usaha negara Arab untuk mengasingkan Assad dan telah menyokong rakyat Syria dengan wang dan logistik, namun mereka ingin memastikan haji tetap bebas dari politik.

Sumber: Eramuslim, Ahram

No comments:

Post a Comment